SK PAROI

SK PAROI

Share

Page ini diwujudkan sebagai medium penyebaran informasi dan segala maklumat berkaitan hal ehwal sekolah.

Photos from SK PAROI 's post 13/05/2026

Kemeriahan hari sukan SK Paroi
13 Mei 2026
KOMBES

Photos from SK PAROI 's post 11/05/2026

SEKITAR TAKLIMAT YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 11 MEI 2026

Masa: 1.40 petang
Tempat: Aula Perdana

Beberapa taklimat telah berjaya dilaksanakan bagi memastikan kelancaran program dan tahap persediaan semua pihak yang terlibat.

Antara taklimat yang telah berlangsung ialah:
✅ Taklimat Hari Sukan
✅ Taklimat Hari Guru
✅ Taklimat Keselamatan
✅ Taklimat Kursus Pemimpin Muda

Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat memberi kelancaran dan kejayaan setiap program yang dirancang pihak sekolah.

11/05/2026

Raptai perbarisan sempena kejohanan sukan tahunan sekolah 2026.

Photos from SK PAROI 's post 11/05/2026

PERHIMPUNAN RASMI 11 MEI 2026

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (Cikgu Zaidi)
1. Murid lambat untuk naik ke kelas waktu rehat.
2. ⁠Head stand bahaya. Ada kes murid meninggal sebab patah leher. Jangan lakukannya di sekolah.
3. ⁠Penyuraian waktu balik di kantin terutur tetapi yang menunggu di pintu utama tidak teratur. Terdapat murid bermain di pagar sekolah. Jangan bermain, duduk dengan tertib ketika menunggu penjaga/ van.
4. ⁠Kebersihan keceriaan kelas. Tahap 1: Pertama 3 Ikhlas, Kedua 2 Jujur, Ketiga 3 Jujur.
5. Kebersihan keceriaan kelas. Tahap 2: Pertama 4 Jujur, Kedua 5 Ikhlas, Ketiga 6 Jujur.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI (Ustazah Khamsah)
1. Memperkenalkan guru bertugas minggu ini.
2. Tajuk minggu ini: Menghormati pelbagai agama. Kita tidak boleh menghina dan mencaci agama lain. Perlu ada hormat menghormati walau berlainan bangsa dan agama.
3. ⁠Hari ini akan diadakan raptai hari sukan di masjid.
4. ⁠Jaga kebersihan dan jangan membuang sampah merata-rata.
5. ⁠Beri salam, ucapan terima kasih dan mohon kebenaran keluar masuk kelas dengan beradab.

UCAPAN PENTADBIR (Cikgu Fuzi)
1. Latihan sukan akan diadakan di masjid pada hari ini. Jaga keselamatan. Minggu lepas telah menerim laporan, berlaku kecederaan murid ketika di masjid. Murid perlu mengikut arahan guru dan menjaga adab.
2. ⁠Plan keselamatan sekolah. KPM, jabatan, PPD, sekolah amat menitik beratkan keselamatan murid. Murid perlu dengar arahan dan menjaga keselamatan diri dengan baik.
3. ⁠Taklimat khas kepada guru akan diadakan pada petang ini. Setiap Isnin guru akan memberi kesedaran keselamatan kepada murid.
4. ⁠Murid yang jalan kaki perlu jalan dengan bertentangan dengan kereta supaya dapat melihat kereta yang bergerak.
5. ⁠Lalu ikut garisan lintasan kuning, murid perlu menggunakan garisan lintasan kuning sebelum melintas masuk ke sekolah. Melintas dengan bantuan orang dewasa/ pengawal keselematan.
6. ⁠Jangan bermain di tandas dan saluran kumbahan. Berhati-hati di mana jua berada terutama di dalam kawasan sekolah.

Photos from SK PAROI 's post 09/05/2026

🎉 CABUTAN BERTUAH 🎉
Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah yang telah berjaya membawa pulang hadiah menarik! 🏆🎁

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Jumpa lagi di program akan datang! 😊

Photos from SK PAROI 's post 09/05/2026

🏆 PENYAMPAIAN HADIAH LANGKAH GEMILANG & MUMTAZ UPKK 2025 🏆

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menerima Anugerah Langkah Gemilang serta Anugerah Mumtaz UPKK 2025 atas kejayaan dan usaha cemerlang yang telah ditunjukkan. 🌟

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Terima kasih juga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam kecemerlangan murid. 🤍

Photos from SK PAROI 's post 09/05/2026

🌟 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2026 🌟

Tempat: Dewan SK Paroi
Tarikh: 9 Mei 2026
Masa: 8.00 pagi

Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK PIBG 2024-2026 yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan komited ❤️‍🔥

Tahniah diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang baru. Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan jayanya demi kesejahteraan anak anak didik SK Paroi 💫

Disamping itu, pihak sekolah juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat hari ini ❤️

08/05/2026

✨ Esok kita akan bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Paroi Kali Ke-44.

📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi
📍 Dewan Terbuka SK Paroi

Semoga dipermudahkan urusan semua untuk hadir bersama 😊

🎁 Cabutan bertuah juga disediakan untuk ibu bapa yang hadir.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.

✨ Jumpa esok ya 🌱

Photos from SK PAROI 's post 08/05/2026

PERTANDINGAN SORAKAN RUMAH SUKAN

Tarikh : 8 Mei 2026
Tempat : Tapak Perhimpunan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen, semangat dan kerjasama yang terbaik sepanjang Pertandingan Sorakan Rumah Sukan berlangsung. 🏆✨

Setiap rumah sukan telah menampilkan sorakan yang penuh kreativiti, tenaga dan semangat kesukanan yang membanggakan.
Terima kasih juga kepada guru-guru serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Jom kita lihat momen-momen menarik sepanjang pertandingan!

08/05/2026

PERTANDINGAN SORAKAN RUMAH SUKAN ❤️💙💚💛

Photos from SK PAROI 's post 07/05/2026

Penyampaian medal kepada pemenang acara akhir padang yang telah berlangsung pada Selasa 04 Mei 2026.

Tahniah kepada pemenang

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website