11/09/2025
Alhamdulillah, pada 11 September 2025 telah berlangsung Majlis Serah Tugas, Majlis Dekan Sains Kesihatan Universiti Awam (MDSKUA) di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin.
Majlis menyaksikan penyerahan tugas daripada Prof. Dr. Sakinah Harith kepada Prof. Dr. Wan Rosli Wan Ishak selaku Pengerusi baharu MDSKUA yang berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025.
Turut hadir bersama meraikan ialah barisan kepimpinan FSK:
✅ Dr. Nur Ayuni Kadir (Timbalan Dekan HEPA)
✅ Dr. Wee Bee Suan (Timbalan Dekan PI)
✅ Prof. Madya Dr. Wan Rohani Wan Taib
Tahniah & selamat menjalankan amanah buat Prof. Dr. Wan Rosli. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Prof. Dr. Sakinah atas jasa dan sumbangan besar sepanjang kepimpinan beliau. 🌸