Bahagian Pengajian Islam PPIK USM

Bahagian Pengajian Islam PPIK USM

Share

Selamat Datang ke Laman Rasmi Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Photos from Bahagian Pengajian Islam PPIK USM's post 11/06/2026

Menghadiri dan membentangkan kertas kerja

Tajuk kertas: Beyond Spirituality: How Malaysian Houses of Worship Drive Social Welfare and Disaster Response in Diverse Communities

The 17th Conference on Arts and Humanities (ACAH2026)

Penganjur: International Academic Forum (IAFOR), Osaka

Lokasi: The International Forum, Tokyo

Tarikh: 9-13 Mei 2026

Profesor Madya Dr. Mohd Farid Mohd Sharif

11/06/2026

Tahniah atas Penerbitan Artikel Jurnal

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Muhammad Hamizan Mustafa Kamal, calon Sarjana Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, bersama penyelia beliau Dr. Muhammad Fathullah Al Haq Muhamad Asni, atas kejayaan penerbitan artikel bertajuk:

“The Existence of Gharar Fāḥish and Its Potential in Digital-Based Marketing in Malaysia”

Artikel ini telah diterbitkan dalam Journal of Fatwa Management and Research (JFATWA) berindeks Scopus (Q2).

Penerbitan ini merupakan satu pencapaian akademik yang membanggakan, khususnya dalam memperkukuh wacana fiqh muamalat kontemporari berkaitan isu gharar fāḥish, pemasaran digital, ketelusan maklumat, ketidakjelasan kontrak serta kepatuhan Syariah dalam transaksi berasaskan platform digital di Malaysia.

Kajian ini turut memberi sumbangan penting dalam menilai cabaran baharu muamalat digital, termasuk isu kewujudan produk, penentuan harga, kos tambahan, spesifikasi produk, masa penghantaran, polisi pemulangan, strategi promosi dan pendedahan identiti penjual.

Semoga penerbitan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian berkualiti dalam bidang fiqh muamalat, pemasaran digital Islam dan kewangan Islam kontemporari, sekali gus mengangkat kecemerlangan penyelidikan warga Bahagian Pengajian Islam, PPIK, USM.

https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/831?fbclid=IwY2xjawSW8aRleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFHQ0F0bXNlenVvRjdYZ0dxc3J0YwZhcHBfaWQQMjIyMDM5MTc4ODIwMDg5MgABHqt98XUB0xHXlPE9M031OxL-J2zGeI_VEPd9JkBLqVXOIoiyMg00VaZgpAiE_aem_AZlLnDHFDEXircMDoms9aQ

Photos from Penerbit USM's post 10/06/2026

TAHNIAH PENULIS DARIPADA PENSYARAH BPI: DUA JUDUL TERSENARAI DALAM 20 JUDUL TERLARIS PENERBIT USM DI PBAKL 2026

Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penulis BPI yang karya mereka telah tersenarai dalam 20 Judul Paling Laris Penerbit USM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Dua judul tersebut ialah:

📘 Fiqh Perkahwinan & Kekeluargaan Islam
Penulis: Mohammad Amir Wan Harun, Jasni Sulong dan Atikullah Abdullah

📘 Isu-Isu Pindah Milik Harta Orang Islam di Malaysia
Penulis: Jasni Sulong

Photos from Bahagian Pengajian Islam PPIK USM's post 10/06/2026

Mesyuarat Kerjasama Mobiliti Antarabangsa USM–UIN Ar-Raniry Bersama Komuniti Kampung Kuala Mengkuang

📅 10 Jun 2026 (Rabu)
📍 Kampung Kuala Mengkuang, Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang

Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan satu sesi perbincangan dan mesyuarat bersama wakil masyarakat Kampung Kuala Mengkuang bagi membincangkan pelaksanaan Program Mobiliti Antarabangsa USM–Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.

Mesyuarat ini bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat dalam menjayakan program mobiliti antarabangsa yang bakal melibatkan pertukaran ilmu, pengalaman budaya, aktiviti kemasyarakatan serta program keluarga angkat yang memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat setempat.

Delegasi Bahagian Pengajian Islam, PPIK USM diketuai oleh Dr. Roshimah Shamsudin, Pengerusi Rancangan Pengajian, bersama-sama Dr. Mohammad Amir, Dr. Faisal Husen Ismail, Dr. Fathullah dan Pn. Marshima. Perbincangan berlangsung dalam suasana yang amat positif dan konstruktif dengan sokongan padu daripada pihak pengurusan serta penduduk Kampung Kuala Mengkuang.

Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak berharap dapat mewujudkan platform pembelajaran berasaskan komuniti yang lebih bermakna, memperkukuhkan hubungan serantau Malaysia–Indonesia, serta mempromosikan nilai-nilai kemanusiaan, kebersamaan dan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Pihak Bahagian Pengajian Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada masyarakat Kampung Kuala Mengkuang atas kesudian menerima kunjungan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan agenda pengantarabangsaan universiti.

“Menghubungkan Ilmu, Memperkasa Komuniti, Merapatkan Ukhuwah Serantau.”

09/06/2026

BENTANG & TERBIT & PERLUASKAN IMPAK PENYELIDIKAN ANDA DI LANGKAWI

🌟 INTERNATIONAL CONFERENCE FORUM ISLAM ASIA 3.0 (FIA 3) 2026 🌟

📍 Nadias Hotel, Pantai Cenang, Langkawi
🗓️ 26–27 Ogos 2026

Antara Jurnal dan Medium penerbitan yang disediakan:

📖 Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) (WoS/Scopus)
📖 Jurnal Dunia Pengurusan (MyCite)
📖 The International Journal of World Civilization and Philosophical Studies (IJWCPS) (MyJurnal / MySitasi)
📖 Jurnal YADIM International Journal of Islam and Contemporary Affairs (MyJurnal / MySitasi)
📖 Jurnal-jurnal terpilih lain (MyCite / MyJurnal / SINTA)
📖 Bab dalam Buku (Book Chapter)
📖 E-Prosiding Persidangan

Tema Persidangan

“Tradisi Ilmu dan Revolusi Kecerdasan Buatan dalam Membina Kepimpinan Intelektual Islam”

Persidangan ini menghimpunkan para akademik, penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah, penggubal dasar dan pengamal industri untuk membincangkan perkembangan terkini berkaitan tradisi ilmu Islam serta cabaran dan peluang Revolusi Kecerdasan Buatan (AI).

Bidang dan Subtema

✅ AI dalam Penyelidikan Ilmu Islam
✅ Al-Quran dan Hadith
✅ Epistemologi Islam
✅ Fiqh, Maqasid dan Fatwa
✅ Industri Halal
✅ Pendidikan dan Dakwah
✅ Pemikiran Islam dan Islamisasi Ilmu
✅ Kepimpinan Ummah dan Transformasi Digital
✅ Serta pelbagai bidang lain yang berkaitan

📝 Cara Pendaftaran,
1️⃣ Layari laman web rasmi FIA 3.0: 🌐 fia.usm.my

2️⃣ Klik menu "Registration" atau "Submit Abstract"

3️⃣ Lengkapkan maklumat pendaftaran dan muat naik abstrak mengikut format yang disediakan.

📌 Tarikh Penting

📅 Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak (Lanjutan): 15 Jun 2026
📅 Tarikh Persidangan: 26–27 Ogos 2026

⚠️ Tempat adalah terhad. Daftarkan penyertaan anda sekarang dan rebut peluang untuk membentangkan serta menerbitkan hasil penyelidikan anda di platform antarabangsa.

















Photos from Bahagian Pengajian Islam PPIK USM's post 09/06/2026

Bengkel Penyediaan Indeks Buku Akademik yang dikendalikan
oleh Profesor Madya Dr. Mohd Farid Mohd Sharif. Bengkel ini dihadiri oleh pensyarah, pelajar ijazah tinggi dan pelajar ijazah sarjana muda.

Bengkel ini merupakan salah satu program di bawah anjuran Bahagian Pengajian Islam untuk tahun 2026.

9 Jun 2026
Dewan Persidangan PPIK

07/06/2026

Program Surau Bahagian Pengajian Islam PPIK.

Nantikan kemunculannya.

07/06/2026

Tahniah

Dr. Thuraya Ahmad

Penerima Geran Penyelidikan Darul Fitri Resources

Daripada
Seluruh warga
Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Want your school to be the top-listed School/college in Penang Island?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Penang Island
11800