Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie

Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie, Nursery, .

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 23/12/2025

MAJLIS IHTIFAL
TADIKA PRA TAHFIZ DARUL
ILMI AS SYAFIE 2025
21.12.2O25

Ya Allah,
Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami memanjat kan rasa kesyukuran ke hadrat-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berkumpul pada majlis pagi ini yang penuh berbahagia ini, Majlis Ihtifal Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie pada pagi ini.

Ya Allah aku memohon kepada - Mu agar memberkati majlis yang sederhana ini dengan limpahan Rahman dan Rahim - Mu. Semoga segala usaha kami dalam menjayakan Majlis ini mendapatkan keredhaan dan hidayah-Mu. Tutuplah segala kesedihan dan kelemahan kami dan gantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan..

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum,
Kurniakanlah keberkatan dan rahmat-Mu ke atas majlis ini. Jadikanlah majlis ini majlis yang Engkau redhai, majlis yang penuh keberkatan, dan majlis yang diberkati-Mu.

Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid,
Permudahkanlah segala urusan kami dalam menjayakan majlis ini, dari awal hingga akhirnya. Jadikanlah majlis ini sebagai platform untuk mencungkil bakat, melahirkan generasi yang bijak, cerdik, dan soleh, serta menjadi pelapis negara yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Alhamdulillah Tahniah pada semua bekas pelajar Tadika Pra Tahfiz Darul llmi As Syafie mendapat keputusan yang cemerlang dan di nobatkan hafazan terbaik.Dan ada yang sudah bergelar Al Hafiz.. bangga diatas kejayaan semua.

Ya Allah
Ya Akramal Akramin,
Anugerahkanlah kami kesihatan yang berterusan, kekuatan fizikal dan mental. Kurniakanlah kami kesabaran yang luar biasa dan berikan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna . Eratkanlah silaturrahim dan ukhuwah antara kami, para guru, ibubapa, dan pelajar - pelajar..

Ya Allah,
Lindungilah kami, permudahkanlah kehidupan kami sepertimana kami memudahkan urusan orang lain dan kurniakanlah kebaikan dunia dan akhirat. Jauhkanlah kami daripada sebarang bala bencana dan segala keburukan. Aamiin
Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil-akhirati hasanah, wa qina 'azabannar

Terima kasih kepada Datuk & Datin YB dan Ahli Parlimen Hulu Langat serta semua kehadiran ibubapa. Terima kasih atas sokongan.. Semoga kita semua dirahmati Allah. Terima kasih juga pada semua cikgu2yang bertugas untuk memastikan semuanya perjalanan majlis anugerah berjalan dengan lancarnya Aamiin.

Terima kasih juga kehadiran para pelajar - pelajar lama yang hadir, semuanya bakal Al Hafiz dan Hafizah. Rasa terharu bila mereka melangkah
dengan cemerlang mencari ilmu dunia & akhirat. Aamiin



21.12.2025

27/11/2025

Bismillah. Alhamdulillah Syukur.. Tahniah pada semua bekas pelajar - pelajar TTDIAS yang dapat keputusan cemerlang dalam PSRA.. Semoga terus cemerlang dimasa akan datang dan tahniah juga pada ibubapa atas kejayaan anak anak mereka . Ustzah dan Warga Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As-Syafie turut merasa amat bangga di atas kejayaan mereka semua..

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 26/11/2025

Bismillah. Aktiviti Pagi ini cara membuat dan menghias coklat dan menunggu coklat menjadi keras dan bentuk kegemaran anak anak dan mengajar anak anak erti kesabaran menunggu coklat menjadi keras..

Objektif Aktiviti :
Meningkat kemahiran Motor Halus.
Bagaimana kanak - kanak mengguna tangan mereka untuk memasak dan mengacau serta mencelup coklat dah hiaskan dengan warna dan perasa coklat. Membantu perkembangan minda dan kawalan tangan serta pergerakan tangan dan jemari mereka.

* Meningkatkan Kreativiti dan express diri.
Aktiviti menghias coklat dan bentuk yang mereka s**a. Hari ini mereka memilih reka bentuk acuan doremon hi hi. Dengan memberi peluang kepada mereka satu pengalaman baru kepada mereka, experiment dengan membuat Coklat sendiri dan warna dan tekstur sekali gus merangsang minda dan daya imaginasi mereka.

Meningkatkan daya pemikiran dan belajar sabar
Fokus pada bagaimana cara untuk memasak coklat yang selama ini mereka s**a makan coklat.

Menggalakkan interaksi sosial bekerjasama dalam berkumpulan.. Bagaimana mereka berinteraksi dan berkongsi cerita dan pengalaman mereka membuat coklat..

Aktiviti ini juga satu pengenalan awal pada kanak kanak dan memberi pendedahan awal kepada kanak kanak tentang asas penyediaan makanan. Bagaimana untuk mencampur bahan bahan dan masukkan kedalam adunan dan dengan cara ini menanam minat untuk memasak sejak di usia kecil..

Alhamdulilah anak anak hari ini sangat gembira dan sangat - sangat excited bila melihat Coklat dari hasil tangan mereka sendiri dan gembira untuk bawa pulang untuk ditunjukkan pada mak ayah.. Tentu banyak yang mereka ingin berkongsi cerita dengan mak ayah..


26.11.2025
Rqbu

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 21/11/2025

SAMBUTAN HARI KANAK - KANAK SEDUNIA & SUKANEKA 2025

Sambutan Hari Kanak - Kanak Sedunia bertujuan meraikan kanak - kanak bagi memperingati hak hak mereka dan menghargai kanak kanak serta memupuk kesedaran pada masyarakat tentang isu isu berkaitan hak, perlindungan serta kebajikan mereka. Membina keyakinan dalam diri serta semangat positif dalam kalangan kanak kanak melalui aktiviti yang sihat dan menyeronokkan serta memberi faedah.

Hari ini hari mereka gembira. mereka menjadi generasi masa depan yang berjaya didunia dan akhirat.



21 hari Jumaat..

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 21/11/2025

SUKANEKA TADIKA PRA TAHFIZ DARUL ILMI AS SYAFIE 21.11 2025.

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah SWT dengan izinnya dapat kita sekali lagi pada tahun ini menganjurkan hari s**aneka tahunan dan Sambutan Hari kanak kanak dsn sambutan hari jadi 2025 Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie pada 21.11.2025

Syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun bermain dalam keadaan padang lecah dan hujan renyai . Agak risau pagi tadi hujan turun dengan lebatnya, berhenti dan hujan lebat semula, berkat doa kita semua, Allah mendengari doa kita semua, hujan pun renyai dan teruskan juga. Anak anak dah excited sangat nak bers**an..

Terima kasih pada semua parents yang memberi sokongan pada pihak TTDIAS. Dan terima kasih juga dengan sumbangan makanan dan minuman dan terima kasih juga pada puan Nur Atika Nazirah yang memyumbangan makanan dan set buah buahan.. Dan pada pada cikgu Fatiha kek untuk sambutan hari lahir anakanda Ust Aiman Aulia Dalisha. Terima sumbangan kek dan goodies.

Yang tidak semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga kita semua diberkati Allah dan dimurahkan rezeki yang berpanjangan dihari Jumaat yang barakah ini. Andai ada salah silap dan kekurangan dari pihak ustzah pada majlis ini ustzah dan pihak TTDIAS memohon banyak2 kemaafan. Aamiin






21.11.2025
Jumaat.

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 30/10/2025

Catatan tertangguh

Aktiviti pagi ini motor halus mestika menggunting dan memotong dan melekat.

Aktiviti hari ini untuk meningkatkan daya kemahiran motor halus memotong dan men gunting dan memotong, pelekat atau gantung kertas. Melatih otot jari dan tangan bergerak dengan menggunakan mengunting kertas,buku atau menampal di dinding memerlukan koodinasi otot2kecil ditangan jari dan pergelangan tangan membolehkan pergerakan dan kawalan yang tepat.

Membentuk kemahiran moto halus daya berfikir pada kanak - kanak adalah sangat penting kerana dapat membantu mereka melakukan tugas seperti mengenal warna dan alatan yang digunakan untuk membentuk satu objek dengan mengenggam alatan seperti gunting dan gam.Kemudian di tampal di tempat yang bersesuaian. Samada ingin memampal di dinding atau mengantung dengan kreatif membentuk nama atau huruf. Alhamdulillah anak - anak gembira dan fokus dengan aktiviti pagi ini menggunting dan memotong kertas.


1 October 2025 (Rabu)

Photos from Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As Syafie's post 24/10/2025

Aktiviti di hari Jumaat yang barakah. Aktiviti outdoor jogging dan mendaki bukit (hiking)

Aktiviti seperti ini outdoor untuk kanak - kanak, dapat meningkatkan kreativiti, membina fizikal yang lebih kuat dan melatih kemahiran dalam bersosial dan pergaulan

Kanak - kanak diberi peluang bergerak bebas, seperti
Berlari
Melompat
Main kejar mengejar
Main kejar - kejar
Memanjat
Membina fizikal yang sihat
mengeluarkan peluh..

Apa yang pentingnya outdoor aktiviti untuk kanak - kanak meningkatkan kreaviti
Membina fizikal lebih kuat
Membina otak cergas
Melihat dan menyentuh ciptaan Allah melihat pokok pokok dan tumbuhan liar yang tumbuh dibawah dan atas anak bukit.
Melatih kemahiran bersosial
Kemahiran berfikir

Kami pihak Tadika Pra Tahfiz Darul Ilmi As-Syafie menyediakan banyak aktiviti outdoor yang sesuai dengan perkembangan diawal usia kanak - kanak tadika.

Dah penat berjogging dan mendaki bukit,jom kita singgah ke restoren warisan untuk makan dan minum, semua dah penat dan dahaga tapi masih lagi ada baki tenaga nak bermain.. Alhamdulillah Syukur, cuaca juga sangat cantik pagi ini.. Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah permudahkan segala urusan kami pada pagi ini..Aamiin





24.10.2025.(Jumaat)

22/10/2025

Selesai membantu Kak Ardell menguruskan kaki ibundanya yang dipotong atas faktor kesihatan.

Kuat sungguh Kak Ardell.

Sepanjang misi Sumud Flotilla, Kak Ardell bergelut dengan perasaan apabila kesihatan ibunya menurun.

Saya sendiri menasihatinya untuk pulang Malaysia dan tidak meneruskan misi.

Kak Ardell dan Ibunya sama sama teguh dengan mudah menjawap

" UJIAN GAZZAH LEBIH BESAR BERBANDING KAMI"

Ardell teruskan misi dan ibundanya teruskan rawatan. QadaraAllah... Pulang misi terus Ibundanya mendapat tarikh untuk pembedahan.

Semoga Kaki Ibunya menjadi saksi keteguhan anak beranak ini dalam hal Gazzah.

Video di story

22/10/2025

Pendaftaran 2026 kini dibuka..

17/10/2025
Want your school to be the top-listed School/college?

Culinary Team

Attire

Telephone

Website