Amazing Seed, Malaysia

Amazing Seed, Malaysia

Share

33 cawangan di Malaysia
Fokus kepada pembentukan peribadi dan pembentukan kanak2. #taska #tadika #kindergarten #littlekhalifah

Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 23/04/2026

Perkongsian perlaksanaan pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Alhamdulillah para pengusaha dan pendidik Amazing Seed Malaysia diberi peluang membuat pemerhatian dan mendapat penerangan dari tim FACE . Lawatan ini memberi ilmu kepada guru mendapat pendedahan bagaimana Project Based Learning(PBL) dijalankan.

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang BERIMAN di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ILMU pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa DARJAT”.
[Surah al-Mujadalah:11]

Allah angkat darjat setiap hamba yang berjuang untuk ILMU.
Namun ilmu itu mesti terpalit kepada KEIMANAN.
Menambahkan kecintaan kita kepada Rabbul alamin😍

Moga dengan ILMU yg benar, merubah akhlak kita kepada yang lebih baik.
Makin elok karakter seorang guru.
Makin sopan sikap ibuayah.
Makin cantik perangai anak2.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf Zahir dan Batin 🙏🏼

Taqabbalallahu Minna Waminkum
"Semoga Allah menerima (amal ibadah) daripada kami dan daripada kamu”

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturrahim dalam kehidupan kita.

Hati-hati di jalan raya ya 👋🏼

Ingatan Tulus Ikhlas,

Lembaga Pengurusan dan Seluruh Warga
Amazing Seed Malaysia



18/02/2026

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN AL MUBARAK !! 🌙✨

Alhamdulillah, bulan penuh keberkatan kembali menemui kita. Inilah masanya untuk memperbanyakkan ibadah, memperkukuhkan ukhuwah, dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam yang murni. 🌟✨

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

💛 Mari jadikan Ramadan ini sebagai madrasah rohani untuk kita dan anak-anak. Didik mereka dengan kelembutan, tunjukkan contoh terbaik dalam berpuasa, bersolat, dan berbuat kebaikan. Bersama, kita membentuk generasi yang cinta kepada Allah dan Rasul. 🌿

✨ Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak! Semoga bulan ini membawa keberkatan, keampunan, dan kebahagiaan buat kita sekeluarga. ✨



Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 15/02/2026

MYMA
My health my amanah

Alhamdulillah para guru dan pelajar Amazing Seed Malaysia di dalam program My Health My Amanah.
MHMA adalah antara event besar yg dilaksanakan setiap tahun.
Namun kali ini dalam skala yg lebih besar kerana ada kolaborasi bersama dengan pihak Galeri Shah Alam.

Antara aktiviti yang diadakan ialah jualan gerai dari tim ASM dan beberapa tadika yg lain, talk 360 dan pemberian baju preloved kepada komuniti setempat❤️

Al-Anbiya 21:107

وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Sebarkan rahmat kepada komuniti setempat.

Moga Allah ganjarkan pahala buat semua vendor dan crew yg terlibat👏

Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 12/02/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Hai semua ibuayah! 👋
Mencari aktiviti hujung minggu yang santai tapi bermanfaat?

InshaaAllah temui kami anak2 dan para Pendidik Amazing Seed Amazing Seed, Malaysia di Galeri Seni Shah Alam.

Pelbagai booth2 jualan & activity menarik yang disediakan utk anak2 dan ibuayah semua
✅Booth2 Jualan Young Entrepreneur
✅Booth My Health My Amanah
✅Eko Free Market (sempena Aidilfitri) dan b*k lagi..

Jom sertai juga Bengkel Seni Lestari Untuk Komuniti di Festival Seni Lestari (FESLA) '26!

Ini peluang anda (remaja & dewasa) untuk release stress sambil belajar kemahiran seni baharu!

Kami ada 5 pilihan aktiviti seni yang unik:
🧶 Eko Macrame
🧩Eko Mossaic
🎨 Floral Cat Air
🖼️ Seni Cetak Drypoint
📔 Seni Jurnal

Yang paling best, hanya RM10 untuk pilih 2 aktiviti dan boleh bawa p**ang hasil seni anda! 😍
Jom lock tarikh ni:

🗓️ 14 & 15 FEB 2026 (Sabtu & Ahad)
⏰ 9 pagi - 4 petang
📍 Galeri Shah Alam

Senang je nak join:
* Daftar & bayar
* Dapat e-kupon kat email
* Datang & tebus kupon fizikal kat kaunter!

Cepat daftar sekarang, tempat terhad tau! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera. 🏃‍♀️💨

Pautan daftar : https://forms.gle/mbq9WhrJZPdieNQA8

Nak tanya detail lanjut? Boleh contact Pn. Norlita (019-2537025) atau Pn. Syafiqah (011-21448102).
Jumpa di sana! 😉





02/02/2026

MALAM NISFU SYA’BAN 🌙✨

Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yang mengajak kita untuk berhenti sejenak daripada kesibukan dunia dan kembali bermuhasabah sebagai hamba Allah ﷻ.

Inilah malam untuk kita memperbanyakkan doa, istighfar dan memohon keampunan atas segala kekhilafan yang disedari mahupun yang tersembunyi. Jangan kita lepaskan peluang untuk membersihkan hati, memperbaiki hubungan sesama manusia dan mendekatkan diri kepada Allah ﷻ.

Allah ﷻ berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.” (Surah Az-Zumar: 53)

Malam Nisfu Syaaban mengajar kita erti harapan bahawa selagi kita kembali kepadaNya dengan hati yang ikhlas, pintu rahmat sentiasa terbuka. Inilah masanya untuk kita memohon agar dosa diampunkan, urusan dipermudahkan dan kehidupan dipandu dengan hidayah.

Semoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi titik perubahan untuk kita menjadi insan yang lebih dekat dengan Allah, lebih lembut hatinya, dan lebih baik
amalannya.

🌙✨



Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 28/01/2026

Kick start 2026

“Janji tau jumpa di syurga ye”
Pesan puan Junnainah Juhar selaku HOD HR Department.

Andai kita bekerja hanya sebagai keperluan dunia, rugilah

Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Alang2 mendidik biar sampai syurga❤️❤️

Sebagai guru hari ini, pelbagai ujian yg dihadapi
Kes viral
Keaiaban di buka sana sini
Silibus pendidikan
Toksik di tempat kerja

Maka, wahai setiap pendidik
Didiklah hati dengan ayat2 Allah

Al-Qasas 28:26

ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ

orang yang kuat, lagi amanah".

Jadilah guru yang sihat baik fizikal mahupun mentally
Jadilah guru yang amanah

Amanah ini berat.

Al-Ahzab 33:72

إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومٗا جَهُولٗا

(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah s**a melakukan kezaliman dan s**a p**a membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 26/01/2026

Tim building

Antara games yg disediakan oleh pihak penganjur:
1. Radio rosak
2. Sebut no yg x sama dgn org lain
3. Belon air
4. Bola beracun
5. Bangunan straw

Semua aktiviti ini jika hanya untuk games semata, sedih sekali. Just fo fun🥲

Maka selesai games, diberi tugas utk recap atau refleksi dari apa Allah kata.

1. Radio rosak
Ini biasa terjadi dlm mana2 organisasi😢
Beberapa hari lepas ada kes viral yg berlaku dlm industri pendidikan awal kanak2
Buat kita yg menonton, jangan mudah share perkara yg kita tak pasti. Jika tidak kita juga akan ke balai polis😢

Al-Hujurat 49:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang FASIK membawa sesuatu BERITA, maka SELIDIKLAH (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu MENYESALI apa yang kamu telah lakukan.

Jadi netizen yg TABAYYUN, selidik dulu.

Namun..
Tak semestinya apa yang kita lihat itu betul
Dan belum tentu apa yg kita sampaikan itu betul

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar.”

Riwayat Muslim

3. Belon air
Berjaga2 agar belon air tidak jatuh ke tanah dan pecah
Itulah memikul TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yg diberikan

Sebagai pendidik amanah utama kita adalah mengembalikan anak2 kepada SIAPA ALLAH
SIAPA AL KHALIQ

Seandainya kita di barisan hadapan jua rapuh KEIMANANYA kepada ALLAH, kepada perkara GHAIB syurga dan NERAKA.. apatah lagi anak2 kecil.
Malah paling payah nak dakwah kepada IBUAYAH dan masyarakat
Ibuayah yang claim”saya bayar mahal” “mengapa servis tadika taska begini?”😢😢😢

4. Bola beracun
Semua nak cepat2 supaya bola di tangan boleh di pass pada orang sebelah
Inilah sikap seorang pendidik iaitu YUSARIU KHAIRAT

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Maksudnya: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan,”

(Surah Al-Baqarah: 148)

Tiada istilah PENCEN dalam kehidupan
“Saya dh pencen, penat nak fokus pada agama p**a”
Tapi bagaimana dengan ummah yg makin tenat?

Kes rogol zina
Rasuah
Buka aib sana sini

Dunia bukan untuk berehat
Tapi tempat untuk berpenat
Menyemai benih agar dapat dinikmati di akhirat kelak🤲🏻


Photos from Amazing Seed, Malaysia's post 25/01/2026

Annual dinner

Meraikan para guru dalam majlis makan malam dan penyampaian anugerah.

Sesungguhnya ANUGERAH ini adalah satu AMANAH.

Anugerah guru sihat
Anugerah guru al amin
Anugerah guru berbahasa iman
Anugerah guru kreatif dan inovatif

Ini salah satu usaha MENGHARGAI kerja kuat semua para pendidik yang mendidik dengan iman dan amal soleh.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah buat secara tekun.”

Di dalam berdepan dengan pelbagai isu di peringkat awal kanak2, maka setiap pendidik harus tenang dengan IMAN.

Kebergantungan kita kepada Allah harus dipertingkatkan.
Kita tak mungkin mampu menangani manusia dengan kudrat manusia
Tapi kita serahkan segala urusan kepada PEMILIK setiap ujian

Maka wahai pendidik anak2 kecil
Anak2 syurga
Didiklah dengan IMAN
Galas ANUGERAH ini hingga akhir nafas kalian

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


08/01/2026

Di tengah kemelut yang dihadapi oleh dunia pendidikan saat ini, ada satu hal yang tidak boleh kita lupa: pentingnya menanamkan iman dan adab sejak usia belia.

InsyaAllah Amazing SEED kami berusaha agar anak-anak tidak hanya belajar pengetahuan, tetapi juga melihat dunia dengan cahaya iman yang akan menerangi hati dan jalan kehidupan.

Dengan penuh rasa bahagia, kami mengumumkan Pendaftaran pelajar Baru Tahun 2026.

Kami menjemput semua ibuayah yang ingin bersama-sama menyiapkan legasi generasi yang tumbuh kembang dengan keimanan dan mulia dengan akhlak kebaikan.

Seringkali kita terlupa bahwa invesment paling berharga bukanlah terletak pada hal-hal material yang kita tinggalkan, tetapi pada keimanan anak-anak yang kita tanamkan.

Semoga setiap langkah yang kita ambil dalam mendidik anak-anak kita menjadi jalan menuju keberkahan dan penjaga bagi mereka masa depan.

Anak kita adalah harapan dan masa depan kejayaan serta kegemilangan Islam. Bismillah
Biiznillah

📍 Pendaftaran dibuka di seluruh Amazing SEED Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college?

Website