19/06/2024
Lawatan Muhibbah Universiti Muhammadiyah Purworejo (UMP) Jogjakarta, Indonesia ke UiTM Kampus Raub, Pahang pada 5 – 7 Jun 2024.
Delegasi disertai oleh barisan pensyarah iaitu Dr Jeki Mediantari Wahyu Wibawanti, Ibu Isna Windani
Dan Ibu Meriam Esterina.
Di antara objektif program ini adalah :-
i. Memperkasakan Agenda Pengantarabangsaan UiTM.
ii. Menggalakkan aktiviti bersama rakan strategik universiti (PI84).
iii. Mengadakan perbincangan yang lebih lanjut mengenai MoA yang akan dibuat bersama pihak UMP. (PI81).
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Sesi Pengenalan & Perbincangan Kerjasama Antara UiTM dan UMP, suai kenal bersama Penolong Rektor, barisan Ketua Pusat Pengajian, barisan pensyarah FPP, lawatan sekitar kampus UiTM Raub Pahang (Bilik Kuliah, Bilik Pensyarah, Makmal & Asrama/Perpustakaan) dan Collaborative Teaching (subjek MGT340 – Pengurusan Sumber Manusia) di Dewan Kuliah 300. Delegasi dari UMP juga dibawa berjalan-jalan sekitar bandar Raub, Genting Premium Outlet (GPO) dan sekitar Kuala Lumpur sebelum berlepas pulang ke Indonesia.
Terima kasih kepada pengarah program iaitu Dr. Hasnizawati Hashim, dan penolong pengarah program iaitu Dr. Fazreena Mansor serta rakan-rakan ahli jawatankuasa FPP, penolong rektor, barisan KPP, unit Korporat, perpustakawan, pemandu serta pelajar-pelajar yang membantu dalam melancarkan program tersebut.
Semoga usahasama diantara kedua-dua universiti, Universiti Muhammadiyah Purworejo (UMP) & UiTM Cawangan Pahang akan berkesinambungan dan terjalin dimasa akan datang.