10/07/2026
[HARI INI, 10.00 PAGI] JEMPUTAN KE PROGRAM VIRTUAL MINDA: RED FLAG – GREEN FLAG, SENI ADAB KOMUNIKASI DALAM ERA DIGITAL BERSAMA PENSYARAH DAN MAJIKAN
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
YBhg. Tan Sri/Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Adakah anda tahu perbezaan komunikasi profesional (Green Flag) dan kurang sesuai (Red Flag) dalam dunia digital hari ini? Cara kita berkomunikasi, mesej, emel dan interaksi sosial mencerminkan peribadi kita di mata pensyarah dan bakal majikan.
Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM Kuala Lumpur dengan sukacitanya menjemput semua pelajar untuk menghadiri program interaktif program Virtual Minda Mari Mengenal dan Tahu Siri 1/2026 : Red Flag-Green Flag Seni Adab Komunikasi dalam Era Digital Bersama Pensyarah dan Majikan.
Apa yang anda akan dapat?
· Memahami jangkaan pensyarah dalam urusan akademik
· Mempelajari do’s & don’ts komunikasi yang disukai oleh majikan (kebolehpasaran kerja)
· Meningkatkan soft skills dan profesionalisme diri.
Program: Virtual Minda Mari Mengenal dan Tahu Red Flag-Green Flag Seni Adab Komunikasi dalam Era Digital Bersama Pensyarah dan Majikan.
Hari: Jumaat (10/7/2026)
Masa: 10.00am -11.00am
Platform: https://meet.google.com/nnd-ojtd-zvt (imbas kod QR pada poster)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-3092917.
Mata CPD dan MYACAD disediakan.
Sekian, terima kasih.
Seksyen Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling UTM Kuala Lumpur
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTM Kuala Lumpur
" Empowering the mental well being of UTM students and staff"
Pej:+603-2615 4813/ +03-2615 4766/ Hotline: 011-2084 6219 (JB)/011-2084 4749(KL)
For booking an appointment, Please log in to the MyUTM Portal to access the Psycare System: https://my.utm.my/login