Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA

  • Home
  • Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA

Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah (SARDA) yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan

10/04/2026

Pemberian duit raya oleh Guru Besar

Assalamualaikum,Alhamdulillah telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi Sekolah Agama Rakyat D...
10/04/2026

Assalamualaikum,

Alhamdulillah telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi Sekolah Agama Rakyat Dato' Abdullah pada Khamis 9/4/2026.

Pelbagai juadah yang dibawa oleh murid-murid semasa majlis ini. Tidak dilupa, cantik bergaya murid-murid semua mengenakan pakaian raya. Meriah suasana dengan gelagat dan persembahan dari murid.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa atas sumbangan makanan untuk majlis ini.
**gambar sekitar majlis yang sempat dirakam.

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA SEKARANG.Hubungi nombor yang tertera.
12/01/2026

PENDAFTARAN MASIH DIBUKA SEKARANG.

Hubungi nombor yang tertera.

GOTONG-ROYONG BERSAMA IBU BAPA, GURU DAN MURIDAlhamdulillah, telah berlangsungnya Program Gotong-royong bersama Ibu bapa...
18/12/2025

GOTONG-ROYONG BERSAMA IBU BAPA, GURU DAN MURID

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Gotong-royong bersama Ibu bapa, guru dan murid hari Ahad 14 Disember 2025 baru ini.

Ribuan terima kasih diucapkan terutamanya kepada ibu bapa, murid-murid dan guru dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga SARDA dan memupuk sifat cintakan kebersihan dalam kalangan murid.

08/11/2025

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIIN BAGI PELAJAR UPKK 2025

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasiin Pelajar UPKK 2025.Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang telah memberik...
08/11/2025

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasiin Pelajar UPKK 2025.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu ayah yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program ini.

25/9/2025 KHAMIS - Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah (SARDA)SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SARDA 2025Terima kasih ke...
26/09/2025

25/9/2025 KHAMIS - Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah (SARDA)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SARDA 2025

Terima kasih kepada ibu ayah yang menyumbang untuk anak anak bagi memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul peringkat Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA.

Taniah jugak diucapkan kepad Guru-guru yang telah berjaya memainkan peranan yang penting bagi menjayakan Majlis.

Terima kasih jugak kepada penceramah jemputan USTAZ HAFZUDDIN kerana sudi berkongsi ilmu kepada anak-anak di SARDA.

Alhamdulillah ...Sedikit jamuan untuk meraikan anak anak SARDA yang telah menyertai nasyid ke peringkat negeri tahun 202...
24/07/2025

Alhamdulillah ...

Sedikit jamuan untuk meraikan anak anak SARDA yang telah menyertai nasyid ke peringkat negeri tahun 2025.

Taniah, diucapkan kepada Anak-anak kerana telah melakukan dengan baik. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting menang dengan diri sendiri. 💪💪

Taniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah melatih anak-anak sehingga ke peringkat negeri.

Tidak lupa juga ucapan taniah kepada peserta tilawah lelaki dan perempuan yang telah ke peringkat negeri dan mendapat tempat ke-4.

Taniah jugak kepada peserta khatib cilik yang telah mendapat tempat ke-3 .

PROGRAM IBADAH KORBAN BERSAMA WARGA SARDAAlhamdulillah, telah berlangsungnya gotong-royong ibadah korban bersama penguru...
11/06/2025

PROGRAM IBADAH KORBAN BERSAMA WARGA SARDA

Alhamdulillah, telah berlangsungnya gotong-royong ibadah korban bersama pengurusan SARDA. Program ini telah berlangsung pada hari Ahad, 8 Jun 2025.

Program korban tahun ini diadakan dengan kerjasama guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat yang melibatkan 5 ekor lembu. Agihan daging korban juga telah dibuat melibatkan asnaf dan hadirin.

Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bergotong-royong menjayakan program ini.

Address

Jalan DATO ABDULLAH

71300

Telephone

+60136901533

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Agama Rakyat Dato Abdullah - SARDA:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share