01/05/2019
Musalina Peter Laidin:
Baja hasil buatan SK. Seri Pagi
MOL 7M n 1 adalah sejenis baja organik cair khas untuk semua jenis tanaman.
MOL bermaksud Mikro Organisma Lokal. Baja ini mempunyai 7 keistimewaan iaitu Mudah dibuat, Murah, Mesra alam, Menyubur tanaman, Melebatkan buah, Menghalau dan Membunuh serangga perosak seperti, lalat putih, kutu daun dan anai-anai
Bahan-bahan membuat baja MOL 7M n 1
1.Kulit buah-buahan
2.Sisa sayur yang dibuang
3.Nasi basi
4.Bonggol pisang
5.Air cucian beras
6.Gula merah
7.Bawang putih
8.Botol kosong 1.5 liter