Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Universiti Putra Malaysia Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel. +60397696075

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada se...
24/08/2026

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga UPM dan umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan meneladani keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek kehidupan, khususnya dalam membentuk generasi mahasiswa yang berilmu, berakhlak, berintegriti serta prihatin terhadap masyarakat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW serta mengamalkan sunnah dan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab, 33:21)

🌹 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

24/08/2026

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026

Tiga bakal pelajar baharu UPM disantuni di Kota Bharu, Pasir Mas dan Machang menerusi inisiatif Ziarah Kasih KPT–UPM bersama Yayasan Perkasa Siswa (YPS).

🎓 Nurul Syafiqa Binti Abdullah — RM2,000
🎓 Aimi Batrisyia Binti Amiruddin — RM7,143
🎓 Nur Amni Qistina Binti Ruhaimi — RM2,000

💰 Jumlah keseluruhan bantuan: RM11,143

Semoga bantuan ini meringankan beban keluarga dan menjadi pembakar semangat untuk mereka melangkah yakin ke menara ilmu. ❤️🎓

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026Menyantuni dan menyokong bakal mahasiswa UPM dalam melangkah ke alam ...
22/08/2026

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026

Menyantuni dan menyokong bakal mahasiswa UPM dalam melangkah ke alam pendidikan tinggi. Semoga bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban keluarga serta menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya. 🎓✨

Ziarah Kasih ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM dan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UPM.

Menyantuni Mahasiswa • Meringankan Beban • Membuka Jalan Menuju Pendidikan Tinggi

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026Ziarah Kasih menyantuni bakal mahasiswa UPM, Nur Amni Qistina Binti R...
22/08/2026

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026

Ziarah Kasih menyantuni bakal mahasiswa UPM, Nur Amni Qistina Binti Ruhaimi di Machang, Kelantan, sebagai sokongan menjelang langkah baharu beliau ke alam universiti. 🎓

Ziarah turut dihadiri YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM dan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, TNC HEPA UPM.

Sebanyak RM2,000 bantuan pendidikan disampaikan bagi membantu meringankan beban keluarga dan persediaan awal pengajian.

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026Menyantuni Nurul Syafiqa Binti Abdullah, bakal mahasiswa UPM di Kota ...
22/08/2026

ZIARAH KASIH PELAJAR BAHARU KPT–UPM @ KELANTAN 2026

Menyantuni Nurul Syafiqa Binti Abdullah, bakal mahasiswa UPM di Kota Bharu, Kelantan.

Sebanyak RM2,000 bantuan pendidikan disampaikan menerusi Bantuan Awal Pengajian dan Yayasan Perkasa Siswa (YPS) bagi meringankan beban keluarga serta membantu persediaan awal pengajian.

Ziarah Kasih ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM dan YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UPM.

🎓 Menyantuni Mahasiswa • Meringankan Beban • Membuka Jalan Menuju Pendidikan Tinggi

BHEP UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti...
22/08/2026

BHEP UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Jailani Johari, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia, atas kesudian turun padang menyantuni bakal mahasiswa UPM dan keluarga mereka di Kelantan menerusi Ziarah Kasih Pelajar Baharu KPT–UPM 2026.

Keprihatinan dan sokongan yang diberikan bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga, malah menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan perjalanan di alam universiti dengan penuh keyakinan.

Semoga sinergi antara KPT, UPM, YPS, BHEP UPM dan WAZAN terus memperkukuh usaha menjaga kebajikan mahasiswa serta memastikan tiada pelajar tercicir dalam mengejar cita-cita.

Terima kasih, YBhg. Dato’, kerana sentiasa dekat dan prihatin terhadap kebajikan mahasiswa.

Address

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
Upm
43400

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

+60397696075

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share