SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP

SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP

Share

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan/smamaiwp

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Sekolah Kluster Kecemerlangan

07/06/2026
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Photos from SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP's post 26/05/2026

Orator Muda SMA MAIWP Cipta Nama di Taylor’s University

Setinggi tahniah to Nisrin Irdina bt Muhammad Hanif 3 Naeem dan Arissa Nur Eiman bt Ben Harrasyad 3 Ma’wa atas pencapaian cemerlang mereka dalam Malaysia National Public Speaking Championship 2026 anjuran MIDP dan Taylor’s University 🌟

🏆 Nisrin – Tempat Ke-3 dalam Top 15 Best Speakers
🏆 Eiman – Tempat Ke-9 dalam Top 15 Best Speakers

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak pencapaian pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi! 👏✨

26/05/2026

🌍✨ PERTANDINGAN INOVASI ANTARABANGSA GEO STEM-i 2026 ✨🌍

🚀 Platform inovasi STEM bertaraf antarabangsa kini kembali! Ayuh tonjolkan kreativiti, idea dan bakat inovasi anda melalui pembelajaran berasaskan projek (PBL) demi masa depan lestari.

🗓 22 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Qaah Al-Qaradhawi, SMA MAIWP Kuala Lumpur

🏆 Kategori Pertandingan:
✅ Produk Inovasi (STEM)
✅ Bicara Amalan Terbaik
✅ Poster Digital

👨‍🎓 Terbuka kepada pelajar Tingkatan 3 / umur 15 tahun serta sekolah menengah Malaysia & antarabangsa jemputan.

🎖 Kelebihan penyertaan:
🥇 Medal & Sijil Antarabangsa
🚀 Platform Inovasi STEM
🌍 Pengalaman PBL Antarabangsa

⏳ Tarikh tutup penyertaan: 30 Jun 2026

📲 Daftar sekarang melalui QR Code pada poster atau pautan:
https://forms.gle/nzPRVJcenGiytxk6A

Photos from SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP's post 24/05/2026

SMA MAIWP CIPTA SENSASI : MENANG TEMPAT KETIGA DI PENTAS UNIVERSITI

Tempat Ketiga Debat Bahasa Arab Festival Kesenian Islam & Budaya Malaysia 2026

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada kontinjen debat Bahasa Arab SMA MAIWP Kuala Lumpur atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab sempena Festival Kesenian Islam dan Budaya Malaysia 2026 anjuran Universiti Malaya.

Lebih membanggakan, SMA MAIWP merupakan satu-satunya sekolah yang dijemput menyertai pertandingan berprestij ini, bersaing bersama institusi pengajian tinggi ternama negara!

📌 Butiran Pertandingan
🗓 Tarikh : 22 & 23 Mei 2026
📍 Tempat : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
🥉 Pencapaian : Tempat Ketiga

Antara universiti yang menyertai pertandingan:
▪️ Universiti Malaya (UM)
▪️ Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
▪️ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar SMA MAIWP bukan sahaja mampu bersaing, malah berupaya berdiri sebaris dengan mahasiswa universiti dalam medan ilmu, hujah dan penguasaan Bahasa Arab. 💪📚✨

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SMA MAIWP untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

🔥 “Bahasa Arab dimartabat, intelektual diasah, SMA MAIWP terus melangkah!” 🔥








Photos from SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP's post 22/05/2026

SMA MAIWP Takluk KESSMA WPKL 2026

22 Mei 2026 | Qaah Al-Qaradawi

Alhamdulillah, satu lagi sejarah manis berjaya dilakar oleh warga SMA MAIWP apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESSMA 2026 dalam majlis penutup yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Qaah Al-Qaradawi pagi tadi.

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, disiplin serta semangat juang tinggi para atlet SMA MAIWP yang telah berjuang membawa nama sekolah dalam pelbagai acara sukan sepanjang kejohanan berlangsung. Lebih membanggakan, SMA MAIWP berjaya menunjukkan dominasi khususnya dalam acara badminton dan memanah.

Antara pencapaian cemerlang SMA MAIWP dalam KESSMA 2026 ialah:

🥇 Johan Badminton Banin
🥇 Johan Badminton Banat
🥇🥇🥇 Sapuan Bersih Recurve Women
🥇🥈🥉 Penguasaan Acara Traditional Women
🥇🥈 Penguasaan Acara Traditional Men
🥈 Bola Sepak
🥈 Bola Tampar Banat
🥈 Pingpong Banat
🥈 Bola Jaring
🥉 Bola Tampar Banin
🥉 Pingpong Banin
🥉 Sepak Takraw
🥉 Recurve Men

Kejayaan besar ini merupakan hasil daripada komitmen padu seluruh warga sekolah khususnya para guru pengiring, jurulatih, pengurusan sukan serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada pihak pentadbiran sekolah.

Menurut pihak pengurusan sukan SMA MAIWP, kejayaan ini bukan sekadar tentang kemenangan semata-mata, bahkan menjadi lambang kesatuan, semangat berpasukan dan kesungguhan seluruh kontinjen dalam mengangkat martabat sekolah.

Walaupun terdapat beberapa acara yang masih belum mencapai sasaran yang diharapkan, namun semangat juang yang dipamerkan oleh semua atlet tetap membanggakan. Pengalaman sepanjang KESSMA 2026 akan dijadikan asas penting untuk penambahbaikan dan persediaan lebih mantap bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Pihak sekolah juga memaklumkan bahawa sesi post mortem prestasi sukan akan diadakan dalam masa terdekat sebagai langkah memperkukuhkan strategi serta meningkatkan pencapaian SMA MAIWP pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet, guru pengiring, jurulatih dan seluruh warga SMA MAIWP atas kejayaan membanggakan ini.

“Menang Dengan Adab, Berjuang Dengan Maruah.”






Photos from SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan -SMA MAIWP's post 22/05/2026

LAWATAN ANTARABANGSA PERKUKUH JARINGAN PENDIDIKAN ISLAM

Alhamdulillah, pada 20 Mei 2026 yang lalu, SMA MAIWP Kuala Lumpur telah menerima kunjungan delegasi daripada Yayasan Pondok Pesantren Darul Falah Sumberejo dan SMA Muhammadiyyah Ponorogo, Indonesia dalam satu program lawatan ilmiah dan perkongsian pendidikan yang berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat ukhuwah.

Program ini turut melibatkan kerjasama bersama Universiti Sains Islam Malaysia sebagai rakan strategik dalam memperkukuh hubungan pendidikan serantau.
Pelbagai sesi perkongsian telah diadakan melibatkan pengurusan sahsiah murid, integrasi ilmu usuluddin dalam pendidikan moden, inovasi PdPC serta demonstrasi teknologi dron dan STEM.

Antara pengisian menarik ialah demonstrasi teknologi dron oleh kumpulan inovasi SMA MAIWP yang memperlihatkan penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan masa kini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program turut diserikan dengan sesi silang budaya, persembahan murid, pertukaran cenderahati serta sesi fotografi kenang-kenangan antara delegasi Malaysia dan Indonesia.
Semoga lawatan ini menjadi medan perkongsian ilmu, mempererat ukhuwah antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi pendidikan pada masa hadapan.

✨ “Membina Generasi Rabbani, Memacu Inovasi Masa Hadapan”









Photos from Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan's post 22/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00