11/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan Menu Kasih Siswa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTHM, bersama barisan pegawai UTHM atas kesudian mengadakan lawatan ke UKM dan KPZ bagi meninjau amalan serta pelaksanaan inisiatif Menu Kasih Siswa yang dilaksanakan untuk kebajikan mahasiswa.
Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi, Pengarah HEP-UKM serta Ketua HEPA UKM dan Pengarah PPP UKM yang telah menyelaras dan mengiringi lawatan ini. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi, Pengetua KPZ.
Semoga sesi perkongsian amalan terbaik ini dapat memperkukuh kerjasama antara institusi serta memberi manfaat dalam usaha memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
10/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ @ ๐๐๐
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Pakej Kasih Siswa, Kafe Kolej Pendeta Zaโba, UKM kini menawarkan pilihan makanan pada harga RM3 hingga RM5 (tanpa minuman) khusus untuk semua pelajar.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan kos sara hidup serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terus terpelihara. Sehingga kini, tujuh (7) pengusaha makanan di Kafe KPZ telah bersama-sama menyertai inisiatif ini dalam menyediakan makanan yang lebih mampu milik kepada warga pelajar.
Pihak pengurusan berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pelajar serta mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak demi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih prihatin dan sejahtera.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
07/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐'๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐/๐๐๐๐
Pada Sabtu, 6 Jun 2026 (8.30 malam โ 11.00 malam) telah berlangsung Sesi Temuduga Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za'ba bagi sesi 2026/2027 yang melibatkan seramai 30 orang calon yang disenarai pendek dan berhasrat untuk menyumbang bakti serta menerajui kepimpinan pelajar kolej pada sesi akan datang.
Sesi temuduga ini dikendalikan oleh panel yang terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi (Pengetua), ChM. Dr. Nurul Asikin Mijan (Timbalan Pengetua), En. Mohd Kamal, En. Muhammad Naeimmuddin Zakaria serta empat orang felo kolej.
Temuduga telah dijalankan secara hibrid, iaitu bersemuka di Bilik Seminar Razak dan secara dalam talian serta bersemuka di Bilik Mesyuarat.
Sesi ini menjadi platform penting dalam mengenal pasti calon-calon yang mempunyai ciri kepimpinan, komitmen, daya fikir kritis dan semangat kebersamaan yang tinggi untuk memacu kecemerlangan Kolej Pendeta Za'ba.
Tahniah dan terima kasih kepada semua calon yang telah menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi temuduga berlangsung.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
03/06/2026
๐ฒ๐ท๐๐๐๐๐๐: ๐ป๐ฐ๐จ๐ซ๐จ ๐๐จ๐ต๐ฎ ๐ป๐ฌ๐น๐ป๐ฐ๐ต๐ฎ๐ฎ๐จ๐ณ!
Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) mengucapkan tahniah atas tawaran melanjutkan pengajian di UKM.
Melalui inisiatif "Tiada Yang Tertinggal", Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) terus komited dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir kerana kekangan kewangan. KamI sedia membantu pelajar dalam aspek kebajikan, bantuan kewangan, dan yuran pendaftaran bagi pelajar yang memerlukan.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan:
Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim (Ketua Unit Kebajikan & Penajaan)
Tel: 03-89213229
Emel: [email protected] / [email protected]
Sekali lagi UKM mengucapkan selamat datang dan kami sentiasa bersedia dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan.
01/06/2026
๐ซ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐
Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada;
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
30/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ค
Seluruh warga Kolej Pendeta Za'ba, UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat, serta menyemarakkan nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam kehidupan bersama.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ
26/05/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ ๐
Seluruh warga Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengajar kita erti kesyukuran serta kepentingan memperkukuhkan nilai kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga semangat pengorbanan yang dizahirkan terus menyatukan hati, mempererat ukhuwah serta menjadi inspirasi dalam membentuk warga yang berilmu, berintegriti dan berjiwa ihsan.
Semoga segala ibadah, pengorbanan dan amalan yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.
Salam Aidiladha 1447H
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
26/05/2026
Adakah anda seorang alumni atlet KPZ? Atau mungkin anda ada kakak, abang, kawan atau kenalan yang pernah wakil kolej dalam sukan? ๐๐
Jom turun padang dan meriahkan kembali semangat kesukanan alumni KPZ! ๐ฅ
๐ข Pencarian Atlet Alumni KPZ kini dibuka untuk menyertai Sukan Alumni Antara Kolej 2026
Kenapa kena join?
๐ค Dapat jumpa kawan kawan lama & kenali alumni lain
๐ช Lepaskan rindu bersukan dan wakil kolej semula
๐
Sama-sama bawa nama KPZ dalam pertandingan
๐ Sukan dipertandingkan:
* Bola Sepak 9 Sebelah
* Bola Jaring
* Bola Tampar Campuran
๐ฅ Penyertaan adalah PERCUMA!
๐๏ธ 21 Jun 2026
โฐ 9.00 pagi
๐ Kompleks Sukan & Padang Bola UKM
๐ LINK PENDAFTARAN:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfOuyW38eRb2N7v2Xdc_C2t12NIofaUSlsqKQlS4UPBVY3ozQ/viewform?usp=dialog
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
๐ฒhusna (013-3702139)
Keterlihatan dan Ketelusan
EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ PENDETA ZAโBA
25/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐)
YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi telah mempengerusikan sesi temuduga bagi pengambilan jawatan Pembantu Kemahiran H1 (Elektrik) yang melibatkan seramai 9 orang calon. Sesi temuduga ini dilaksanakan secara teratur dan profesional dengan kerjasama panel penilai yang terdiri daripada En. Arif (JPP), Pn. Fatihah (N5) , En. Muhammad Arif (H1) serta Pn. Ruzita (N2).
Temuduga ini bertujuan menilai tahap kompetensi, kemahiran teknikal, pengalaman serta kesesuaian calon dalam memenuhi keperluan organisasi dan memperkukuhkan pengurusan operasi kolej.
Proses penilaian turut dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan pemilihan calon terbaik untuk menyokong kecemerlangan institusi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
23/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Haikal bin Hamidi, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga mantan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Zaโba sesi 2025/2026, atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2025 pada 21 Mei 2026 di Bangi Resort Hotel. Pengiktirafan berprestij ini merupakan manifestasi terhadap kepimpinan beliau yang berwibawa, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang memimpin dan memperjuangkan aspirasi mahasiswa di peringkat kolej mahupun universiti.
Sepanjang menerajui kepimpinan mahasiswa, beliau telah memperlihatkan ketokohan, integriti dan semangat dedikasi yang tinggi dalam memperkasakan kebajikan pelajar, memupuk budaya kepimpinan progresif serta membawa nama Kolej Pendeta Zaโba dan Universiti Kebangsaan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.
Semoga segala pencapaian yang diraih akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta menjadi contoh teladan kepada generasi mahasiswa UKM.
Sekian, terima kasih.
๐พ๐๐ก๐๐๐๐โ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐พ๐๐ก๐๐๐ข๐ ๐๐.
๐๐๐ฃ๐๐ช๐ง๐ช๐จ๐๐ฃ, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐๐ก๐ค, ๐๐๐๐ก๐๐จ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ง &
๐๐๐ง๐๐ ๐๐ค๐ก๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฉ๐ ๐๐'๐๐,
๐๐ฃ๐๐ซ๐๐ง๐จ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐