24/07/2026
Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Clifford Chen Chian Er dan Nur Suhada Batrisya binti Sahiful Bahari, pelajar Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas kejayaan terpilih sebagai Ahli Commonwealth Student Community for AI Governance, sebuah inisiatif antarabangsa di bawah Commonwealth Educational Media Centre for Asia (COL-CEMCA).
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat Program Kejururawatan dan Fakulti Perubatan, sekali gus membuktikan bahawa pelajar kejururawatan UniSZA mampu bersaing di peringkat global serta memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI) yang beretika, bertanggungjawab dan berorientasikan kesejahteraan masyarakat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar kejururawatan untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, kepimpinan, penyelidikan dan inovasi, serta mengharumkan nama UniSZA di persada antarabangsa.
Tahniah dan semoga terus melakar lebih banyak kejayaan.
Ikhlas daripada,
Dr. Hamidah Othman
Ketua Pusat Pengajian & Warga Program Kejururawatan
Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Setinggi-tinggi Tahniah!
Sekalung tahniah diucapkan kepada:
1. Clifford Chen Chian Er
Mahasiswa Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan
2. Putri Nur Aina Safiah Binti Nasrol
Mahasiswi Program Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan
3. Nur Suhada Batrisya Binti Sahiful Bahari
Mahasiswi Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan
atas kejayaan dipilih sebagai Ahli Commonwealth Student Community for AI Governance, sebuah inisiatif antarabangsa yang diterajui oleh Commonwealth Educational Media Centre for Asia (COL-CEMCA).
Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan serta mencerminkan kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan komitmen mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam meneroka bidang kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus teknologi di peringkat antarabangsa.
Semoga penglibatan dalam komuniti ini menjadi platform untuk menimba pengalaman berharga, memperkukuh jaringan kolaborasi global, menyumbang idea ke arah pembangunan AI yang beretika dan bertanggungjawab, serta terus mengharumkan nama UniSZA dan Malaysia di persada dunia.
Tahniah dan selamat maju jaya!
Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga Fakulti Perubatan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)