AlFamir Gold

AlFamir Gold Ilmu | Emas | Masa Depan
Physical Gold Trader
Futures Trader
Chartist
Educational

Bila Kita Faham Bahasa MarketBeberapa hari lepas saya ada kongsikan analisis ringkas tentang pergerakan harga emas. Hari...
23/07/2025

Bila Kita Faham Bahasa Market
Beberapa hari lepas saya ada kongsikan analisis ringkas tentang pergerakan harga emas. Hari ini, harga bergerak tepat ke arah yang dijangka. Masuk ke Buy Zone, buat rejection, dan terus break ke atas dengan momentum yang kuat.

Tapi saya nak ajak kita tengok lebih dari sekadar “BETUL ATAU SALAH”.

Sebenarnya, bila kita mula faham struktur pergerakan harga, kita bukan sekadar tahu bila nak masuk market.
Kita mula bina keyakinan, kita jadi tenang, dan yang paling penting kita tak lagi bergantung pada “nasib”.

✅ Kita tahu bila perlu tunggu
✅ Kita tahu kenapa harga tak menentu
✅ Dan kita tahu apa yang perlu dibuat, bila market berubah

Inilah kelebihan bila kita ada ilmu.

Trading bukan tentang meneka.
Ia tentang membaca apa yang market sedang cerita.
Tapi emas ni lain p**a, ia bukan trading, ia tentang simpanan masa hadapan.

Ramai orang terjun dalam dunia ini, tapi hanya yang ada sistem dan kefahaman sahaja yang mampu kekal.

Saya bukan ajar untuk cepat kaya.
Tapi saya boleh tunjukkan jalan supaya anda tak tersesat.
Nak belajar perlahan-lahan, ikut rentak sendiri pun boleh yang penting bermula dengan asas yang betul.

Kalau anda rasa ini sesuatu yang anda nak kuasai ruang itu sentiasa terbuka.

📩 KOMEN saya "NAK BELAJAR"
InsyaAllah saya bantu setakat mana yang saya mampu.

DUA PLATFORM, DUA STRATEGI, MATLAMAT YANG SAMABaru lepas collect gold bar yang saya lock harga masa harga turun sikit la...
18/07/2025

DUA PLATFORM, DUA STRATEGI, MATLAMAT YANG SAMA



Baru lepas collect gold bar yang saya lock harga masa harga turun sikit last 3 weeks.

Bila tengok chart, nampak harga emas retrace, jadi saya terus ambil kesempatan tambah pegangan fizikal saya.



Untuk simpanan diri sendiri, aku pilih beli dengan MAA Precious Metal. Sebab apa?
✔️ Harga terus dari kilang
✔️ Tiada upah tambahan
✔️ Murah

Niat nya jelas, alih sebahagian nilai tunai kepada aset yang kekal nilainya dalam jangka panjang. Bukan nak tunjuk mewah, cuma nak lindungi simpanan daripada inflasi dan kebocoran duit kecil-kecilan.

Untuk anak-anak p**a,saya simpan emas sikit-sikit dengan Public Gold sebab:
✔️ Boleh kumpul ikut bajet
✔️ Mudah diurus
✔️ Sesuai untuk simpanan kecil jangka panjang



Dua platform, dua strategi, tapi matlamat sama:
Simpan emas, simpan nilai. Biar duit kerja untuk kita, bukan kita kerja kejar nilai duit yang makin susut.



Ada yang berminat nak belajar baca chart emas?

Ada yang berminat nak beli emas harga kilang?

DIMANA BEST PRICE UTK BELI EMAS?Ramai tanya saya, bila masa yang sesuai nak beli emas?Jujurnya… saya pun pernah beli wak...
15/07/2025

DIMANA BEST PRICE UTK BELI EMAS?
Ramai tanya saya, bila masa yang sesuai nak beli emas?

Jujurnya… saya pun pernah beli waktu harga tengah tinggi sebab takut terlepas. Tapi makin lama saya belajar, makin saya faham. kita sebenarnya boleh rancang pembelian emas ni dengan lebih tenang.

Sekarang, saya mula guna chart sebagai panduan.
Bukan untuk trade. tapi sekadar nak tahu kat mana harga tengah murah, dan kat mana market mula tunjuk tanda nak naik.
📍 Dalam gambar ni, saya tandakan dua zon:
– Buy Zone: tempat yang saya anggap harga emas tengah ‘murah’
– Break ni Cun: bila harga lepas zon ni, biasanya ada potensi naik

📍 Titik kuning tu p**a, tempat saya tambah sikit-sikit pegangan emas fizikal.
Saya percaya, bila kita ada ilmu, kita lebih tenang buat keputusan.
Tak ikut emosi, tak ikut cakap orang.

Saya tulis ni bukan sebab saya pandai. Tapi kalau apa yang saya belajar ni boleh bantu orang lain, itu pun dah cukup buat saya rasa happy.

Doakan saya terus belajar dan istiqamah.
Kalau ada yang nak belajar sama-sama, bolehlah follow.
Saya akan kongsi dari semasa ke semasa, insyaAllah. 🙏
Ada yang nak saya bantu membaca chart emas?
Ada yang nak beli emas harga kilang tanpa upah?

Disclaimer : Ini bukan signal untuk anda membeli emas, sekadar perkongsian utk pembelajaran bagaimana saya menganalisa santai market. Beli di mana-mana harga tetap untung dalam skala masa yang panjang. InsyaAllah

Ramai kerja siang malam, kumpul duit, tp sedar-sedar duit turun nilai.Salah satu sebabnya: inflasi.Nilai RM100 hari ni, ...
14/07/2025

Ramai kerja siang malam, kumpul duit, tp sedar-sedar duit turun nilai.

Salah satu sebabnya: inflasi.
Nilai RM100 hari ni, belum tentu sama 5 tahun akan datang.

Jadi apa solusi?

📌 1. Emas Fizikal atau Digital
Aset kalis inflasi sejak ribuan tahun.
Nilainya tak pernah jadi sifar.
Beli, simpan, dan tidur lena.

📌 2. Hartanah
Tanah dan rumah makin hari makin naik.
Beli hari ni, untung masa depan.
Sesuai untuk simpanan jangka panjang.

📌 3. Saham / Stocks
Buat duit kerja untuk kita.
Kena belajar, kena faham risiko.
Tapi potensi keuntungan? Luar biasa.

Jangan biarkan duit anda terhakis perlahan-lahan tanpa disedari.
Bertindak hari ni. Lindungi nilai harta anda.

Petang Jumaat, Kita Tenang-tenang.Ada hari, market aktif.Ada hari, tiada setup yang jelas.Hari ini salah satu daripadany...
04/07/2025

Petang Jumaat, Kita Tenang-tenang.

Ada hari, market aktif.
Ada hari, tiada setup yang jelas.
Hari ini salah satu daripadanya, tapi Alhamdulillah dah selesai beberapa posisi.
Jadi saya ambil peluang keluar sebentar, tenangkan fikiran sambil perhati pergerakan pasaran lain.

Beginilah rutin saya. Bila ada peluang, saya tekan.
Bila tiada peluang, saya tak paksa diri untuk masuk pasaran.
Rezeki bukan hanya di chart, tapi juga dalam ketenangan hidup yang seimbang. Kan?

Emas p**a berbeza.

Emas tidak memerlukan kita tunggu setup yang sempurna.
Tidak perlu masa yang tepat untuk untung.
Kerana dalam jangka masa panjang, emas sentiasa menunjukkan kenaikan.

Dah 20-30 tahun kalau kita tengok, emas sentiasa terbang.

Inilah sebab kenapa emas dianggap pelaburan paling selamat.

Namun, jika kita tahu membaca chart,
kita dapat kesan di mana emas sedang beri peluang,
harga-harga diskaun yang dia belanja.
Inilah masa sesuai untuk tambah pegangan.

Kalau anda berminat nak tahu bagaimana saya membaca carta harga emas,
tinggalkan komen “Nak belajar”.

InsyaAllah saya kongsikan sedikit demi sedikit untuk manfaat bersama.

ORANG CAKAP EMAS MAKIN NAIK, TIPU LAH!!Tahun lepas, Januari 2023 — harga sekitar RM308/g.Masuk Januari 2024 — naik ke RM...
04/07/2025

ORANG CAKAP EMAS MAKIN NAIK, TIPU LAH!!


Tahun lepas, Januari 2023 — harga sekitar RM308/g.

Masuk Januari 2024 — naik ke RM387/g.
Hari ini, Julai 2024 — sudah cecah RM453/g.

Ini berdasarkan harga spot emas dunia.
Harga sebenar di pasaran fizikal ada sedikit penambahan, bergantung pada syarikat dan kos pengurusan.



Apa maksudnya?

Trend harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang.
Kalau masih tunggu harga jatuh ke paras lama kita mungkin terus tertinggal.

Habis tu dekat mana harga sesuai utk beli?

Macam mana nak tahu dekat mana harga pasaran emas sekarang?

Pakai apps apa?

Nak beli dekat mana emas nya?


Sebab itu penting belajar baca chart emas.
Bukan untuk trade, tapi supaya kita tahu bila masa sesuai untuk mula atau tambah simpanan.


Tak kisah berapa harga sekarang, yang penting kita mula miliki.
Lagi lambat kita mula, lagi mahal harga yang kita akan beli


Korang minat ke nak tahu lebih dalam pasal membaca harga emas?

AKU, CHART & DUNIA TIPU-TIPUSejak 2019, aku hidup dengan chart.Satu ilmu yang penuh misteri.Yang tahu semua diam-diam ub...
03/07/2025

AKU, CHART & DUNIA TIPU-TIPU
Sejak 2019, aku hidup dengan chart.
Satu ilmu yang penuh misteri.
Yang tahu semua diam-diam ubi berisi.

Pagi petang siang malam, makan minum. mandi tidur aku terokai ilmu ini.
Isteri dan anak-anak menjadi saksi.

Belajar baca gerakan harga, cari peluang, lihat sesebuah price formation dan menerima risiko sebagai sebahagian daripada akad berniaga.

Portfolioku berkembang sejajar dgn pengalaman.
Ada saham NYSE
Ada futures Oil.
Ada juga crypto, yang tak pernah sunyi dari kejutan dan drama.

Tapi tak tahu kenapa, emas selalu menarik perhatian aku dengan cara yang berbeza.
Ada sesuatu tentang emas yang bukan sekadar ilmu teknikal.

Seolah-olah ada love-hate-relationship aku dgn emas.

Jiwa bergetar nak trade emas, tapi sesuatu membataskankan gerak aku.
Ilmu teknikal di gandingkan Fiqh Muamalat.
Aku jumpa jawapan yang tepat.

Jadi aku teliti dalam lagi.
Sebab aku tahu, nak “bermain” dengan emas, ada caranya tersendiri.
Kalau aku tak miliki betul-betul, ada undang-undang tuhan yang aku cerobohi.

Akhirnya, aku buat keputusan , bukan untuk trade.
Tetapi untuk aku pegang emas itu sendiri.
Biar aku rasa beratnya di tangan, bukan sekadar angka di skrin.

Aku tak mula dengan banyak.
Tapi aku mula dengan ilmu yang aku ada, tentang gerak harga, tentang masa, tentang sabar dan tentang akad.

Dan dari langkah kecil itu, aku bina satu ruang baru untuk diri aku coretkan perkongsian ilmu dan perjalanan ini.
Aku namakan ia ALFAMIR.

Ia bukan sekadar tentang membeli emas.
Tapi tentang satu ilmu dan pegangan hidup aku.
Semoga ada barokah nya dalam setiap hal kehadapan nnt.

Kalau kau rasa kita ada laluan yang serupa,
Aku jemput kau ikut perjalanan ini bersama.

Kalau tak faham permainan emas, aku kongsi ilmunya.
Kalau mahu miliki emasnya, ayuh kita akad bersama.

Hai.Aku tak pasti siapa yang akan baca ni.Tapi aku rasa ini ruang yang sesuai untuk aku mula.Slow-slow, aku akan mula tu...
01/07/2025

Hai.

Aku tak pasti siapa yang akan baca ni.
Tapi aku rasa ini ruang yang sesuai untuk aku mula.

Slow-slow, aku akan mula tulis dan kongsi dengan korang.

Mungkin ada benda yang kau boleh belajar.
Mungkin ada juga benda yang aku boleh belajar.
Mungkin ada yang boleh buat kita fikir sama-sama.

Kalau kau terbaca ni,
selamat datang.
Terima kasih sebab sudi singgah awal-awal.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AlFamir Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share