21/07/2026
🌟 Tahniah kepada Profesor Madya Dr. Mahmathi Karuppannan dan Fakulti Farmasi, UiTM! 🌟
Fakulti Farmasi, UiTM berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif Me.NO.PAUSE oleh Alpro Pharmacy yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan wanita, terutamanya berkaitan perimenopaus dan kekurangan zat besi.
Menerusi kolaborasi ini, penyelidikan yang dijalankan diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai beban, tahap kesedaran dan impak kesihatan akibat kekurangan zat besi dalam kalangan wanita di Malaysia. Dapatan kajian ini berpotensi menyokong usaha pendidikan awam, pengesanan awal risiko serta pembangunan intervensi kesihatan wanita pada masa hadapan.
Syabas atas sumbangan bermakna dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui penyelidikan dan kerjasama strategik.
https://www.sinchew.com.my/news/20260717/mysinchew/7678788/
Before Menopause, Many Women Are Already Struggling in Silence KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 17 July 2026 – Perimenopause is a natural stage in a woman’s life, yet many women enter this transition...