AtoLiz Publications

AtoLiz Publications

Share

AtoLiz Publications - completing knowledge

29/09/2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada yang berminat belajar cara-cara menulis skrip drama tv dan filem hingga diterima stesyen tv dan syarikat produksi untuk diterbitkan, mari ramai-ramai sertai bengkel penulisan skrip drama tv filem anjuran Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PEWIRA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Yuran penyertaan pun murah! Cepat-cepat daftar ya!😍http://www.wasap.my/+60126993482/daftar

Photos from AtoLiz Publications's post 27/12/2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan alam maya. Buku kumpulan skrip drama tv saya RUMAH MERDEKA terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun berada di pasaran. Boleh didapati di semua kedai buku DBP atau pesan melalui laman sesawang DBP. InsyaAllah buku ini bermanfaat bagi kegunaan pelajar2 dalam bidang perfileman dan kepada sesiapa yg berminat dalam bidang penulisan skrip. Ia juga sesuai sebagai bahan bacaan yg boleh menanamkan semangat kebangsaan kerana 4 skrip drama tv yg terdapat di dalam buku ini menghimpunkan empat skrip drama tv bertemakan hari kebangsaan dan semuanya pernah tersiar di siaran tv tempatan. Dua daripadanya juga pernah menerima Hadiah Sastera. Susulan daripada ini saya merancang utk mengadakan bengkel penulisan skrip drama tv/filem. Moga memberi manfaat!😁

18/04/2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mulai sekarang novel Kolam Hati Di Merseyside karya Subroto Katimin boleh diperolehi di booth PTS Bookcafe Sdn.Bhd. dan boleh order online dgn melayari https://www.bookcafe.com.my

Photos 25/06/2017
Photos from AtoLiz Publications's post 02/06/2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Kelab Peminat Liverpool Malaysia kerana menjadikan novel Kolam Hati Di Merseyside sebagai sebahagian daripada hadiah peraduan fantasy football mereka dan dimaklumkan bahawa novel ini nanti akan berjualan secara rasmi di page fb Kelab Peminat Liverpool Malaysia.

Photos 20/04/2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera. AtoLiz Publications telah melantik Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd. sebagai pengedar buku novel KOLAM HATI DI MERSEYSIDE. Jadi sesiapa yg ke mana2 pesta buku, boleh lah dapatkan novel ini di Booth Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd. Di sana juga anda boleh dapati novel2 Subroto Katimin yg lain seperti Cinta Backpackers, Lateral dan Kelab Jiwa Parah (Motivasi Remaja). Rakan2 di Pulau Pinang boleh ke Pesta Buku Pulau Pinang yg berlangsung serentak dgn Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017... Terima kasih 😘👍

Photos from AtoLiz Publications's post 13/04/2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera. AtoLiz Publications telah menerbitkan sebuah novel baru yang berjudul KOLAM HATI DI MERSEYSIDE. Novel setebal 540 halaman ini adalah berkonsep inspirasi kelab bolasepak, cinta, pengorbanan dan kasih sayang keluarga yang digaul menjadi satu karya novel kreatif yang seronok dibaca. Berikut ialah maklumat yang perlu anda ketahui berkenaan novel ini :

TEMA
Bertemakan inspirasi kelab bolasepak, cinta dan kasih sayang keluarga.

KONSEP PENERBITAN
Ia berkonsepkan inspirasi kelab bolasepak terkemuka Liga Perdana Inggeris, LIVERPOOL FC, romantik dan sosial drama. Persoalan tentang kasih sayang dua orang anak yang berpisah mencari ibu bapa kandung yang berbeza latar belakang. Kisah melodrama yang amat menarik untuk dikupas dan pelbagai plot cerita.

OBJEKTIF PENERBITAN
Memberi satu panduan dan nasihat kepada pembaca berkenaan hubungan cinta yang harus dikaji latar belakangnya dan bagaimana dalam hidup ni kita sentiasa memerlukan pertolongan orang lain. Inspirasi semangat kelab bolasepak amat jarang ditonjolkan dalam bentuk bacaan novel. Penerbitan ini akan memberikan satu kelainan dengan jalan cerita yang merangkumi soal kasih sayang keluarga, jodoh, pendidikan dan jenayah sosial masyarakat.

RASIONAL PENERBITAN
Sebagai satu wadah menyampaikan tema inspirasi kelab bolasepak, cinta dan kemanusiaan kepada masyarakat.

Novel ini jika dibeli terus melalui admin AtoLiz Publications :
012 699 3482, anda hanya perlu membayar harga buku RM29.90 termasuk kos pos dan novel itu akan ditandatangani oleh penulisnya sendiri.

Kami juga dalam proses melantik beberapa wakil pengedar yang akan menjual novel ini. Perkara ini akan kami maklumkan setelah mendapat persetujuan bersama.

Ayuh, hubungi kami 012 699 3482 sekarang!

Photos 30/03/2017

Kolam Hati di Merseyside dah sampai....

Sekangkang Kera 27/03/2017

Admin sedang menyertai persiapan set pentas sebelum persembahan malam esok. Kawan-kawan yang berkelapangan dialu-alukan turut menyaksikan pementasan teater ini yang dibawakan sempena Integrity Art Night. Masuk percuma, boleh walk in sahaja.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Apa khabar semua?

Kami tidak sabar untuk menjemput tuan/puan ke persembahan Teater SEKANGKANG KERA yang dibawakan oleh Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama PEWIRA pada 28 Mac 2017 ini.

Kita jumpa di sana, ya....

Permohonan DUTA BUKU 2017 25/02/2017

Permohonan DUTA BUKU 2017 Sempena PBAKL 2017, yang akan berlangsung dari 28 April - 7 Mei, di PWTC, Urus Setia mempelawa remaja/graduan yang sedang bercuti untuk sama-sama terlibat sebagai sukarelawan pesta buku. Sukarelawan pesta buku ini dikenali sebagai Duta Buku. Duta Buku dianggap penting kerana menjadi Duta bagi acara…

Photos 19/12/2016

Tandakan pada kalendar anda: 28 April hingga 7 Mei 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Want your school to be the top-listed School/college?

Website

Opening Hours

Monday 10:00 - 23:00
Tuesday 10:00 - 23:00
Wednesday 10:00 - 23:00
Thursday 10:00 - 23:00
Friday 10:00 - 23:00
Saturday 10:00 - 23:00
Sunday 10:00 - 23:00