Video Peluncuran Aquaculture Services Kelah Sabah Pelian
Aquaculture Services Kelah Sabah Pelian
Aquaculture Services Kelah Sabah (Pelian) Politeknik Sandakan Sabah
22/08/2025
Alhamdulillah. Gangsa for our project.
01/08/2025
31 Julai 2025 (Khamis).
Sesi Taklimat oleh Ketua Penyelidik Geran T-ACGS, Aquaculture Service for Kelah Sabah Ts. Imran Affandi Bin Baki bersama Penyelidik En. Mohd Fauzan Bin Mamat Zawawi telah diadakan di Tagal Lobou Lama, Ranau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengerusi Tagal Luanti, Pengerusi Tagal Nalapak, Pengerusi Tagal Kobou Lama, Jabatan Perikanan Daerah Ranau dan Borneo Sport Fishing.
Taklimat ini bertujuan untuk memohon pinjaman induk pelian untuk tujuan pembenihan dan dibawa ke Politeknik Sandakan Sabah. Alhamdulillah, permohonan telah dipersetujui oleh ketiga-tiga Pengerusi Tagal dan dijangka proses membawa ikan pelian dari Ranau ke Sandakan pada 24-27 Ogos 2025.
14/05/2025
14 Mei 2025 (Rabu).
Sesi lawatan tapak hatcheri milik Tagal Luanti yang bakal digunakan untuk pembenihan ikan pelian. Lawatan adalah melihat kesesuaian dan kerja-kerja penambaikan untuk melancarkan projek geran sepanjang tahun 2025
Delegasi Politeknik Sandakan Sabah diketuai oleh KJAB PSS, Ts. Imran Affandi Bin Baki bersama Ketua Unit COAT PSS, En.Mohamad Azri Bin Mohammad dan dua orang pensyarah akuakultur PSS Pn. Siti Norisikin Binti Abas dan En. Mohd Fauzan Bin Mamat Zawawi manakala Pengerusi Tagal Ranau, Pn. Noorhayati Robert@Assry ditemani anaknya.
13/05/2025
13 Mei 2025 (Selasa).
Perbincangan projek pembenihan ikan pelian (kelah sabah) bersama Jabatan Perikanan daerah Ranau dan Tagal Luanti Ranau bertempat di Pejabat Perikanan daerah Ranau.
Delegasi Politeknik Sandakan Sabah diketuai oleh KJAB PSS, Ts. Imran Affandi Bin Baki bersama Ketua Unit COAT PSS, En.Mohamad Azri Bin Mohammad dan dua orang pensyarah akuakultur PSS Pn. Siti Norisikin Binti Abas dan En. Mohd Fauzan Bin Mamat Zawawi. Bagi pihak Jabatan Perikanan adalah Penguasa Perikanan Daerah Ranau, En. Ramlie Raiman dan Ketua Stesen Perikanan Marakau, En. Gibridin Hussin manakala Pengerusi Tagal Ranau, Pn. Noorhayati Robert@Assry ditemani anaknya.
Perbincangan berkisar halatuju projek pembenihan ikan pelian dengan kerjasama tiga penjuru; PSS - Jabatan Perikanan Sabah - Tagal Luanti.
25/04/2025
Mesyuarat Bil. 1 untuk Aquaculture Services Kelah Sabah (Pelian) yang dipengerusikan oleh Ketua Penyelidik, Ts. Imran Affandi Bin Baki. Gerak kerja akan bermula pada Mei 2025 bagi memastikan kelancaran pengurusan geran.
25/04/2025
10 April 2025 (Khamis)
*PENERIMA GERAN T-ACGS (TVET APPLIED COMMERCIALIZATION GRANT SCHEME TAHUN 2025)*
Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada Ts. Imran Affandi bin Baki , En. Mohamad Azri bin Mohammad , Pn. Siti Norisikin binti Abas , En. Mohd Fauzan bin Mamat Zawawi dan En. Mohd Hafizzie bin Hajini di atas kejayaan sebagai penerima Geran T-ACGS (Tvet Applied Commercialization Grant Scheme Tahun 2025) yang bernilai RM60,000 dengan Tajuk Geran: Aquaculture Services for Kelah Sabah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi bagi pensyarah PSS untuk terus menaikkan imej dan nama Politeknik Sandakan Sabah.💪🏻💪🏻💪🏻