Kelab Sahabat Aqsa UKM

  • Home
  • Kelab Sahabat Aqsa UKM

Kelab Sahabat Aqsa UKM Sebuah kelab berdaftar di bawah HEP Universiti Kebangsaan Malaysia. KSA memperjuangkan isu kemanusiaan dan keamanan sejagat dan antarabangsa.

🛤️ PENDAFTARAN PROGRAM STAIRWAY TO Al-AQSA 🛤️ *PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWi TAHUN 1 & TAHUN 2 UKM SAHAJA!* Assalamua...
08/06/2026

🛤️ PENDAFTARAN PROGRAM STAIRWAY TO Al-AQSA 🛤️

*PERHATIAN KEPADA SEMUA MAHASISWi TAHUN 1 & TAHUN 2 UKM SAHAJA!*

Assalamualaikum wrt wbt dan selamat sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sahabat Aqsa UKM bersama Kelab Harmoni UKM sesi 2024/2025 akan menganjurkan *Program Stairway To Al-Aqsa*. Butiran program adalah seperti yang tertera:

🗓️ Tarikh: 20 JUN 2025 (SABTU)
⏰ Masa: 7 PAGI hingga 12 TGH
🛤️ Tempat: BUKIT NANAS FOREST RESERVE TRAIL, KUALA LUMPUR
🏷️ Bayaran: Rm 12 ( AHLI KSA) dan RM 15 (BUKAN AHLI)

Tema Pakaian : WARNA BENDERA PALESTIN 🇵🇸
Terhad kepada 30 orang SAHAJA!

*Para peserta akan diberikan:*

⭐️ Merit i-Star
⭐️ Sarapan ringan disediakan
⭐️ Pengangkutan disediakan

🔗 Daftar sekarang melalui link ini:

https://forms.gle/9RzLhX5QAGCwUFwr6

📌 Pendaftaran dibuka sehingga *18 Jun 2026*

Ayuh Tunjukkan solidariti kita bersama Palestin!

☎️ Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

📲 Saudari Nadiah:
+60 17- 632 3529

KELAB SAHABAT AQSA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

INTROSPEKSI SEJARAH KITA* 📢“Analisis Masa Lalu,🔍 Mencorak Masa Depan" Assalamualaikum w.b.t.,Sukacita dimaklumkan *Kelab...
01/06/2026

INTROSPEKSI SEJARAH KITA* 📢

“Analisis Masa Lalu,🔍 Mencorak Masa Depan"

Assalamualaikum w.b.t.,
Sukacita dimaklumkan *Kelab Sahabat AQSA UKM bersama Kelab Harmoni UKM* akan menganjurkan program *Bengkel: Introspeksi Sejarah Kita*✨

Bengkel ini diadakan bagi membuat analisis berkenaan *sejarah islam sepanjang zaman dan implikasi kepada orang muslim zaman kini.*

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 *Tarikh*: 14 Jun 2026 (Ahad)
⏰ *Masa*: 9.00 AM - 5.00 PM
📍 *Tempat*: DEWAN TERBUKA KELAS TAEKWONDO BANGI GOLF RESORT

💡 *Kenapa Anda Perlu Sertai?

👉 Membantu memahami sejarah umat islam sepanjang zaman.
👉 Memberi kefahaman mengenai tujuan hidup manusia berdasarkan analisis dalil dan fakta sejarah.
👉 Memperbetulkan pemahaman dan _mindset_ Mahasiswa/i tentang peranan individu dan tanggunjawab terhadap islam.

*Para peserta akan diberikan:*

⭐️ Merit i-Star
⭐️ Sarapan ringan & Makan Tengahhari disediakan
⭐️ Pengangkutan disediakan

🔗 Daftar sekarang melalui link ini:

https://forms.gle/YhZdEdympPKtk3uMA

📌 Pendaftaran dibuka sehingga *10 Jun 2026*

☎️ Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

📲 Saudari Nadiah: +60 17-632 3529
📲 Saudara Hasan: +60 19-9160844

KELAB SAHABAT AQSA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh: AHMAD KAMAL MUHAMMAD SUWEILIM[Komanden Lapangan]Di sebalik tanggungjawabnya sebagai komandan pasukan pen...
31/05/2026

1 Hari 1 Tokoh: AHMAD KAMAL MUHAMMAD SUWEILIM
[Komanden Lapangan]

Di sebalik tanggungjawabnya sebagai komandan pasukan penembak tepat elit, Ahmad Suweilam turut memikul ujian peribadi yang amat berat. Rakyat Palestin kembali mengingati rakaman yang memperlihatkan beliau mengucapkan perpisahan terakhir kepada isteri serta tiga orang puterinya, Sham, Shahad dan Iman.

Keluarganya terkorban dalam satu serangan udara pada 14 Mei 2025. Dalam rakaman tersebut, Suweilam dilihat tetap tabah walaupun sedang menanggung kesedihan yang mendalam. Beliau menyatakan bahawa antara sumber kekuatan mereka ialah keyakinan bahawa orang-orang yang terkorban berada dalam rahmat dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Pada masa yang sama, beliau tidak menyembunyikan rasa pilu seorang suami dan ayah yang kehilangan insan tersayang.

Ketabahan itu turut dizahirkan oleh bapanya yang menerima berita pemergian Ahmad dengan penuh reda, sambil menganggapnya sebagai satu penghormatan dan anugerah daripada Allah kepada keluarga mereka.

Pemergian beliau bukan noktah kepada sebuah perjuangan, tetapi amanah yang kini dipikul oleh mereka yang masih hidup. Setiap generasi mempunyai peranannya dan sebaik-baik penghormatan kepada mereka yang telah pergi ialah meneruskan kebaikan, mempertahankan kebenaran, serta membina masa depan yang lebih bermaruah untuk umat. Semoga Allah menerima pengorbanannya dan mengurniakan kekuatan kepada mereka yang meneruskan langkah di belakangnya. 🇵🇸

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh: Yasser Al-Namrouti[Komanden Al-Qas*am]Yasser al-Namrouti bukan sekadar pejuang bersenjata, tetapi arkite...
30/05/2026

1 Hari 1 Tokoh: Yasser Al-Namrouti
[Komanden Al-Qas*am]

Yasser al-Namrouti bukan sekadar pejuang bersenjata, tetapi arkitek awal kepada pembinaan fikrah, keselamatan, media dan struktur ketenteraan yang kemudiannya berkembang menjadi antara gerakan muqawamah paling tersusun di Palestin.

Sebelum penglibatannya dalam kerja ketenteraan, al-Namrouti terlebih dahulu dikenali sebagai seorang murabbi dan pendidik. Beliau mengajar di institut latihan vokasional dan aktif mentarbiah golongan muda. Ramai pemuda Palestin ketika itu mengenalinya sebagai sosok yang tenang, berakhlak dan dekat dengan masyarakat.

Namun di sebalik kelembutan itu, beliau memiliki jiwa dan disiplin yang sangat tinggi. Beliau memberi perhatian besar terhadap pembinaan fizikal dan mental para pejuang sehingga menubuhkan sekolah latihan seni mempertahankan diri bagi mempersiapkan generasi awal pejuang Hāmas.

Al-Namrouti bukan sekadar pemimpin operasi, tetapi juga antara individu terawal yang membina “sekolah media al-Qāssam”. Beliau meletakkan asas penting media perjuangan seperti ketepatan maklumat, disiplin keselamatan, tidak membesar-besarkan operasi dan sentiasa mengembalikan kemenangan kepada Allah. Beliau percaya media bukan sekadar alat propaganda, tetapi medan tarbiah dan pembinaan keyakinan umat terhadap jalan muqawamah.

Pada 15 Julai 1992, tentera penjajah Israel melancarkan operasi besar-besaran untuk memburunya. Namun al-Namrouti enggan menyerah diri. Beliau bertempur dari jarak sifar melawan satu pasukan besar tentera penjajah secara bersendirian selama beberapa jam sebelum akhirnya syahid.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : MOHAMMED DEIF[KOMANDO AL-QAS*AM]Dilahirkan pada 1965 di kem pelarian Khan Younis, yang ditubuhkan selep...
29/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : MOHAMMED DEIF
[KOMANDO AL-QAS*AM]

Dilahirkan pada 1965 di kem pelarian Khan Younis, yang ditubuhkan selepas Perang Arab-Israel 1948, Mohammed Diab Ibrahim al-Masri dikenali sebagai Mohammed Deif selepas menyertai Hamas semasa Intifada pertama, atau kebangkitan Palestin, pada 1987.

Deif bermaksud “pelawat” atau “tetamu” dalam bahasa Arab, dan ada yang mengatakan itu kerana Panglima Tertinggi ini sentiasa bergerak memburu pengganas Israel. Menurut laporan, Mohammed Deif kehilangan mata dan mengalami kecederaan serius di sebelah kaki dalam salah satu percubaan pembunuhan Israel.

Deif terselamat daripada sekurang-kurangnya lima kali percubaan bunuh oleh Israel, masing-masing pada 2001, 2002, 2003 serta 2006, manakala cubaan pada 2014 p**a mengorbankan isteri, anak perempuan berusia 3 tahun dan bayi lelakinya.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : Prof Jamal Al-Zebda(PROFESOR KEJURUTERAAN PALESTIN)Prof Jamal merupakan wira perjuangan Palestin yang t...
28/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : Prof Jamal Al-Zebda

(PROFESOR KEJURUTERAAN PALESTIN)

Prof Jamal merupakan wira perjuangan Palestin yang tidak didendang. Beliau lulusan Ph.D dari sebuah institut di Virginia sekitar 35 tahun lalu, pernah mengkaji enjin jet F-16, dan bekerja di NASA. Walaupun berpeluang hidup mewah di AS bersama keluarganya yang berstatus warganegara di sana, beliau memilih kembali ke Gaza demi memperjuangkan tanah airnya.

Di Gaza, al-Zebda berkhidmat sebagai profesor di Universiti Islam Gaza. Secara rahsia di bawah pimpinan komander Muhammad Deif, beliau mengetuai pasukan jurutera tempatan untuk membangunkan keupayaan ketenteraan, khususnya roket dan dron, menggunakan sumber yang amat terhad. Malah, Israel menganggap impak beliau setaraf dengan saintis nuklear Iran, Mohsen Fakhrizadeh.

Oleh sebab itu, beliau menjadi sasaran utama Israel. Beliau terselamat daripada cubaan bunuh pada 2012 dan 2014, dan terpaksa hidup bersembunyi. Selepas syahidnya al-Zebda dan Usama, isteri dan menantunya menegaskan bahawa perjuangan beliau tidak akan mati. Mereka berikrar akan mendidik anak cucu mereka untuk meneruskan legasi mempertahankan Palestin sehinggalah tanah air mereka bebas.

Kisah al-Zebda membuktikan tarikan kuat perjuangan Palestin dalam kalangan umat Islam serta kepentingan sains dalam mempertahankan golongan tertindas.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : ABU AHMAD AL-BAWWAB [KOMANDO BATTALION RAFAH]Komander Abu Ahmad Al-Bawwab berada bersama-sama di barisa...
27/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : ABU AHMAD AL-BAWWAB
[KOMANDO BATTALION RAFAH]

Komander Abu Ahmad Al-Bawwab berada bersama-sama di barisan hadapan di Rafah bersama para pejuangnya. Beliau sentiasa bersama anak-anak didiknya dan para pejuangnya, menahan lapar bersama mereka, menahan dahaga bersama mereka, tidur dan bangun bersama mereka, bukan hanya di garis hadapan, tetapi di garis pertembungan langsung dengan musuh.

Walaupun beliau cedera pada awal perang, kemudian pulih dan kembali bertempur, walaupun penjajah mengumumkan pengguguran nyawanya lebih daripada sekali, beliau terselamat lalu kembali lagi, sehingga akhirnya Allah menuliskan kesyahidannya pada hari ini. Semoga Allah merahmati pengorbanan para pejuang dan nama mereka terus harum di bumi.

Rasulullah telah bersabda :

فإنَّه يَتَمَنَّى أنْ يَرْجِعَ، فيُقْتَلَ في الدُّنْيا لِما يَرَى مِن فَضْلِ الشَّهادَةِ.

Sesungguhnya orang yang syahid itu berharap jika dia dapat kembali ke dunia lalu terbunuh (sekali lagi), kerana apa yang dia lihat daripada keutamaan dan kemuliaan syahadah.

(Hadis Riwayat Muslim)

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : HASSAN ASLIH[PALESTIN JURNALIS]Pada 7 April 2025, Israel mengebom sebuah khemah wartawan di luar Hospit...
26/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : HASSAN ASLIH
[PALESTIN JURNALIS]

Pada 7 April 2025, Israel mengebom sebuah khemah wartawan di luar Hospital Nasser, menyebabkan beberapa individu rentung hidup-hidup dan membunuh wartawan Palestin Ahmad Mansour. Hassan Abdel Fattah Mohammed Aslih merupakan antara mangsa yang terselamat, namun beliau mengalami kecederaan parah dengan kesan melecur yang teruk di seluruh tubuh serta kehilangan dua jarinya. Pada hari yang sama, tentera Israel menyatakan bahawa Hassan merupakan sasaran serangan tersebut, dengan mendakwa beliau adalah seorang pejuang Hamas yang beroperasi “di sebalik penyamaran sebagai wartawan.” Dakwaan yang sama juga pernah dibuat Israel tanpa bukti terhadap ramai wartawan lain yang telah mereka bunuh sebelum ini.

Walaupun keadaan kesihatannya masih kritikal dan ancaman jelas daripada tentera Israel terus menghantuinya, Hassan kembali bekerja dari katil hospitalnya sebaik sahaja keadaannya mula stabil, demi menunaikan tanggungjawabnya menyampaikan kisah-kisah dari Gaza kepada dunia. Percubaan membunuhnya tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawabnya. Beliau seorang profesional sejati, teguh dengan prinsipnya dan komited untuk menyampaikan kebenaran tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

Mereka membunuhnya, sebagaimana yang pernah beliau jangkakan, dalam keadaan tidak bersenjata, di dalam hospital dan tidak mendatangkan ancaman kepada sesiapa pun. Beliau berada di unit rawatan kebakaran hospital tersebut, masih dalam proses pemulihan daripada cubaan pembunuhan pertama. Mereka membunuhnya kerana wartawan di Gaza merupakan satu-satunya golongan di dunia yang menjadi saksi kepada jenayah terbesar pada zaman kita ini.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : GHASSAN KANAFANI[PENULIS PALESTIN]Kanafani lahir di Akke, Palestina, pada 9 April 1936. Ayahnya seorang...
25/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : GHASSAN KANAFANI
[PENULIS PALESTIN]

Kanafani lahir di Akke, Palestina, pada 9 April 1936. Ayahnya seorang pengacara. Lantaran itu, Ia bisa mengenyam pendidikan masa kecil yang baik. Ghassan Kanafani adalah penulis dan aktivis politik Palestina terkemuka yang lahir di Akka sebelum terpaksa mengungsi ke Lebanon akibat peristiwa Nakba 1948. Walaupun terkenal sebagai seorang militan, Ghassan Kanafani tidak pernah mengangkat senjata, sebaliknya menyerang musuh dengan tulisan-tulisan beliau, yang membangunkan semangat dunia Arab melawan rejim Zionis Israel. Novel dan cerpennya selalu berbicara tentang kondisi rakyat Palestina yang hidup terlantar di berbagai kamp pengungsian di berbagai negara.

Pembunuhan memang selalu mengintai setiap pejuang. Kanafani sangat memahami itu sebagai resiko dan jalan yang mesti ditempuh dalam sebuah perjuangan. Seperti pesan yang ditulisnya sendiri kepada kawan-kawan seperjuangannya: “kepada kawanku yang telah pergi dan yang masih tinggal:

Kau tahu bahwa ada dua jalan dalam kehidupan, dan hanya salah satu jalan yang bisa ditempuh. Kau jumpai jalan ketundukan dan kau menampikknya. Dan kau jumpai jalan perlawanan dan kau susuri. Jalan ini dipilih untukmu untuk kau jalani.”

Beliau mati dibunuh pada usia muda, 36 tahun, pada tanggal 8 Julai 1982, di Beirut, Lubnan, apabila kereta miliknya dipasang bom oleh MOSSAD (unit risikan Israel). Memang, agen Mossad berhasil membunuh Kanafani secara fisik. Namun, karya-karya dan semangatnya masih terus hidup dan menginspirasi setiap kaum muda Palestina untuk memilih jalan perjuangan untuk membebaskan negaranya.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

1 Hari 1 Tokoh : MUHAMMAD ZAKI HAMAD [MUJAHID QUR’ANI]Dilahirkan di Beit Hanoun pada 1 Julai 1994, Abu Zaki telah menonj...
24/05/2026

1 Hari 1 Tokoh : MUHAMMAD ZAKI HAMAD [MUJAHID QUR’ANI]

Dilahirkan di Beit Hanoun pada 1 Julai 1994, Abu Zaki telah menonjol sejak kecil lagi. Beliau telah khatam 30 juzuk, menghafaz hadis, mempelajari tajwid, tafsir dan fiqh serta menimba ilmu dari para masyaikh Gaza. Kecintaannya pada ilmu telah mendorongnya untuk menempuh jarak yang jauh demi satu pelajaran meskipun di kala dingin, hujan atau selepas berjaga di perbatasan.

Beliau bukan sahaja penghafaz Al-Quran tetapi juga merupakan pendidik yang mengesani anak didiknya. Melalui markaz tahfiz dan program yang dipimpininya, lahirlah puluhan huffaz yang terus menyebarkan ilmu. Beliau juga antara individu pertama di bandar itu yang mampu membaca semula keseluruhan al-Quran dalam satu sesi tanpa henti.

Beliau menggabungkan pedang mujahid dan pena pendidik di zaman penuh ketakutan dan fitnah. Dalam gelapnya terowong, beliau membetulkan lidah para pejuang dengan bacaan al-Quran walaupun peluru musuh berdesing di belakangnya, menjadikan bunyi tembakan itu seolah-olah irama bagi takbir para penghafaz. Dia ajarkan mereka bahawa peluru juga boleh menjadi ayat, dan diam menunggu musuh juga boleh menjadi sujud dan bacaan.

Ini menggambarkan bagaimana generasi pejuang Gaza dibentuk. Mereka membaca al-Quran di dalam terowong. Mereka bertahajud sebelum pertempuran. Mereka menulis buku dalam keadaan diburu bom dan kematian. Mereka hidup dengan keyakinan bahawa syahid bukan pengakhiran, tetapi permulaan kehidupan sebenar.

KELAB SAHABAT AQSA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2025/2026

Address

Universiti Kebangsaan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sahabat Aqsa UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share