15/01/2024
Unit Pengurusan Psikologi KKRP
Kaunselor | Pegawai Psikologi | Bimbingan & Kaunseling | Motivasi | Inspirasi | Kreativiti
15/01/2024
08/01/2023
F.A.R.M KKRP 2022
07/07/2021
๐๐๐๐๐๐? ๐๐๐๐๐๐๐? ๐๐๐๐๐ ๐๐๐?
Banyak sungguh persoalan bermain di fikiran.
Berfikir sesuatu isu, bagus untuk merangsang otak.
Namun, terlalu berfikir / OVERTHINKING ada kesannya kepada diri kita. Lebih lagi apabila selalu berfikir negatif.
๐๐น๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ต๐ถ๐ธ๐ถ๐ป๐ด.
๐๐น๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ.
Bahagiakan diri anda.
02/07/2021
Kenapa kena pilih makanan sihat?
Makan sihat bukan sekadar kenyangkan perut.
Malah, kesihatan bertambah baik, otak jadi power, kulit jadi cantik, badan jadi lentik, emosi sentiasa bahagia.
Bila bahagia datang, orang sekeliling juga s**a.
Jom lihat 11 makanan berikut beserta khasiatnya
๐๐ข๐๐๐๐: ๐ท๐ ๐
๐๐ง๐๐ ๐ด๐๐ข ๐ต๐๐๐๐-๐๐๐ข๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐ก๐
02/07/2021
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ด๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐ ๐
๐๐ด๐๐๐ ๐พ๐๐๐ข๐๐ข๐๐๐๐
๐๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐๐ ๐
๐๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐ด๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐โ ๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ถ๐๐๐ผ๐ท-19? ๐ธ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐ข ๐๐๐๐๐
Perkhidmatan Talian Psikososial Kolej Komuniti Pahang.
Perkhidmatan ditawarkan kepada semua warga kolej dan komuniti setempat.
Boleh panjangkan kepada sahabat, pelajar, alumni dan komuniti setempat.
"๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐, ๐ณ๐๐๐
๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐
๐โ
Kredit :
Pegawai Psikologi KKRP
28/06/2021
Assalamualaikum.
19/04/2021
Kalau ada kesepuluh-sepuluh kemahiran dan nilai ni, insya-Allah campaklah ke mana-mana pun, kita boleh berkembang.
25/03/2021
27/01/2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar kalian hari ini?
Harapnya semua dalam keadaan sihat walaupun di musim pandemik COVID-19 ini.
SIHAT dari segi menuntut ilmu secara PdPR pun ada tau.
Mari saya kongsikan di bawah.
15/01/2021
Saya isteri yang bekerja..
Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.
Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur.
Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni,
1. Mandi
2. Solat
3. Ajar anak mengaji
4. Masak
5. Kemas dapur
6. Basuh pinggan
7. Sapu sampah
8. Basuh kain
9. Sidai kain
10. Angkat kain
11. Lipat kain
12. Gosok kain
13. Susun kain
14. Susun pinggan
15. Tengok homework anak
16. Sembang dengan suami
17. Sembang dengan anak
Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga. ๐
Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu. Yang penting tetapkan objektif:
1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya
2. Rumah tidak terlalu bersepah
3. Perut masing-masing kenyang
4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap
5. Kami semua gembira
Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.
Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar.
Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.
Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah.
Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin?
Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron. Apedehal.
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:
1. Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
2. Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
3. Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi. ๐
4. Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya s**a spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti. โน๏ธ
Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita.
Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik.
Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.
Tapi, percayalah,
Kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu. Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja.
Saya teguh dengan modul 'penat sama sama, rehat sama sama'. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai!
Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga.
Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita.
Doa banyak banyak pada Allah...ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah....doa begitu selalu.
Suami ni, dia bukan macam anak anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga.
Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang.
Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar...sabar..sabar...tenang...banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah...agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.
Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!
Rileks k, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya.
Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee. Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu.
Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang. Bisikan syaiton sungguh!
Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta.
Ciptalah.
(Eh ya Allah, bila aku baca balik, panjangnya! Anda dah baca sampai bottom line ni kira tahniahlah! ๐)
Sumber : Izyan Izdihar Shaarani
15/01/2021
Semasa dalam bootcamp dulu-dulu, ada peserta datang berjumpa saya dan bertanya soalan ini,
โTuan, saya kena buktikan kepada keluarga dan kawan-kawan saya boleh buat, saya boleh berjaya dan saya mesti berjaya.
Saya berhenti kerja sebab nak jaga anak. Saya tak mahu dah kerja pejabat keluar pagi balik petang. Saya nak anak sentiasa dengan saya.
Cuma saya tak berapa tahan dengan usikan, teguran dan ejekan keluarga dan kawan-kawan. Bantu saya tuan kasi saya semangat.โ
Saya jawab begini sahaja.
Bermain dengan apapun hal termasuklah di media sosial, kena tanam dalam kepala yang kita tak perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa.
Mereka boleh cakap apa sahaja, namun hidup kita, kita yang kena hadap.
Orang takkan berhenti bercakap.
Orang takkan berhenti mengejek.
Orang takkan berhenti perli.
Dan kita juga tak boleh berhenti baiki dan naikkan harga diri.
Pergi kelas, belajar dan terus fokus. Ini saya anggap sebagai gangguan kecil sahaja. Saya jenis senang move on.
Yang perli, yang hina, yang burukkan saya, saya undur diri dan terus lupakan. Sekiranya terserempak, saya senyum sahaja. Kena belajar dan terus buat teknik tutup telinga.
Orang bercakap, kita diam dan senyum.
Orang menghina, kita diam dan senyum.
Orang perlu, kita diam dan senyum.
Tak ada keperluan nak bertempur. Ia hanya menambah sakit hati. Selepas sentap seminit dua, move on. Tak boleh lama-lama sentap, rugi masa. Setiap minit kita sangat berharga berbanding mereka yang gunakan untuk kejahatan mulut dan hati.
Saya pegang ayat ini โkita tak boleh kawal orang. Orang buat jahat kepada kita, kita tak boleh halang. Yang boleh kita buat ialah kawal diri kita.
Fokus kepada hal kejayaan, buang semua perkataan negatif dalam kepala dan berusaha sungguh-sungguh.
Rancang, kaji, susun dan bertindak.
Dan dalam hidup ini tak perlu nak buktikan apa-apa kepada sesiapa, bukan mereka yang bayar semua bil-bil kita. Kita yang kena usahakan segalanya dengan bantuan dari Allah.โ
Ingat kawan, kita berbeza dengan mereka.
Mereka kaki sembang, kita kaki berbuat. Sampai kita dah jumpa titik kejayaan nanti, percayalah orang-orang ini akan mengaku kita saudara mereka dan boleh jadi mereka p**a minta bantuan dari kita.
Dan pada waktu itu bantulah, tolonglah dan sambutlah semuanya itu dengan kerendahan diri. Kita berbeza dari mereka, jenis boleh kasi buah, kasi hadiah kepada mereka yang dah baling batu kepada kita.
Ingat tau, Boleh jadi kejayaan kita juga adalah sebuah ujian dari Allah. Sentiasa berjaga bab adab dengan Allah. Dah kaya, bantu semua orang termasuk orang yang kita tak s**a.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Click here to claim your Sponsored Listing.