Kelas Bimbingan Al Quran Dan Asas Fardhu Ain

Kelas Bimbingan Al Quran Dan Asas Fardhu Ain

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Bimbingan Al Quran Dan Asas Fardhu Ain, Education, No 6 Jalan Tu 42 Taman Tasik Utama, .

Perkhidmatan kami : mendidik anda dan anak2 anda celik Al Quran menggunakan kaedah Qiraati (seawal 3tahun hingga dewasa)...... Menawarkan khidmat mengajar mengaji door to door...

26/11/2020

"Barangsiapa yang tidak mahu merasakan pahitnya belajar... ia akan merasakan hinanya kebodohan sepanjang hidup "

Imam syafie...

Bodoh itu satu PILIHAN....

Kelas Quran Online... masih available ye....

Maybe ramai yg dah pandai ni... sebb masih available lagi... 💕💕💕

14/04/2020

Work From Home gak ni.... ❤️❤️❤️❤️....

Salam Zuhur semua.... 😊😊

Manfaatkan pkp anak2 kita dan kita juga.... dgn belajar dan membaca surat Cinta dari Allah..... ❤️❤️....

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”

(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)



11/12/2019

Yg HALAL MENJADI HARAM.

Saya pernah dengar satu pesanan seorang; ketika itu kami di Ladang Kurma di Madinah, "Kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang kamu mahu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis...

Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis.

Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

Di akhirat nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut. Tiada seorang pun yang terlepas. Di dunia ni kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat tapi bila di Padang Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walaupun jaraknya 500 perjalanan lagi, semua orang dalam ketakutan dan semua orang takkan terlepas dari tuntut menuntut.

Orang Lelaki paling banyak dituntut di akhirat. Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin). Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yang akan menuntut segala pahala darinya. Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yang akan menuntut pahalanya di akhirat.

Begitu juga ibubapa yang sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yang sakit, mak ayah kata dia redha tetapi di akhirat nanti semuanya akan dituntut.

Jika ada mertua tetapi tidak menjaga hak mertua, di akhirat juga akan dituntut kelak.

Jika punya adik beradik perempuan, mereka juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala orang lelaki, lalu berpindahlah dosa-dosa orang yang menuntut itu pada orang lelaki itu.

Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yang ambil mudah. Contoh suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat. Isteri kena kejutkan suami bangun dan solat sebab akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yang sedang tidur.

Di dunia ini kita nampak kecil sahaja benda ni tapi di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pada isteri.

Di dunia ini jika suami membiarkan isteri-isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak-anak akan saling menuntut pada suami sebab tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa. Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia tapi di akhirat, sebesar-besar kuman pun mereka akan tuntut.

Itu belum lagi bab dalam berkawan. Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pada kawan-kawan, kita biarkan kawan-kawan kita dalam kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan. Maka di akhirat nanti kawan-kawan akan datang menuntut hak kepada kita.

Hidup kita di dunia ni semuanya akan dihisab walaupun dalam Facebook. Jangat ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita. Apa saja walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.

Seorang perempuan beragama Islam yang mendedahkan aurat jika tiada satu pun kawan-kawan yang menegur dia untuk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan-kawannya akan ditanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yang tidak menutup aurat tu akan menuntut semua pahala dari kawan-kawan yang tidak menegurnya.

07/11/2019

BILA KALI TERAKHIR KITA MEMBACA AL QURAN??

Hati yang hidup akan tersentak apabila berjumpa ayat-ayat al-Quran. Kerana ia adalah SURAT CINTA dariNYa yang ditujukan kepada kita hambaNYa..

Ia akan menyedarkan, menghibur dan meneguhkan keyakinan kita..

Justeru, sungguh keras segumpal hati yang apabila dibacakan firman Allah, ia tidak meninggalkan kesan sedikitpun....

Malik bin Dinar berkata: “Apa yang telah ditanamkan al-Quran dalam hatimu, wahai ahli al- Quran? Sesungguhnya al-Quran menyuburkan hati seorang Mukmin sebagaimana air hujan menyuburkan tanah yang kering.”

JOM BACA AL KAHFI.... 😍😍😍

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih)

“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud).

07/11/2019

Program Cuti Sekolah 2020
✔️ Jadual Fleksible
✔️ Guru Yg Berpengalaman
✔️ Satu kelas hanya 5org pelajar

Lokasi :
Pusat Bimbingan Al Quran Dan Fardhu Ain
Richstudent Success Centre,
No 6 Jalan tu 42,
Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, Melaka

Berminat :
0126908536

*Program hanya untuk 20 org pelajar sahaja

14/04/2019

DUNIA semakin tenat, bersediakah kita??

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1)

Subhanallah sesungguhnya Allah Al-Malik..
Kisah israk mikraj sangat memberi kesan kepada kita semua.Semoga semua kisah ini memberi iktibar yang besar buat umat Islam..\
Itulah antara mukjizat teragung yang Allah kurniakan buat Nabi Muhammad SAW

Semasa perjalanan Israk Rasulullah SAW (dari masjidil haram ke masjidil al-aqsa), baginda bersama malaikat jibril dan malaikat israfil melalui tempat-tempat tertentu.Baginda di tahan oleh seorang perempuan bongkok tiga dan perempuan itu bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW.

Kemudian Malaikat Jibril berkata itulah umur DUNIA yang sangat tua dan menanti hari kiamat..

Itu gambaran umur dunia ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW

Kini, setelah 1400 tahun lebih Rasulullah SAW meninggalkan kita, umur dunia semakin tua dan nampakya menjadi sangat tenat..

Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :

"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

Ada juga hadith Rasulullah SAW yang lain,

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Itulah yang berlaku kini, di seluruh dunia, tetapi yang paling jelas dan dapat kita rasakan sekarang ini adalah di tanah air yang kita cintai iaitu Bumi Malaysia..

Fitnah semakin menjadi-jadi, kekejaman semakin berleluasa dan segala-galanya menjadi semakin tenat

Bila difikir kenapa perkara ini berlaku?kerana kita memang sudah di akhir zaman..

Manusia yang bergelar islam semakin ramai, tetapi yang menentang dan tidak menurut perintah Allah juga semakin ramai hatta ia bergelar Islam..

” Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab,” Siapa lagi kalau bukan mereka “.-Hadis Riwayat Muslim

Realiti umat Islam sekarang, yang kelihatannya ramai tetapi sedikit demi sedikit mengikut jejak langkah dan cara hidup orang Yahudi dan nasrani

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda
"Islam itu mulai berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing semula. Maka beruntungla orang-orang yang asing"

Bila sebut saja pasal Islam, ia nampak pelik, bila ada pihak-pihak atau individu yang cuba mengamalkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup ia akan dilihat dengan pelik..

Walaupun sesama orang Islam sendiri, inilah juga yang dikatakan seperti buih-buih di lautan, seolah-olah tidak berguna dalam membawa panji-panji islam

Inilah dunia sekarang, makin tenat dan kebanyakan umat Islam yang ada pun turut sama menyumbang kepada ketenatan ini..

Sungguh pelik..

Cukupla memfitnah, cukuplah mereka-reka cerita mengenai sesuatu yang tidak benar

Sungguh Allah Maha Mengetahui dan Allah maha Adil

Lihat saja di sekeliling kita, banyak bencana alam yang berlaku

Secara teori sains dan teori ilmuwan kita akur mengenai bencana ini

Tetapi secara fitrah dan hikmah dari Allah SWT

Isaflah kita atas segala perbuatan kotor kita yang mungkin selama ini kita tidak sedari

Kerana saat Allah turunkan bala bencana

Tidak kira siapa kita, baik atau tidak kita, Semua pasti terkesan dengan amaran Allah ini..

Aduhai dunia
Aduhai manusia
Aduhai diri

Bersediakah kita dalam menuju perjalanan kita ke sana yang kekal abadi..
Wallahualam.....

10/01/2019

Dah nak masuk Maghrib kan.... Jangan lupa ye... kesayngan2 admin... baca Surah Al Kahfi....ye.. ❤️❤️...

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Berubah itu mudah...
Istiqamah itu yang susah... 😊😊

10/01/2019

“Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat. Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa s**ar ketika membacanya, baginya dua pahala.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jommm siapa berminat... ada beberapa slot lagi je tinggal.... pm admin ye....

✔️Kelas Bahasa Arab
✔️Kelas Jawi
✔️Kelas Asas Fardhu Ain
✔️Kelas Mengaji Kanak2 (Kaedah Qiraati)
✔️Kelas Mengaji Dewasa ( Kaedah Qiraati)
✔️Kelas Tuiyen UPKK
✔️Kelas Huffaz
✔️Kelas Solat

✔️Jadual Yg Fleksibel
✔️Guru Yng Bertauliah
✔️Menerima Pelajar seawal 3tahun

Jazaakumullahu khairan.... ❤️❤️❤️

18/12/2018

Anak2 ketinggalan akademik... ramai parent yang risau.....

Anak2 ketinggalan agama ada yg risau tak????

18/12/2018

ORANG YANG 'MERANGKAK' BACA QURAN DAPAT DUA PAHALA. JELES TAK?


SOALAN :

Ustaz, saya s**a baca Al-Quran tetapi masalahnya, bacaan saya masih ‘merangkak’ lagi. Tajwidnya masih tidak kemas. Soalnya, berdosa ke bacaan sebegitu?

JAWAPAN :

Alhamdulillah, saya amat terharu bahkan teruja untuk menjawab soalan ini. Teringat saya kepada penghargaan yang Rasulullah s.a.w tujukan khas kepada mereka yang bersungguh membaca Al-Quran walaupun kemahirannya tidak seberapa.

Amati hadithnya :

‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa s**ar ketika membacanya, baginya dua pahala’.
(Hadith Riwayat Muslim)

Jangan khuatir. Anda sepatutnya gembira sekarang. Nabi s.a.w berjanji, Tuhan bukan setakat tidak memarahi anda, bahkan dianugerahkan dua pahala p**a. Pahala pertama kerana membaca Al-Quran manakala pahala kedua diberikan untuk menghargai kesungguhan anda.

Hmmm, saya pun ‘jealous’. (senyum).

Saya cadangkan, teruskan usaha mulia memperbaiki bacaan Al-Quran hingga mahir agar tahap seterusnya yang lebih bermakna dapat dicapai. Tahap bersama malaikat yang mulia lagi taat.

Cuma saya ingin coretkan juga beberapa salah-faham tentang hadith ini. Saya yakin anda tidak begitu. Cuma, elok juga kita bincangkannya sekaligus.

Ada yang memahami hadith tersebut dengan kefahaman yang agak menyeleweng. Mereka fikir, ‘saya nak kekal baca merangkak’. Hujahnya, jika kekal dalam keadaan itu, dapat dua pahala.

Saya tersenyum sekaligus gelengkan kepala ketika mendengar alasan itu. Sebenarnya dengan berfikir begitu, mereka telah memasuki wilayah ‘sengaja buat salah’. Apabila anda berniat sengaja kekalkan kesalahan, ketahuilah ketika itu anda bukan setakat tidak mendapat dua pahala, bahkan berdosa!

Aduh, kan dah susah.

Ini kerana, ganjaran dua pahala dalam hadith tersebut diberikan atas dasar motivasi agar mereka yang sedang berlatih membaca terus bersemangat meningkatkan kualiti bacaan. Tetapi, ganjaran ini tidak bermanfaat jika anda melakukan sebaliknya : kekal di tahap lama.

Prosesnya sama seperti kita mendidik anak. Ketika mereka teruja belajar matematik, kita menghadiahkan coklat jika tiga mukasurat latihan berjaya dihabiskan. Tetapi jika anak kita culas & tidak mahu menambah lebih banyak latihan selepas itu, bukan setakat coklat dihentikan malah, mungkin rotan yang dihadiahkan!

Begitu lebih kurang anologinya.

Maka dalam hal ‘gagap’ ketika membaca Al-Quran, anda harus jelas dua kedudukan ini :

1. TIDAK BERDOSA :

Anda dikira tidak berdosa jika kesilapan berlaku bukan kerana disengajakan. Ia terjadi akibat kelemahan diri dan anda langsung tidak berniat melakukannya. Dalam masa sama, anda sentiasa berusaha memperbaiki & meningkatkan kualiti bacaan.

Keringanan ini dijanjikan Tuhan dalam Al-Quran :

‘Dan kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah Al-Ahzab, 5)

Rasulullah s.a.w juga bersabda :

عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

[حديث حسن رواه ابن ماجة والبيهقي وغيرهما]

‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memaafkan untukku dan umatku kesilapan, terlupa & apa yang mereka dipaksa melakukannya.’ (Hadith riwayat Ibnu Majah & Baihaqi)

2. BERDOSA :

Anda dikira berdosa jika tahu ia salah tetapi masih sengaja melakukannya. Anda tahu banyak kesilapan dalam bacaan Al-Quran yang serba merangkak itu tetapi masih tidak mahu belajar memperbaikinya.

Sedarlah ketika itu, bacaan yang dialunkan bukannya mengundang keredhoan tetapi kemarahanNya yang mungkin ditimpakan kepada anda.

Na’uzubillahi min zaalik.

Berhati-hati. Al-Quran adalah kitab mulia, maka kita perlu memperlakukannya sesuai dengan kemuliaannya selaku Kalamullah.

16/07/2018

Assalaamualaikum wbt ...salam zuhur...kepada semua kesayangan admin😊😊😊

Admin nak bagitau berita baik pada sesiapa yang nak belajar

•Al Quran dari basic sampai pandai ...
•Kelas Bahasa Arab untuk anak2 berumur 3-12tahun
•Kelas Jawi dan bahasa arab..Untuk anak2 berumur 4-12tahun
•Kelas Hafazan untuk anak2 4-12tahun

Kelas berikut yuran bulanannya adalah separuh dari yuran biasa .....( nak tau brapa yuran asal sila PM admin)

Siapa yg layak utk kelas Yuran separuh Harga :

• muallaf / islam
• Berpendapatan bawah rm1000 (utk sorang anak)
• Berpendapatan bawah Rm1500 (utk dua orang dan lebih )

Kenapa perlu belajar di tempat kami :

✅Jadual yang fleksible
✅ Hanya 10orang dalam satu kelas (maksima)
✅Kelas Talaqi juga ada disini

Siapa yang berminat sila hubungi pihak Pengurusan RSSC
PM atau wasap only 017 7000150 / 012 690 8536

lokasi : Taman Tasik Utama ,Ayer keroh
Bukit Katil, Melaka.

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website