02/03/2018
Bukan semua jenis sukan sesuai dengan setiap orang yang berbeza. Tapi semuanya mempunyai beberapa tujuan yang sama antaranya ialah bagi maksud motivasi diri.
Jika sesuatu sukan itu tidak menggembirakan kamu, sila pilih sukan yang lain. Jika setiap sukan atau permainan yang kamu cubai tetap tidak lebih membahagiakan dirimu, maka cubalah semak niat diri sewaktu bersukan.
Janganlah bersukan untuk membalas dendam, janganlah bersukan untuk mencari keburukan orang lain, janganlah bersukan untuk memecahbelahkan,
janganlah bersukan demi untuk meletakkan diri orang lain lebih rendah dari kita,
Bersukanlah untuk kecerdikan akal, kesihatan tubuh dan jiwa, bersukanlah demi ukhwah serta gembirakanlah dirimu dengan setiap permainan yang kamu ceburi