Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah Sesi 2012/2013

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah Sesi 2012/2013 Kongsikan suara, pendapat, idea, cadangan, aduan mahupun maklum balas anda di sini. "Not Just INSPIRING, But To LEAD Together" Ikuti kami di twitter juga!

https://twitter.com/MPP_UiTMKedah Majlis Perwakilan Pelajar atau ringkasannya MPP merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

27/11/2013

Tahniah buat Saudara Naqiuddin daripada FSPPP kerana telah dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) yang baharu bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah Sesi 2013/2014.

Nantikan senarai penuh kabinet MPP UiTM Kedah Sesi 2013/2014. . . . .

Bismilahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.Pada tanggal 18 November 2013 iaitu hari ini, secara rasmi...
18/11/2013

Bismilahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Pada tanggal 18 November 2013 iaitu hari ini, secara rasminya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah Sesi 2012/2013 dibubarkan.

Kami di barisan MPP merakamkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan, bantuan dan panduan kepada kami selama memegang jawatan ini. Terima kasih juga di atas kepercayaan yang telah diberikan sama ada daripada rakan-rakan, mahasiswa, kakitangan, pensyarah dan juga pengurusan UiTM Kedah kepada kami.

Kami juga memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran dan kekurangan kami dalam melaksanakan amanah yang kalian berikan.

Akhir kata, segunung harapan kami kepada yang bakal menyambung legasi MPP UiTM Kedah ini agar dapat meningkatkan lagi dan memperbaiki kecemerlangan dan kualiti dalam perkhidmatan dan penyampaian kepada mahasiswa, pihak pengurusan mahupun kepada komuniti.

Kedah Sentiasa Di Hatiku
Just Inspiring, But To Lead Together

Wasalam.

Shafiq Nasaruddin
Mantan YDP


http://kedah.uitm.edu.my/v1/component/content/article/120-events-a-conferences/1162-pilihanraya-jpp

30/10/2013

Untuk Program Gemilang Siswa Negeri Kedah 2013:

Bertolak : 7.15 pg di Depo Bas
Pakaian : Formal dan menutup aurat *bawa metric card

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kepada siswa/wi Uitm Kedah yang Berminat, silakan hubungi terus kpd person in charge...
28/10/2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kepada siswa/wi Uitm Kedah yang Berminat, silakan hubungi terus kpd person in charge di bawah ini, tq

YOUTH EXCHANGE & STUDY PROGRAM 2013 (YES2013)SEMPENA PESTA BUDAYA TABUIK 201315-19 November 2013 | Kota Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia

Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Kota Pariaman sekali lagi bergabung menganjurkan YES2013 buat kali ketiga tahun ini.

Untuk kali ini, YES2013 akan menekankan aspek KEBUDAYAAN, ALAM SEKITAR, KEMANUSIAAN DAN KASIH SAYANG

Untuk itu, kepada golongan belia/pelajar IPTA & IPTS/pelajar Sekolah Menengah yang berumur 16-25 tahun dipelawa menyertai program ini yang memberi banyak manfaat.

Berikut adalah info berkaitan program ini:

Tarikh Tutup Pendaftaran: 10/11/2013

Bayaran: RM 400.00 (penginapan keluarga angkat, makan dan minum, pengangkutan, aktiviti dan hotel semasa di Bukit Tinggi). Bayaran kepada Persatuan Asrama Belia Malaysia

Tiket Penerbangan: Dibeli sendiri oleh peserta. Lagi cepat beli, lagi murah harga yang anda dapat. Penerbangan AIRASIA lokasi ke Padang, Indonesia.


Boleh hubungi:
PERTANYAAN:
1. SAUDARI NABILAH – 0177848948
2. SDR. HAMIRUL – 01123377063
3. SDR. MOHD FAIZ – 0196105418
https://www.facebook.com/MalaysianYoungHumanitarians

Kepada semua mahasiswa UiTM Kedah.Jemputan Menghadiri Program Gemilang Siswa Negeri Kedah 2013Tarikh : 31 Oktober 2013 (...
27/10/2013

Kepada semua mahasiswa UiTM Kedah.

Jemputan Menghadiri Program Gemilang Siswa Negeri Kedah 2013

Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
Tempat : Auditorium KEDAHfm, Alor Star

Bas disediakan dan bertolak dari Depo Bas jam 7.00 pagi.
Surat pengecualian kuliah akan diberi pada pensyarah terlibat.

Penyertaan dibuka 35 orang.
Sila isi maklumat anda di Google Doc ni.(Nama, Kod kursus, Metric ID, Nama Pensyarah kelas hari khamis tu)

Kepada yg nak sertai, tulis butiran maklumat di https://docs.google.com/document/d/1gbVxurkq3RHyKrXvg1xI1qpsSLqLdNO6GH8rGVO2QP4/edit .( Fill up then close. Automatically saved.)

kepada 35 orang pertama sahaja. Tarikh tutup esok. TQ

Create, share, and collaborate on the web with documents, spreadsheets, presentations, and more.

01/10/2013

PERINGATAN BUAT PELAJAR IJAZAH.

Hari ini (1 Oktober 2013) merupakan TARIKH AKHIR pembayaran yuran pengajian.

Lusa (3 Oktober 2013) merupakan TARIKH AKHIR validasi kursus.

Sila pastikan anda menjelaskan yuran dan membuat validasi kursus sebelum tarikhnya ditutup.

Kegagalan anda berbuat demikian akan mengakibatkan anda diberi beri status GUGUR TARAF.

Terima Kasih.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !!
20/09/2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER !!

18/09/2013

Address

Universiti Teknologi MARA Kedah, P.O. Box 187, 08400 Merbok, Kedah Darulaman, Malaysia
Kedah Darulaman

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah Sesi 2012/2013 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kedah Sesi 2012/2013:

Shortcuts

Share