20/09/2016
TAKRIF IMAN DARI SUDUT BAHASA,ISTILAH DAN PANDANGAN2 MAZHAB BERKAITAN DENGANNYA.
IMAN didalam bahasa arab membawa erti:
1.membenarkan
2.ketenangan
3.ketenangan
4.pengakuan
Berkata khalil farahidi :
الايمان يأتي مطلقا بمعنى التصديق
"Perkataann (iman) hanya membawa erti membenarkan"
Firman Allah didalam surah yusuf ,apabila menceritakan perkataan saudara yusuf:
وما أنت بمؤمن لنا ولو كنا صادقين
"Dan kamu(yusuf) sesekali tidak akan mempercayai kami walaupun kami menceritakan perkara sebenar"
Yusuf 170
Perkataan مؤمن dengan makna مصدق.
Kata didalam kitab lisanul arab:
الايمان ضد الكفر ،والايمان بمعنى التصديق،ضده التكذيب
Iman berlawanan dengan kufur,dan iman juga membawa makna membenarkan,lawan dusta.
Kata ibn faris :
أمن له اصلان أحدهما الأمانة التي ضد الخيانة والأخر التصديق.
A ma na asalnya ada dua makna
1.amanah
2.membenarkan
Kesimp**an dari difinisi yg diberikan oleh ulama ulama lughah :
1.thulasi mujarrad(الثلاثي المجرد)dari perkataan أمن diguna pakai untuk (aman)yakni lawan bagi perkataan takut.
2.manakala jika perkataan أمن didatangkan dalam bentuk thulasi mazid(الثلاثي المزيد)dan disertakan p**a dengan huruf ba atau lam,(mutaadi biharfi jar)maka ia membawa makna "membenarkan"
Contohnya :
أمن الرسول بما أنزل اليه من ربه
"Rasul telah beriman(membenarkan)dengan setiap perkara yang diturunkan kepadanya,dari allah"
3.namun jika perkataan أمن itu mutaadi binafsi,maka makna أمن ialah aman iaitu lawan bagi perkataan ketakutan,contoh:
الذي أطعمهم من جوع وأمنهم من خوف
"Iaitu tuhan yang memberi kepada mereka makanan,dan tuhan yang meng amankan mereka dari sebarang ketakutan"
Takrif iman menurut syara' :
"Membenarkan secara pasti (tidak goyang) akan allah,malaikat,kitab2,para rasul dan kepada hari akhirat,begitu juga kepada qadar baik dan buruk"
Sebagaimana yg disebutkan didalam albaqarah 285.
Dan juga disebut oleh nabi ddlm hadis jibril tentang perihal iman,adapun terjadinya khilaf dikalangan ulama muslimin ialah apabila mereka memikirkan tentang hakikat iman.
1.Muhammad bin karam as sajistani mengatakan:
" iman ialah pengakuan dengan lidah,walaupun dia beriktiqad kufur ddlam hati"
2.imam ashaari
"iman ialah tasdiq(membenarkan) dengan hati"
3.imam abu hanifah:
"Iman ialah membenarkan dengan hati dan bertutur dengan lidah"
4.jahm bin safwah:
"Iman ialah membenarkan dengan hati"
5.jumhur mutanallimin dan fuqaha'
"Iman ialah membenarkan dengan hati juga membenarkan dengan lidah(dengan melafazkannya),adapun amalan spt solt,puasa dll termasuk didalam samarah(hasil,buah iman) sama sekali tidak termasuk didalam hakikat makna iman"
6.muktazilah,ibadiyah(satu golongan dri khawarij)
"Membenarkan dengan hati,mengaku dengan perkataan,dan beramal dengan anggota(solt dll)
*faedah: salah satu sb wahabi kata asyairoh jahmiyah berkenaan takrif iman sama.
PUnca berlaku khilaf ulama dalam hakikat iman
1.pemahan berbeza didalam memahami makna quran
2.khilaf dalam istidlal melalui sunnah seperti contoh hadis hadis yg secara zahirnya (sahaja) berlawanan dengan hakikat iman,spt sabda nabi:
من شهد أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله دخل الجنة
"Sesiapa bersaksi bahawa tiada tuhan selayaknya selain allah,dan bersaksi muhammad itu pesuruh allah,maka dia akan masuk kedalam syurga"
Sebagaimana secara zahirnya memberi erti "dua kalimah syahadh" sahaja sudah memadai untuk seseorg dmasukkan kedalam syurga, sedangkan hadis yang lain p**a mensyaratkan agar beramal(untuk msuk syurga) spt sabda nabi:
لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره
"Tidak masuk syurga sesiapa yg tidak mententeramkan jiran tetangganya"
Nabi meletakkan syarat untuk msuk kesyurga ddlm hadis ini,iaitu berbuat baik sesama jiran.
3.faktor siyasah,yang merupakan faktor terbesar munculnya puak khawarij.
Bersambung......