Kerana Kasih Nabi

  • Home
  • Kerana Kasih Nabi

Kerana Kasih Nabi Admin team sharing wisdom and notes from ASWJ Scholars, may it be beneficial to all. Dipersilakan 'share' kandungan dari 'page' ini. Amin. Jzkk.

Admin 'page' ini bukanlah ustaz/ustazah, sekadar insan faqir ilmu yang berniat berkongsi ilmu drpd ilmuwan agama untuk peringatan diri sendiri dan sahabat semua. "Tulisan akan kekal di dalam kitab selepas kematianku, diri akan diuji di dalam kubur kerana tangan yang menulisnya,alangkah bagusnya jika orang yang membaca kitabku,mendoakanku agar terlepas daripada dihisab dengan azab-Nya." **

** kred

it to Ustaz Muhadir Joll

Semoga Allah bantu dan permudahkan kita mengamalkan segala yang dipelajari. Mohon maaf sekiranya persoalan/kemusykilan yg dihantar tidak mendapat jawapan yg sepatutnya.

12/09/2023

Assalamualaikum wr. wb ladies!

We are thoroughly pleased to announce the return of our biggest event this year!

After a long hiatus, we are back at Block 206 Boon Lay Drive (Tentage Area). We have missed reconnecting with you and hope that this year will be another opportunity to strengthen our spiritual bonds with our lovely sisters from all over the world!

Make sure you arrive early and ready! 😎

Program Rundown:
9.30am: Arrival of All Guests
10am-11.30am: Recitation of Qasidah Burdah
11.30am-11.45am: Short Break
11.45am-1.30pm: Recitation of Maulid Dhia Ul-Lami’

For those who have both kitabs, do bring them along! Or else, you can readily purchase them (infaq) on the actual day.

For any enquiries, please contact:
Mami Midah (+65 9188 5538)
Sis Radiah (+65 9116 2131)

Hope to see you there! 💚

[LADIES ONLY]

[ NIAT RAMADAN Sayyidi Al Habib Abi Bakr Al Adni bin Ali Al Masyur ]Kami berniat:🎯seperti mana Nabi ﷺ telah berniat, beg...
21/03/2023

[ NIAT RAMADAN Sayyidi Al Habib Abi Bakr Al Adni bin Ali Al Masyur ]

Kami berniat:

🎯seperti mana Nabi ﷺ telah berniat, begitu juga seperti mana salafussoleh dari keturunan ahlil Bait Nabi ﷺ yang mulia dan para sahabat yang lebih mengetahui,

🎯dan kami berniat untuk mendirikan Ramadan dengan hak-hak berpuasa dengan cara yang diredhai oleh Allah Raja Pemilik sekalian alam,

🎯dan kami berniat agar memelihara dalam mendirikannya dan menjaga anggota badan daripada maksiat dan dosa,

🎯dan kami berniat untuk bertilawah Al-Quran dan memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi ﷺ, Penghulu sekalian manusia,

🎯dan kami berniat untuk menjauhi segala perbuatan mengumpat, bergosip, dusta dan semua yang berkaitan dengan percakapan yang diharamkan.

🎯dan kami berniat untuk memperbanyakkan sedekah, menyantuni para janda, faqir miskin, serta anak-anak yatim,

🎯dan kami berniat untuk beriltizam (bersungguh-sungguh) dalam menyempurnakan adab-adab Islam, dan solat berjemaah pada waktunya dengan tertib,

🎯dan kami berniat dengan semua niat yang baik seperti mana niatnya para hamba Allah yang soleh pada 10 hari pertama, pertengahan dan terakhir, dan pada malam lailatul qadar, dan pada setiap malam dan hari di sepanjang bulan Ramadan.

Selawat dan salam ke atas Penghulu kita Nabi Muhammad ﷺ dan ke atas ahli keluarganya dan para sahabat dengan rahsia Al-Fatihah.

(Bacalah Al-Fatihah setelah membaca niat tersebut.)

- Disunting daripada terjemahan asal: ANWAR ALBATUL (Cawangan Daruzzahrah)













Dengan memperbanyakkan zikir akan menguatkan keimanan kita.Yang lebih khusus lagi dengan zikir‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰ...
22/12/2022

Dengan memperbanyakkan zikir akan menguatkan keimanan kita.

Yang lebih khusus lagi dengan zikir
‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ

Dikatakan sekali kita sebut zikir
‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ
akan masuk cahaya ke hati yang takkan keluar lagi..

Bila kita sebut zikir
‎لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ
kegelapan, kelalaian akan keluar dari hati dan takkan masuk kembali, kecuali kelalaian yang baru…

- disunting daripada perkongsian terjemahan tausiyah Al Habib Musa Al Kazhim, 18122022 Singapura


Al-Muwasolah Singapurajlis Al-Muwasolah Singapura

SENYUM 3 MINIT 😁Al Habib Musa Al Khazim berkongsikan satu amalan praktikal: Cuba setiap kali pagi bangun tu, senyum je 3...
18/12/2022

SENYUM 3 MINIT 😁

Al Habib Musa Al Khazim berkongsikan satu amalan praktikal:

Cuba setiap kali pagi bangun tu, senyum je 3 minit…

Senyum dan kemudian kita syukur dengan Allah سبحانه و تعالى atas segala nikmat yang ada - nikmat bangun tidur, nikmat Islam, nikmat iman, kita syukur… syukur…

Bila kita bangun pagi dalam keadan gembira, bersyukur, kita ada ‘positive vibes’, itu nanti akan membuatkan syaitan sedih, dan bila kita gembira, maka Nabi ﷺ pun akan germbira.
Tapi kalau kita sedih, syaitan gembira, dan Nabi ﷺ pun sedih dengan kita.

Oleh sebab itu - cuba bangun pagi, 3 minit, cuma senyum saja, jangan fikir benda lain, senyum!

Kalaulah tak ada nikmat kecuali kita sebagai orang Islam, dan iman - itu pun adalah nikmat yang besar.

Namun di atas nikmat ini, ada banyak lagi nikmat-nimat lain - nikmat kesihatan, nikmat ilmu, nikmat ibadah, dan banyak lagi yang tak termampu kita untuk mengiranya.

- disunting daripada perkongsian terjemahan tausiyah Al Habib Musa Al Kazhim, 18122022 Singapura

📸 credit to


الحمد لله ‘Alhamdu’ itu adalah satu bentuk kesyukuran…Dan ia semacam ikatan yang mengikat nikmat sehinggakan ia tidak pe...
18/10/2022

الحمد لله
‘Alhamdu’ itu adalah satu bentuk kesyukuran…

Dan ia semacam ikatan yang mengikat nikmat sehinggakan ia tidak pergi…
Dan ianya juga ibarat sesuatu yang dapat menangkap nikmat yang tidak ada…

Barangsiapa yang mengadu tentang sakit atau kelemahan, perbanyakkan memuji Allah سبحانه و تعالى , maka akan diberi aafiah kepadanya.

Barangsiapa yang lemah ingatannya, hafazannya, perbanyakkan memuji Allah سبحانه و تعالى maka dia akan diberi kekuatan hafazan dan kefahaman.

Barangsiapa yang kurang hartanya, perbanyakkan memuji Allah, maka Allah akan perluaskan hartanya.

- disunting daripada pengajian Kitab Menyingkap Rahsia Hati bersama Al Habib Muhammad bin Abdullah Alaydrus 13102022

https://youtu.be/M272ZrLwVAg



📸 Majlis Al-Muwasolah Singapura

11/10/2022
11/10/2022

Kita hadir Maulid ni, baca maulid yang sama juga…
Yang baca qasidah, kumpulan hadrah orang yang sama juga…
Yang hadir pun orang-orang yang sama juga..

Tapi tak ada rasa bosan kan?

Inilah nikmat syurga yang didahulukan untuk kita…

Kalau disyurga tu makan buah - gigitan kedua rasa lebih sedap daripada yang pertama.. tak ada rasa bosan.. terasa yang seterusnya tu lebih nikmat daripada yang sebelumnya..

Beginilah bila kita hadir majlis maulid…

Setiap majlis maulid tu ada nikmat kemanisannya yang tersendiri..

‎اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


- lebih kurang catitan daripada perkongsian Ustazah Bint Abu Zaki | TIG 09102022



Ibadah itu ada bermacam-macam, tapi yang diingati hanya satu - الله.
12/03/2022

Ibadah itu ada bermacam-macam, tapi yang diingati hanya satu - الله.

Hari Jumaat itu istimewanya 24 jam.Pada hari jumaat dan malam jumaat jaga 5 hal ini agar kita mendapat rahmat dan keberk...
05/11/2021

Hari Jumaat itu istimewanya 24 jam.

Pada hari jumaat dan malam jumaat jaga 5 hal ini agar kita mendapat rahmat dan keberkatan khusus daripada Allah سبحانه و تعالى

1️⃣ saat mahu berangkat solat Jumaat - mandi dan berwangi-wangian dengan niat untuk mensucikan zahir dan batin (hati) - tubuh jasmani tempat orang lihat tapi hati Allah lihat. Barangsiapa yang dilihat hatinya punya cinta pada manusia dan Rasulullah ﷺ - akan akan mendapat tatapan istimewa Allah سبحانه و تعالى.

2️⃣ Datang awal, jangan sampai setelah khatib naik ke mimbar baru nak datang. Kerana perlu diketahui ada riwayat setiap pintu masjid yang dilakukan solat Jumaat, ada malaikat yang mencatit dengan pena emas atas lembaran emas nama orang-orang yang datang awal. Setelah khatib naik ke mimbar, ditutup lembar itu untuk malaikat mendengar khutbah. Dan ada satu riwayat daripada Nabi ﷺ setiap langkah menghadiri ke masjid - setiap langkahnya diganjar seperti ibadah satu tahun siangnya puasa, malamnya qiyamullail. Cuba kita hitung berapa kali Jumaat kita lakukan - berapa langkah kita lakukan - jika itu semua Allah terima, maka akan ada banyak ganjaran yang akan diterima kerana menghadiri solat Jumaat. Pahala solat Jumaat memang dilipatgandakan paling besar untuk umat Nabi Muhammad ﷺ. Tidak didapati daripada riwayat lain kecuali pada langkah mereka yang jalan menuju solat Jumaat mendapat ganjaran ibadah satu tahun. Oleh sebab itu istimewanya menjadi umat Nabi ﷺ - tiada umat lebih banyak menghuni syurga kecuali umat Nabi Muhammad ﷺ.

3️⃣ Baca surah Al-Kahfi atau minimal kalau tak sempat baca semuanya, baca 10 ayat pertama, kerana manfaatnya sangat luar biasa. Jika kita bisa melaziminya, kita akan dilindungi daripada fitnah yang besar di akhir zaman ialah fitnah Masih Ad-Dajjal.

4️⃣ Selawat kepada Nabi ﷺ - khususnya setelah Asar 100x atau 80x. Pahalanya seperti 80 tahun ibadah.

5️⃣ Pakai baju yang berwarna putih. Putih itu sunnah Nabi ﷺ untuk hari Jumaat. Hari lain terserah.

📝 disunting daripada nasihat Al Habib Musa Al Kadzim Assaggaf
Maulid Akbar Majelis Rasulullah Jawa Tengah 14112019




Address

T. Me/keranakasihnabi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerana Kasih Nabi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share