21/05/2014
Anda rasa anda berbakat dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Jom kita sertai sebelum tu baca dulu dibawah.
PERTANDINGAN MEREKA BENTUK BENDERA UiTM
A. PENGENALAN
Pertandingan merekabentuk bendera UiTM adalah bertujuan bagi menggantikan bentuk bendera yang sedia ada. Setelah hampir 14 tahun bentuk bendera UiTM telah digunakan maka perlunya satu bentuk bendera UiTM yang baharu dihasilkan.
Keperluan terhadap rekabentuk baru bendera ini adalah kerana UiTM sendiri telah melalui banyak perubahan daripada pelbagai aspek. Selain sebagai simbol, bendera ini juga penting dari segi patriotisma. Kebanggaan dan kesetiaan dapat diperlihatkan melalui bendera. Justeru itu setiap kali lagu kebangsaan dinyayikan ianya mesti diiringi dengan menaikkan bendera.
Bendera juga sangat penting bagi membezakan antara satu Negara dengan negara lain, antara negeri dengan negeri yang lain, antara organisasi dengan organisasi yang lain. Kelainan inilah yang menunjukkan akan keunikan bendera contohnya dari aspek komunikasi. Ini kerana lambang dan warna yang terdapat di dalam rekabentuk bendera itu sendiri adalah mesej berkenaan organisasi itu sendiri.
B. TUJUAN
a. Sebagai salah satu aktiviti sempena kempen UiTM
Sentiasa DiHatiKu
b. Untuk memberi peluang kepada warga UiTM untuk turut
sama mengekspresi semangat patriotisma melalui idea
kreatif.
c. Memberi dorongan dan kesedaran dikalangan warga
akan peri pentingnya bendera sebagai lambang
kesetiaan.
d. Sebagai salah satu bentuk transformasi melalui medium
komunikasi visual
e. Meningkat dan memartabatkan imej universiti
C. SYARAT PERTANDINGAN
a. Penyertaan terbuka kepada semua warga UiTM
b. Peserta hanya dibenarkan menghantar 3 buah karya
sahaja.
c. Karya yang dihantar hendaklah menepati tema
pertandingan
d. Rekabentuk mestilah karya asli dan sebarang bentuk
ciplakan samada secara manual atau elektronik adalah
tidak dibenarkan.
e. Rekabentuk hendaklah sesuai untuk diubahsuai samada
dalam kedudukan menegak atau melintang
f. Rekabentuk hendaklah sesuai dipandang dari kedua-dua
sisi (depan dan belakang) serta sesuai dalam bentuk
melintang atau menegak
g. Ukuran bendera : 3 kaki (T) x 6 kaki (L) (lanskap)
h. Warna bendera adalah menggunakan warna yang
terdapat pada logo UiTM sahaja.
i. Rekabentuk hendaklah menggunakan Perisian Adobe
Illustrator dan dalam format .AI atau .PDF.
j. Rekabentuk hendaklah dicetak di atas kertas A4 dan
dihantar bersama softcopy (CD)
k. Tajuk, nama, no kad pengenalan, alamat dan nombor
telefon peserta hendaklah dilekatkan pada bahagian
belakang setiap karya.
l. Tarikh tutup: 23 Mei 2014 (sebelum jam 5.00 petang)
l. Semua karya hendaklah dihantar kealamat:
Urusetia Pertandingan Merekabentuk Bendera UiTM
Jabatan Komunikasi Korporat
Aras 2, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel.: 03-55442102
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
En. Rosly – 03-55442060
En. Rosdi – 03-55442040
m. Keputusan pengadil adalah muktamad.
n. Semua karya yang dihantar untuk pertandingan ini akan
menjadi hak milik penganjur.
o. Semua kos berkaitan dengan penghantaran karya
adalah ditanggung oleh peserta.
p. Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab
sekiranya karya yang dihantar tidak sampai, hilang atau
rosak semasa penghantaran.
D. HADIAH
Hadiah Utama : RM 3,000.00 dan Sijil
3 hadiah saguhati setiap satu: RM 300.00 dan Sijil
E. HAKIM
3 panel; hakim profesional dari pelbagai kepakaran akan
mengadili pertandingan
F. KRETERIA PENILAIAN.
Semua karya akan dinilai berdasarkan keaslian, konsep, idea yang menepati tema, estetika, komposisi dan memaparkan imej universiti
Anjuran:
Jabatan Komunikasi Korporat