27/05/2020
KENYATAAN RASMI PENAFIAN VIDEO YG DITAYANG OLEH INDIVIDU BERGELAR LONG TIGER KONONNYA DALAM AKSI BUAH PUKUL KHUSUSNYA LIAN PADUKAN
Assalamualaikum WBT
Saya selaku Setiausaha Agong Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia menafikan secara rasmi apa yang dipertontonkan oleh seorg individu yg digelar Long Tiger yg tular di media sosial terutama FB, Instagram dan lain lain medium medsos adalah dari 'lineage' Buah Pukul atau khusus Lian Padukan seperti yang dipetik oleh seorg individu berbangsa India melalui video tular.
Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia amat mengambil berat berkenaan isu ini kerana pihak Ibu Pejabat mahupun di peringkat negeri tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah laku yg dlakukan oleh penuntut ataupun ahli persatuan dalam sebarang tindak jenayah mahupun apa jua tindak negatif. Umum mengetahui Silabus pelajaran yg diperturunkan adalah untuk mendidik individu agar mampu mempertahankan diri , keluarga, masyarakat dan tanahair serta menjadi warganegara Malaysia yg berketrampilan , mampu berdikari serta berdisiplin tinggi dan patuh undang-undang negara.Oleh itu pihak kami MENAFIKAN DENGAN TEGAS tidak pernah mengenali dan terbabit mahupun ada ahli atau penuntut yang digelar seperti yang tersebut.
Dalam masa yg sama kami memohon individu-individu yg memetik nama LIAN PADUKAN didalam video yang disiarkan oleh seorang individu berbangsa India tampil kehadapan dengan menghubungi saya ditalian 0133227081 utk MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA sesuai video yang telah ditularkan bagi menjernihkan keadaan.Pihak kami tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai bagi menjaga dan memelihara nama baik perguruan dan persatuan.
Sekian.Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Juhann Sauffi
Setiausaha Agong
Persatuan Seni Silat Lian Padukan Malaysia
Video Tular (Sebagai Rujukan)
Cuma ingin tahu....Mohon JNN siasat seni beladiri apa ye ni??...nak kata silat mcm bukan... Tak pernah nampak...