30/04/2026
Program Volunteer Antarabangsa Alumni SMIDIKN DI Japan Da’wah Centre Telah Tamat 🇯🇵✨
Program ini merupakan tahun kedua penglibatan SMIDIKN dalam menghantar pelajar yang telah menamatkan SPM ke peringkat antarabangsa. Para pelajar telah diberikan pendedahan awal serta persediaan rapi sejak di bangku sekolah lagi oleh guru pembimbing bagi memastikan mereka bersedia dari segi ilmu, sahsiah dan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pengalaman di luar negara.
Alhamdulillah, program volunteer antarabangsa selama 21 hari di Jepun yang disertai oleh pelajar lepasan SPM 2025 dari Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus (SMIDIKN) telah pun melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Seramai 7 orang pelajar SMIDIKN yang terlibat ialah:
ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD ABDAN
MUHAMMAD FAWWAZ ZIKRY BIN MOHD ZAILANI
SYAFI ADAM BIN SALAHUDEN
AZRI BIN SAIFULAMIN
MUHAMMAD AMIRNURRASHID BIN MOHAMAD RASHDAN
MUHAMMAD ANAS ARSYAD BIN MOHD RUSLI
WAFRI ROYHAN IMRAN BIN MAZLAN
Mereka merupakan antara pelajar aktif SMIDIKN yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sepanjang di bangku sekolah.
Sepanjang berada di Jepun, para peserta telah terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan, dakwah serta program pembangunan diri. Mereka turut didedahkan dengan budaya masyarakat Jepun, disiplin kerja yang tinggi serta nilai amanah dan ketekunan dalam melaksanakan setiap tugasan.
Antara pengisian program yang telah disertai termasuk:
• Program dakwah dan Street Dakwah
• Program International Exchange
• Ceramah dan perkongsian ilmu oleh Dato Adnan dan Ust
Abdullah Bukhari
• Program host family bersama masyarakat tempatan
• Penglibatan penyelidikan dakwah
• Aktiviti harian bersama Japan Dakwah Center
• Menjadi Imam dan Muazzin
Pengalaman ini menjadi satu platform penting dalam membentuk jati diri, kematangan serta memperluaskan perspektif pelajar terhadap dunia luar.
Pihak SMIDIKN juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Japan Dakwah Center atas peluang dan ruang yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Kesudian pihak JDC menerima kehadiran para pelajar, menyediakan platform pembelajaran serta membimbing mereka dalam aktiviti dakwah dan kesukarelawanan amatlah dihargai. Segala sokongan, tunjuk ajar dan layanan yang diberikan telah memberi impak yang besar dalam membentuk pengalaman yang bermakna buat para peserta sepanjang berada di Jepun.
Pihak SMIDIKN turut merakamkan penghargaan kepada guru pembimbing, Ustazah Syafiqah Solehah binti Ahmad, atas usaha dan inisiatif dalam membuka ruang, membimbing, memberi persediaan awal kepada pelajar serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman di peringkat antarabangsa.
Semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat besar kepada agama, bangsa dan negara.
Global Dakwah And Volunteer Mission
Madrasah Students to Osaka : Bridging Cultures, Sharing The Beauty of Islam