08/04/2025
ADAKAH ANDA SEORANG INDIVIDU YANG BOLEH DIPERCAYAI?
[Soalan ini anda perlu introspeksi dalam-dalam, secara jujur dan ikhlas. Jika tidak, why? Kenapa anda berkata begitu..]
Ya..
Di dalam proses penjenamaan peribadi mahupun perniagaan (personal branding/ business branding), amat penting untuk SENTIASA VISIBLE di radar sasaran pelanggan anda.
Pun begitu, 'being VISIBLE' sahaja TANPA MEMAHAMI ASAS kepada proses penjenamaan, TIDAK AKAN MEMBANTU.
Visible - dan ramai orang s**a dengan sikap, personaliti 👍
Visible - tetapi ramai p**a yang membenci, menyampah 👎
Kenapa?
Kerana jawapan ini disokong sebuah kajian selama 15 tahun, oleh Profesor Amy Cuddy, seorang Psikologi Sosial dari Harvard Business School, dan sangat terkenal di platform Ted Talks.
Profesor Amy Cuddy mendapati, saat kita mengenali seseorang, baik ketika kita
✅ Bertemu mata dengannya secara 'face to face'
✅ Pernah membaca tentangnya
✅ Atau mendengar tentangnya dari orang lain
Akan ada satu soalan penting yang akan bermain di minda kita secara tidak langsung.
"Can I trust this person?"
Sebagai Professional Image and Color Consultant, Personal Branding Strategist, dan kini InnerGame Life Coach... adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan peserta menghujam soalan ini dan menyusun strategi terbaik,
"Bagaimana harus saya mendapatkan KEPERCAYAAN orang ramai, boss dan rakan-rakan (di pejabat), mungkin pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan, agar mereka menerima dan faham apa yang saya lakukan (tugasan) dan YAKIN sayalah individu yang mereka cari dan ingin berurusan".
Menurut Profesor Amy Cuddy lagi,
Selain boleh dipercayai, ada soalan kedua di mana minda kita mencari-cari kepastian sama ada untuk meneruskan atau tidak.
"Adakah individu ini cekap, berwibawa?"
Dan soalan ini tentunya ingin memastikan bahawa individu yang ingin mereka percaya itu memiliki pengalaman, latarbelakang akademik yang baik, mungkin kemahiran tertentu?
-
Sebab itulah, bila saya dijemput oleh PUSPANITA cawangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), antara pesan dan kriteria utama mereka...
❎ Kami tak mahu modul grooming, makeup-makeup, skincare semua. Dah biasa dengan beauty consultant company sekian sekian.
Saya mengangguk.
Setuju dan amat faham akan objektif dan halatuju Pengerusinya, YBhg. Datin Roszita.
Ini penting, bagi kami ..sebelum melangkah ke mana-mana program, memahami halatuju organisasi tersebut, selain siapakah gerangan peserta yang bakal hadir.
Semua ini memerlukan kami menganalisa objektif kursus/program mereka dan bagaimana modul kami dapat membantu. Bukan sahaja fokus meningkatkan kredibiliti peserta dan organisasinya, malah 'brand image', persepsi - penilaian di mata orang lain.
Untuk apa?
Untuk mendapatkan 'TRUST' itu tadi.
Ohh, kalau begitu..
Apa kaitannya, dengan modul Puan Emi buat analisa warna?
-
Iya, sebab itulah approach kami berperingkat.
Ada strateginya, step by step.
Semua ini penting, dalam strategi penjenamaan.
+ MENGENALI DIRI
+ MENGEKSPRESI DIRI
Bagi yang follow saya dari dulu,
Mungkin ada yang perasan bahawa, tidak sesekali saya perkenalkan kursus saya sebagai 'Grooming program'.
For those beginners in the industry, mungkin.
Subjek yang terlalu basic, terutamanya modul yang mudah dipelajari dari YouTube mahupun TT biasanya kami tidak sentuh, dan JIKA ADA… hanya akan dibawa ke pentas, atas permintaan klien sahaja.
-
Terima kasih kembali di atas kepercayaan YBhg. Datin.
Jarang-jarang juga saya beraksi di pentas PUSPANITA Kementerian. It is truly an honor.
Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. Semua baik dari Allah.
Pstt!
Comel tak door gifts - mini handbags dalam gambar tu?
Yes, bukan sahaja boleh handle training, nak kami sediakan door gifts comel comel gitu pun, bisa aja!