SMK BAKTI RASMI
Pacuan Pendidikan Sejagat. Membina akhlak dan sahsiah. Unggul dalam matapelajaran selaras dengan wawasan dan halatuju negara. PROGRESIF & PROAKTIF
12/06/2026
π TAHNIAH PASUKAN HOKI SMK BAKTI! π
Alhamdulillah, sejarah tercipta apabila pasukan Hoki SMK Bakti berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri buat pertama kalinya selepas 4 tahun pasukan ini ditubuhkan.
Pasukan SMK Bakti telah muncul sebagai π JOHAN KUMPULAN C π
Lebih membanggakan, SMK Bakti berjaya menduduki tempat ke-5 terbaik daripada 14 buah sekolah yang bertanding dalam Kejohanan Hoki MSSPP 2026 bagi semua daerah Seberang Perai.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih, guru-guru serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan padu sepanjang kejohanan ini.
Semoga pasukan Hoki SMK Bakti terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Jun nanti.
πβ€οΈ Ayuh warga SMK Bakti, sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan hoki sekolah! Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan keputusan yang terbaik. Bakti terus unggul! πͺπ
12/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Amani Qaisara telah berjaya merangkul Johan dan seterusnya terpilih mewakili negeri ke Perkhemahan Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan. Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan, disiplin dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Selain itu, Yindran a/l Sivakumar turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Tempat Keempat dalam pertandingan Pengucapan Awam. Prestasi ini menunjukkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta kebolehan berfikir secara kritis yang sangat membanggakan.
Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Tahniah kepada para peserta, guru pembimbing dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. πππ»π
12/06/2026
πΉπππππ ππππππ πππππ ππ π΅π΄π½π·π°π πΆπ»πΎπ±π°π» ππ³π½ π±π·π³ ππππππ ππππππ ππππππ’ ππππππ’ πππππ ππππ πΏπ»π³ ππππππ’ SMK BAKTI. π°πππ-anak SMK π±ππππ ππππππ ππππ YB Datoβ Seri Reezal Merican bin Naina Merican ahli Dewan Undangan negeri Adun Bertam.
12/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Filem Pendek Baktianz Studio atas kejayaan membanggakan apabila filem "Terhenti Di Noktah Tiga" berjaya tersenarai dalam Top 5 Filem Terbaik serta layak ke peringkat akhir Pertandingan Filem Pendek Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Karnival Citra Seni Mutiara 2026.
Pencalonan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen tinggi, kreativiti serta kerjasama mantap seluruh warga produksi dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi impak kepada penonton. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mengharumkan nama sekolah dan Baktianz Studio, serta mencapai keputusan yang cemerlang di pentas akhir nanti.
Selamat maju jaya kepada seluruh pasukan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan semoga "Terhenti Di Noktah Tiga" memperoleh kejayaan yang gemilang. π¬πβ¨
12/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Innovators Bakti atas kejayaan melayakkan diri ke Peringkat Akhir Pertandingan Innovators of Tomorrow sempena Karnival STEM Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen yang tinggi, semangat kerja berpasukan serta kreativiti yang telah ditunjukkan sepanjang proses penyediaan dan pembentangan projek. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kemampuan dan potensi para peserta dalam bidang inovasi serta STEM, malah turut mengharumkan nama sekolah dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berani mencuba serta menghasilkan idea-idea yang bermanfaat.
Semoga Team Innovators Bakti terus bersemangat, memperkemaskan persiapan dan memberikan persembahan yang terbaik di peringkat akhir nanti. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan dan seterusnya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Selamat maju jaya dan teruskan melakar kecemerlangan! πππ
Saksikan video Inovasi mereka.
https://youtu.be/vZ0Y-hiCRPc?si=_k4UYqBuGWzoLKiV
30/05/2026
π Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H π
Seluruh warga SMK Bakti mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga ibadah korban dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
β¨ βPengorbanan mendidik jiwa, keikhlasan menyuburkan iman.β β¨
Taqabbalallahu minna wa minkum
Minal Aidin Wal Faizin
Mohon Maaf Zahir & Batin.
26/05/2026
π¨ Colour Blocking, Warna-Warni Kenangan π¨
Sekitar sambutan Hari Guru di SMK Bakti yang penuh ceria pada Jumaat yang lepas (22/5/2026).
Lensa kamera berjaya merakam setiap momen indah daripada senyuman, gelak tawa hinggalah semangat kebersamaan warga sekolah ππΈ
Terima kasih kepada semua yang telah memeriahkan sambutan ini.
Kenangan ini pasti akan terus kekal dalam ingatan kita semua π