Tadika Seri Cahaya Pintar

  • Home
  • Tadika Seri Cahaya Pintar

Tadika Seri Cahaya Pintar Mula dibuka Jan 2003 hingga kini. Optimis dalam melahirkan Pemimpin masa depan yang berterampilan,karisma dan berwawasan. Insyallah. ;)

02/09/2023
Tiada kebahagiaan tanpa syukur, tiada rasa syukur tanpa sabar, tiada sabar tanpa maaf. Marhaban ya Ramadan, mohon maaf z...
22/03/2023

Tiada kebahagiaan tanpa syukur, tiada rasa syukur tanpa sabar, tiada sabar tanpa maaf.

Marhaban ya Ramadan, mohon maaf zahir dan batin. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1444H





Assalamualaikum dan Selamat hujung Minggu kepada semua,Moga-moga semuanya dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.Untuk mak...
24/10/2021

Assalamualaikum dan Selamat hujung Minggu kepada semua,

Moga-moga semuanya dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Untuk makluman semua, pendaftaran untuk tahun depan telah dibuka. Pendaftaran hanya melalui online dan berdasarkan temujanji. Sila hubungi no yang tertera terlebih dahulu ya?

Cara dan langkah untuk pendaftaran onlline p**a boleh dirujuk seperti di bawah.

Kami mewakili seluruh warga Tadika Seri Cahaya Pintar ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam Maulidur Rasul, moga-moga kita semua menjadi umat yang mengikuti akhlak mulia Rasullah dan mendapat syafaat di akhirat kelak. InsyaAllah.

Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala kerana dengan taufik dan hidayahNya kita dapat menyambut hari ray...
21/07/2021

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala kerana dengan taufik dan hidayahNya kita dapat menyambut hari raya Aidiladha pada tahun ini.

Sambutan Aidiladha ini memberikan ruang untuk kita menghayati nilai pengorbanan yang tinggi yang diperintahkan Allah SWT dan melalui contoh ikutan junjungan besar Rasulullah SAW.

Mari kita berdoa agar dalam keadaan kita masih diuji wabak COVID-19 ini, kita akan dapat melaksanakan ibadah korban dengan penuh penghayatan dan keinsafan mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amal, pengorbanan dan kebajikan kita.

Sesungguhnya, pertolongan dan rahmat Allah itu bersama hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha gigih, bersabar dan bertawakal. Insya-Allah kita akan berjaya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita dan menerima doa-doa kita. Idul Adha Mubarak untukmu, dari Warga Tadika Seri Cahaya Pintar

Untuk yang mencari tadika, transit dan jagaan petang, jangan lupa hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut.
Insyallah, pendaftaran untuk tahun depan juga sudah dibuka.😘😘
📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114




Alhamdulillah. Sambutan Hari Raya  tahun ini masih disambut dengan meriah dan ceria namun tetap sederhana dalam suasana ...
21/05/2021

Alhamdulillah. Sambutan Hari Raya tahun ini masih disambut dengan meriah dan ceria namun tetap sederhana dalam suasana pandemik covid-19.

Sokongan ibu bapa amatlah membanggakan. Pelbagai kuih-muih, bihun, pencuci mulut dan tidak ketinggalan duit raya telah disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Terima kasih.!

Tidak menang tangan guru-guru menyelaraskan majlis sambutan hari raya tahun ini. Semoga Allah membalas dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada kita semua. Aameen..!

Dilampirkan sebilangan coretan majlis sambutan yang sempat dirakam bagi kenang-kenangan di masa hadapan. Insyallah, kalian adalah pemimpin dan masa depan negara yang disegani kelak. Aameen.

Raya-raya juga, jangan lupa, patuhi SOP😘

Untuk yang mencari tadika, transit dan jagaan petang, jangan lupa hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut.
Insyallah, pendaftaran untuk tahun depan juga sudah dibuka.😘😘
📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114





Kian berlabuh tirai Ramadhan,Lambaian Syawal selalu dinanti,Luhur hati ikhlas kemaafan,Semoga kesalahan dapat dimaafi.Ca...
16/05/2021

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal selalu dinanti,
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

Alhamdulillah, Kami warga Tadika Seri Cahaya Pintar, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AIdil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tidak ketinggalan juga, Selamat Menyambut Hari Guru buat guru-guru di seluruh dunia. Allah Jua yang mampu membalas jasa dan pengorbanan guru-guru kita.

Bunga Yang Indah Hiasi Suasana
Berbaris Rapih Pagar Di Sekelilingnya
Guru Berjuang Cerdaskan Anak Bangsa
Muliakan dan Hormati Guru Tercinta

Didalam Laut terdapat Baja
Terendam Lama Hingga Berkarat
Muliakan dan Hormati Guru Tercinta
Agar Ilmu berkah dunia dan Akhirat

Jangan lupa doakan saudara kita di Palestin. Semoga Allah Memberi kemenangan buat hamba-hambanya yang ditindas. HasbunAllah, wanikmal Wakil.

Untuk yang mencari tadika, transit dan jagaan petang, jangan lupa hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut.
Insyallah, pendaftaran untuk tahun depan juga sudah dibuka.😘😘
📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114






Alhamdulillah, Ramadhan hampir menjelma. Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dal...
12/04/2021

Alhamdulillah, Ramadhan hampir menjelma. Marilah sama-sama kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Marilah kita berdoa kepada Allah ﷻ supaya kita diberikan kebarkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadhan dengan acara-acara ibadah seperti membaca Al-Quran, Qiyamulai, bersedekah, memberi makan dan minum dan bermacam lagi.

Kami Warga Tadika Seri Cahaya Pintar mengambil kesempatan ini mengucapkan Marhaban Ramadan. Semoga bulan suci Ramadan ini menjadi bulan yang penuh berkah. Semoga kita semua dihujani kedamaian, kegembiraan, dan kemakmuran. Selamat Menyambut Ramadan 2021.🥰🥰🥰

Untuk yang mencari tadika, transit dan jagaan petang, jangan lupa hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut.
Insyallah, pendaftaran untuk tahun depan juga sudah dibuka.😘😘

📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114





Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selepas Al-Quran da...
11/03/2021

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit.

Baginda telah menyaksikan pelbagai tanda kebesaran kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala dan telah diperlihatkan dengan bermacam kejadian keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima.

Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka.

Maka, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Kami Warga Tadika Seri Cahaya Pintar mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua, sekolah juga telah dibuka. Untuk yang mencari transit dan jagaan petang, jangan lupa hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut.

Semoga kita semua dalam lindungan kasih sayang Allah. Insyallah.

📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kami telah  beroperasi secara rasmi dalam suasana pandemik co...
18/01/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur Alhamdulillah, kami telah beroperasi secara rasmi dalam suasana pandemik covid 19 pada hari ini.

Oleh itu, kami senantiasa memastikan warga tadika mematuhi dan membudayakan SOP yang telah ditetapkan bukan sahaja di tadika tetapi di mana sahaja mereka berada.

Buat sebahagian ibu bapa yang masih ada di kampung, berhati-hatilah memandu. Biar lambat, asalkan selamat. 🥰

Pendaftaran masih dibuka. Pendaftaran secara online juga disediakan bagi memudahkan urusan ibu bapa. Yuran bulanan hanya RM 190 sahaja.🥰

Hubungi segera guru-guru kami untuk keterangan lanjut dan pautan (Link) pendaftaran online seperti yang tertera di bawah. 😁

Semoga kita semua dalam lindungan kasih sayang Allah. Insyallah.

Hubungi 📣📣📣📣📣📣
Guru Besar Rodziah : 017-3843081
Cikgu Sal : 012-2867114




.0

Address

TINGKAT BAWAH BLOK A PANGSAPURI FLAT KOS RENDAH, Jalan Tasik Selatan 30, Desa Tasik, Kuala Lumpur

57000

Opening Hours

Monday 06:00 - 18:00
Tuesday 06:00 - 18:00
Wednesday 06:00 - 18:00
Thursday 06:30 - 18:00
Friday 06:30 - 18:00

Telephone

+60122867114

Website

,101.714064,16.55z/data=!4m5!3m4!1s0x0:0xc25a4f5c54

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Seri Cahaya Pintar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Seri Cahaya Pintar:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share