24/08/2022
Tabika Perpaduan Blok D, PPR Lembah Subang 2A, Daerah Petaling, Selangor | 18 OGOS 2022
πππππππ πππππππ πππππ ππππππππ ππππππππ ππππππππ πππππ ππππππππππ.
Tabika Perpaduan Blok D, PPR Lembah Subang 2 A telah melaksanakan aktiviti Unity Puzzle pada hari persekolahan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran diadakan yang merupakan salah satu aktiviti dari Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
Guru telah menyediakan puzzle bertema pelbagai kaum. Selain dapat menarik minat murid aktiviti mencantum Puzzle ini dapat merangsangkan fikiran, melatih koordinasi mata dan tangan, kanak-kanak juga akan belajar berfikir dan menyusun strategi. Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik. Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
Tahniah dan syabas kepada semua murid.
Rakan Perpaduan Petaling