Panitia Agama Islam SKGD

  • Home
  • Panitia Agama Islam SKGD

Panitia Agama Islam SKGD menyebarkan berita dan peristiwa semasa yang berlaku di SK GONG DERMIN yang berkaitan dengan PANITIA AGAMA ISLAM

Jadual UPKK 2015 Terkini!!!!!
07/10/2015

Jadual UPKK 2015 Terkini!!!!!

10/11/2013
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H...
09/07/2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H...

selamat menyambut hari guru..
16/05/2013

selamat menyambut hari guru..

13/03/2013

hari ini telah berlangsung beberapa pertandingan MTQ peringkat QIT kota jembal..beberapa acara di pertandingkan antaranya pertandinan bercerita kisah-kisah nabi dalam alquran, hafazan dan tilawah alquran..SKGD telah menghantar 6 orang wakil sekolah bagi menyertai setiap kategori yang di pertandingkan..Alhamdulillah 3 orang wakil kita telah berjaya mendapat tempa. mereka adalah:-
1. muizuddin (6a) - johan bercerita lelaki
2. fahim (6a) - naib johan tilawah lelaki
3. solehuddin (6m) - ketiga hafazan lelaki
*tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, kerana sebenarnya anda telah berjaya kerana dpt mewakili sekolah dalam pertandingan kali ni..syabas dan tahniah kepada peserta serta guru-guru yang telah bertungkus lumus melatih peserta masing3..

14/11/2012
12/11/2012

Sejarah Kalendar Islam/Kalendar Hijriah

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

01/11/2012

Admin mengucapkan selamat bersara bt Ustazh Amnah..pemergianmu bermakna hilanglah satu mutiara yg bernilai di SKGD..Jasa dan pengorbananmu akan dikenang selamanya..

31/10/2012

Kpd murid-murid tahun 6..result upsr 7/11/12..jangan lupa banyak solat hajat dan doa..mudah-mudahan dpt yg terbaik..

24/10/2012

SELAMAT BERCUTI DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

24/10/2012

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Mengisi masa lapang tolong ustaz memeriksa kertas peperiksaan jawi...nk bg ngupoh gapo ni..
23/10/2012

Mengisi masa lapang tolong ustaz memeriksa kertas peperiksaan jawi...nk bg ngupoh gapo ni..

Address

Jalan Pasir Tumboh

16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panitia Agama Islam SKGD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Panitia Agama Islam SKGD:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share