Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

  • Home
  • Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, College & University, DEPUTY DEAN'S OFFICE (ACADEMIC, STUDENT AFFAIRS & ALUMNI ), BLOCK ACADEMIC FACULTY OF ENGINEERING Universiti Putra Malaysia UPM Serdang Selangor Darul Ehsan, .

Enhance Your Industrial Training Experience with Gemini & NotebookLM.The Faculty of Engineering successfully organized a...
09/07/2026

Enhance Your Industrial Training Experience with Gemini & NotebookLM.

The Faculty of Engineering successfully organized an online knowledge-sharing session entitled "Enhance Your Industrial Training Experience with Gemini & NotebookLM" on 3 July 2026 to equip students with practical digital skills for their upcoming industrial training. The session introduced participants to the capabilities of Google's AI-powered tools, Gemini and NotebookLM, and demonstrated how these technologies can support students throughout their internship journey. Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia

[MechaExplore 1.0: Putra–Taiwan Tech Venture at Taiwan]From 17–30 May 2026, 15 students and 2 lecturers from the Departm...
23/06/2026

[MechaExplore 1.0: Putra–Taiwan Tech Venture at Taiwan]

From 17–30 May 2026, 15 students and 2 lecturers from the Department of Mechanical & Manufacturing Engineering, Universiti Putra Malaysia (UPM), embarked on an enriching international mobility programme in Taiwan.

Throughout the programme, students gained valuable exposure to global academic and industrial developments through visits to renowned institutions and industry. The delegation engaged in knowledge sharing sessions and laboratory tours at National Cheng Kung University (NCKU) and National Chung Cheng University (CCU), while industrial visits to Micron Technology Taiwan and Evermore Machine Co., Ltd., a company specializing in precision CNC machinery, industrial automation and robotic systems, provided participants the exposure to the semiconductor industry and emerging manufacturing technologies that are shaping the future of global innovation.

✨ A meaningful journey of discovery, innovation and international collaboration, preparing future engineers to excel in an increasingly interconnected and technology driven world.


Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia

🏆✨ MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI FAKULTI KEJURUTERAAN 2026 ✨🏆Pada 18 Jun 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Maj...
22/06/2026

🏆✨ MAJLIS ANUGERAH ASPIRASI FAKULTI KEJURUTERAAN 2026 ✨🏆

Pada 18 Jun 2026 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah ASPIRASI Fakulti Kejuruteraan 2026 di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Majlis yang bertujuan menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan mahasiswa ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.

Majlis ini diadakan bagi menghargai mahasiswa, pasukan serta kelab yang telah menunjukkan kecemerlangan dan komitmen dalam pelbagai bidang termasuk akademik, kepimpinan, keusahawanan, STEM, Women in Engineering, kesukarelawanan, sukan dan penglibatan program yang telah mengharumkan nama fakulti serta universiti.

Majlis turut diserikan dengan sesi Watikah Pelantikan Ahli PEMAJU sesi baharu serta penyampaian anugerah kepada para penerima yang telah memberikan sumbangan dan impak yang signifikan kepada Fakulti Kejuruteraan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada kesemua penerima anugerah, khususnya 10 penerima Anugerah Utama ASPIRASI 2026 atas pencapaian cemerlang dan sumbangan luar biasa yang telah dipamerkan sepanjang sesi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan, memupuk semangat kepimpinan dan menginspirasikan warga Fakulti Kejuruteraan ke arah kecemerlangan yang berterusan.

🌟 Meraikan Aspirasi, Mengiktiraf Kecemerlangan. Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI EKSEKUTIF 4 (GRED PE4) FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM 2026Fakulti Kejuruteraan mempelawa wargane...
19/06/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI EKSEKUTIF 4 (GRED PE4) FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM 2026

Fakulti Kejuruteraan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Eksekutif 4 (Gred PE4) di Fakulti Kejuruteraan sebagaimana maklumat lanjut yang dilampirkan.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 JUN 2026 (SELASA)

Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 02) boleh dimuat turun daripada laman web Fakulti Kejuruteraan UPM di pautanhttps://eng.upm.edu.my/upload/dokumen/2025042516535020230712110815SOK.BUM.BR03.JAWATAN_02.pdf

Mohon sertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil tamat sekolah, resume, sijil/dokumen akademik dan transkrip (termasuk SPM dan Diploma / STPM / STAM / Matrikulasi) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport. Sila hantar permohonan melalui e-mel: [email protected] (U/P: Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Hazwan Hamzah, Ketua ULIM) Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia

Dear All and Members of the Faculty of Engineering, Greetings!We are pleased to announce that the Deputy Dean’s Office (...
18/06/2026

Dear All and Members of the Faculty of Engineering, Greetings!

We are pleased to announce that the Deputy Dean’s Office (Academic, Student Affairs & Alumni), Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia, will be organizing an online sharing talk entitled:

“Enhance Your Industrial Training Experience with Gemini & NotebookLM”

📅 Date: 3 July 2026 (Friday)
🕘 Time: 9.00 AM
💻 Platform: Zoom
🔗 Meeting ID: 952 276 83058
🔒 Passcode: 832525

This insightful session will focus on enhancing industrial training experiences and report preparation through the use of modern AI tools.

Distinguished Speakers:

Dr. Nik Nor Liyana Binti Nik Ibrahim
Department of Chemical and Environmental Engineering - UPM

Dr. Nurul Izzah Binti Abd Rahman
Department of Mechanical And Manufacturing Engineering, UPM

All undergraduate students, particularly those preparing for industrial training, are strongly encouraged to participate. Postgraduate students, academicians, and others are also warmly invited to join this sharing session. Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN 5 SMK SERI BERA, PAHANG KE FAKULTI KEJURUTERAANFakulti Kejuruteraan telah mener...
16/06/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN 5 SMK SERI BERA, PAHANG KE FAKULTI KEJURUTERAAN

Fakulti Kejuruteraan telah menerima kunjungan seramai 92 orang pelajar Tingkatan 5 dan 14 orang guru pengiring dari SMK Seri Bera, Pahang bagi Program Lawatan Sambil Belajar serta Aktiviti Pemindahan Ilmu Kejuruteraan dan STEM.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas "Introduction to Faculty" yang disampaikan oleh Dr. Balqis Mohamed Rehan, Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Kejuruteraan Awam. Seterusnya berlangsung sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk mengikuti Aktiviti Pemindahan Ilmu Kejuruteraan dan STEM yang dijalankan di makmal-makmal terpilih fakulti. Program turut diserikan dengan Lawatan Solar Walkaway yang memberi pendedahan kepada aplikasi teknologi tenaga boleh diperbaharui serta peluang pendidikan dalam bidang kejuruteraan.

Semoga lawatan ini dapat membuka minda, menyemarakkan minat dan memberi inspirasi kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam meneroka peluang melanjutkan pengajian serta membina kerjaya dalam bidang Kejuruteraan, Sains, Teknologi dan Inovasi (STEM).

Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia SMK Seri Bera Group's

Di Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah ini, marilah kita membuka lembaran baharu dengan azam dan harapan yang lebih baik. Sem...
16/06/2026

Di Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah ini, marilah kita membuka lembaran baharu dengan azam dan harapan yang lebih baik. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya

🚀 Program Jaulah Penanda Aras MUMTAZ MRSM Taiping ke Fakulti Kejuruteraan, UPMPada 5 Jun 2026, seramai 38 orang pelajar ...
09/06/2026

🚀 Program Jaulah Penanda Aras MUMTAZ MRSM Taiping ke Fakulti Kejuruteraan, UPM

Pada 5 Jun 2026, seramai 38 orang pelajar Tingkatan 5 bersama 3 orang guru pengiring telah berpeluang menyertai Program Jaulah Penanda Aras MUMTAZ di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program dimulakan dengan sesi Introduction to Faculty yang disampaikan oleh Dr. Nor Mohd Haziq, Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP), Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Para pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti bersama jabatan di makmal-makmal terpilih yang memberi gambaran sebenar mengenai dunia kejuruteraan dan penyelidikan di peringkat universiti.

Lawatan diteruskan ke Floating Solar Walkaway, di mana para pelajar berpeluang melihat sendiri aplikasi teknologi tenaga boleh diperbaharui serta inovasi kejuruteraan lestari.

Semoga pengalaman ini dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya pada masa hadapan. Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia Taiping







DAULAT TUANKUMerafak sembah dengan penuh takzim setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputer...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dengan penuh takzim setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Daulat Tuanku. Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku berpanjangan usia, keafiatan yang berterusan serta kesejahteraan dalam memimpin negara.

Daulat Tuanku.

Selamat Menyambut Hari WesakSemoga sambutan Hari Wesak menjadi inspirasi untuk terus memupuk nilai belas ihsan, persefah...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak
Semoga sambutan Hari Wesak menjadi inspirasi untuk terus memupuk nilai belas ihsan, persefahaman dan keharmonian dalam kepelbagaian demi kesejahteraan bersama.

Address

DEPUTY DEAN'S OFFICE (ACADEMIC, STUDENT AFFAIRS & ALUMNI ), BLOCK ACADEMIC FACULTY OF ENGINEERING Universiti Putra Malaysia UPM Serdang Selangor Darul Ehsan

43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni:

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share