Unit Sukan UiTM Cawangan Perak

Semoga berjaya dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan akhir kepada Mahasiswa UiTM 20 Julai - 6 Ogos 2026رَبِّ اشْر...
21/07/2026

Semoga berjaya dan dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan akhir kepada Mahasiswa UiTM
20 Julai - 6 Ogos 2026

رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى, وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى, يَفْقَهُواْ قَوْلِي

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah bagiku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku”.

Semoga beroleh kejayaan yang diimpikan setelah berusaha dan bertawakal kepada Allah.




21 JULAI 2026 Alhamdulillah, Program Rejuvenasi Staf HEP @ Bukit 300, Lumut Perak telah berjaya dilaksanakan pada hari i...
21/07/2026

21 JULAI 2026

Alhamdulillah, Program Rejuvenasi Staf HEP @ Bukit 300, Lumut Perak telah berjaya dilaksanakan pada hari ini 21 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Bukit 300, Lumut Perak.

Program ini turut sertai dengan kehadiran Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Azian Zaidi, PMP Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Perak serta staf HEP.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal staf, mengeratkan kerjasama berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga HEP
UiTM Cawangan Perak.

Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kita jumpa lagi!




9 JULAI 2026 | INFO SUKAN SEMASAUntuk makluman semua warga UiTM Cawangan Perak.
09/07/2026

9 JULAI 2026 |
INFO SUKAN SEMASA

Untuk makluman semua warga UiTM Cawangan Perak.



9 JULAI 2026 | KEJOHANAN DIVISYEN 3 LIGA IPT 2026The hunt begins. 🦁⚔️Memperkenalkan Pegawai pasukan dan barisan kejurula...
09/07/2026

9 JULAI 2026 |
KEJOHANAN DIVISYEN 3 LIGA IPT 2026

The hunt begins. 🦁⚔️

Memperkenalkan Pegawai pasukan dan barisan kejurulatihan serta pemain pasukan Silver Lions UiTM Cawangan Perak yang akan bertarung di Kejohanan Divisyen 3 Liga IPT 2026 pada 10 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Doakan perjuangan kami untuk bawa pulang kemenangan!!! 🥇💪
Ayuh warga UiTM, ayuh Perak! Kita berikan sokongan padu buat pasukan kita.

Let’s go, Silver Lions!




27 Jun 2026 | KEJOHANAN RAGBI 7s JEMPUTAN UiTM CAWANGAN PERAK 2026Alhamdulillah, Kejohanan Ragbi 7s Jemputan UiTM Cawang...
30/06/2026

27 Jun 2026 | KEJOHANAN RAGBI 7s JEMPUTAN UiTM CAWANGAN PERAK 2026

Alhamdulillah, Kejohanan Ragbi 7s Jemputan UiTM Cawangan Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
Sebanyak 12 pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari dalam dan luar Negeri Perak telah menyertai kejohanan ini, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan, persaingan sihat dan ukhwah antara institusi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang pada kejohanan edisi kali ini.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Dr. Ahmad Zoolhelmi Alias, Penolong Rektor UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, para pegawai, pengadil, urus setia, sukarelawan, penaja serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kejohanan ini.

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform untuk melahirkan atlet ragbi IPT yang cemerlang dan mengeratkan hubungan antara institusi pada masa akan datang.

28 JUN 2026 | COMBAT MUAYTHAI FIGHT 2026Silver Lions Muay Thai UiTM Cawangan Perak berjaya mengharumkan nama universiti ...
29/06/2026

28 JUN 2026 | COMBAT MUAYTHAI FIGHT 2026

Silver Lions Muay Thai UiTM Cawangan Perak berjaya mengharumkan nama universiti apabila meraih 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak pada Combat Muaythai Fight 2026 yang berlangsung pada 27 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Marquee Tent, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban 3.

Saudara Ahmad Syahrain Harith Azarul Azzam telah mendapat Pingat emas dalam kategori 48kg – 51kg, manakala Saudara Muhammad Darwish Hamidee telah meraih pingat perak dalam kategori 67kg – 71kg. Kedua-dua atlet merupakan pelajar Diploma Ukur Bangunan (BE119).

Kejayaan ini membuktikan komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh atlet Silver Lions Muay Thai UiTM Cawangan Perak sepanjang kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada para atlet, jurulatih dan pegawai atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.




25 JUN 2026 | BADMINTON SUPER LEAGUE (BSL) 2026Suasana Dewan Badminton, Kompleks Sukan UiTM Cawangan Perak bertambah mer...
29/06/2026

25 JUN 2026 | BADMINTON SUPER LEAGUE (BSL) 2026

Suasana Dewan Badminton, Kompleks Sukan UiTM Cawangan Perak bertambah meriah apabila Badminton Super League (BSL) 2026 berjaya menghimpunkan warga kampus dalam satu kejohanan yang penuh semangat, persaingan sihat dan kemeriahan.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dalam sukan badminton, di samping menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat. Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dengan penglibatan pelajar yang masing-masing tampil memberikan saingan terbaik.

Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap perlawanan menyajikan aksi menarik dengan semangat juang yang tinggi. Sorakan daripada rakan-rakan dan penyokong turut memeriahkan suasana, menjadikan setiap perlawanan lebih bermakna dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kampus.

Lebih daripada sekadar pertandingan, BSL 2026 menjadi platform untuk membentuk nilai disiplin, kerjasama, komunikasi dan semangat kesukanan yang menjadi asas penting dalam pembangunan sahsiah pelajar. Johan BSL tahun 2026 dirangkul oleh PASUKAN KACIP OP manakala PASUKAN SELEK BC selaku Naib Johan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh PASUKAN SHUTTLE WARRIORS. Ketua Unit Sukan, UiTM Cawangan Perak, Encik Muhammad Farid Muhamad Ismail turut hadir menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding.




24 JUN 2026 | KEJOHANAN BOLA SEPAK SILVER LIONS CHAMPIONS LEAGUE UiTM CAWANGAN PERAK EDISI KE-13 TAHUN 2026Kejohanan Bol...
29/06/2026

24 JUN 2026 | KEJOHANAN BOLA SEPAK SILVER LIONS CHAMPIONS LEAGUE UiTM CAWANGAN PERAK EDISI KE-13 TAHUN 2026

Kejohanan Bola Sepak Silver Lions Champions League UiTM Cawangan Perak Edisi Ke-13 Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan pasukan BISA CITY menjadi Johan setelah menewaskan pasukan QS FC pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang A, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus menyaksikan BISA CITY muncul juara dengan persembahan yang cukup meyakinkan.

Kemenangan ini merupakan hasil kerjasama berpasukan, disiplin taktikal serta semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh setiap pemain sepanjang kejohanan.
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Dr. Kushairi Rashid, Ketua Koordinator Fakulti Alam Bina di iringi oleh Pegawai Sukan, Encik Muhammad Farid Muhamad Ismail.

Saudara Ibnu Luqman Helmy Irwan telah dinobatkan selaku Penjaring Gol Terbanyak kejohanan dengan jumlah jaringan sebanyak 7 gol dan Saudara Danial Zharfan telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.




19 JUN 2026 | UniFit STAF : PURPLE BRISWALK Unit Sukan HEP dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran telah berjaya menganjurk...
29/06/2026

19 JUN 2026 |
UniFit STAF : PURPLE BRISWALK

Unit Sukan HEP dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran telah berjaya menganjurkan program UniFit Staf : Purple Briskwalk pada 19 Jun 2026 (Jumaat) yang berjalan bermula di Dataran Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak.

Program riadah yang diadakan seawal jam 8.00 pagi ini bertujuan untuk memupuk minat staf bergiat aktif, meningkatkan tahap kecergasan fizikal, serta menyuntik elemen kegembiraan (Happiness Index) dalam kalangan kakitangan universiti menerusi aktiviti Purple Briskwalk ini.

Dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti dengan aktiviti berjalan pantas (briskwalk). Seramai 92 orang staf telah berjaya menghadiri aktiviti ini. Program impak tinggi ini berjaya dilaksanakan dengan kos keseluruhan yang sangat optimum serta berjaya meningkatkan tahap kesihatan staf di samping membina persekitaran kerja yang lebih positif, ceria, dan produktif.

Syabas diucapkan kepada semua staf yang dapat meluangkan masa demi gaya hidup yang sihat! Bersama kita kekalkan kecergasan fizikal dan mental.

Sayangi Jantung Anda!!!




27/06/2026

Address

Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar, Bandar Baru Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan
32610

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053742072

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Sukan UiTM Cawangan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share