12/05/2026
8 Mei 2026 | Jumaat
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tc. Haji Nasrul Hakime bin Hassan, Pensyarah Rujukan Pembangunan Item Pentaksiran (PRIP) merangkap Master Trainer TVET dari Kolej Komuniti Sungai Siput atas jemputan sebagai penceramah bagi sesi Taklimat Outcome-Based Education (OBE) in TVET anjuran Unit Kualiti, Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh.
Taklimat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PCAA@KKCP melibatkan penyertaan yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan & Pegawai Akademik.
Taklimat ini memberi penekanan kepada penjajaran konstruktif antara Course Learning Outcome (CLO), Programme Learning Outcome (PLO) dan kaedah pentaksiran yang berkesan selaras dengan keperluan semasa TVET serta standard kualiti pendidikan.
Perkongsian kepakaran ini turut membantu memperkukuh kefahaman warga akademik dalam melaksanakan pendekatan OBE secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.