Rektor UiTM Cawangan Perak

Rektor UiTM Cawangan Perak MAKLUMAN :
Laman ini khusus untuk staf dan pelajar UiTM serta orang awam yang berminat untuk mengikuti perkembangan Rektor UiTM Cawangan Perak.

19/08/2026
Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bersama warga Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perak dalam sesi...
19/08/2026

Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan bersama warga Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Perak dalam sesi bacaan Yasin sebagai persiapan menghadapi Lawatan Audit Akreditasi Penuh IQA02 bagi Program LG240 yang berlangsung hari ini.

Satu inisiatif yang baik dan wajar dicontohi. Di sebalik segala persediaan, usaha dan komitmen yang telah diberikan, kita turut menyandarkan harapan kepada Allah SWT agar setiap urusan dipermudahkan.

Terima kasih kepada APB atas usaha ini. Mudah-mudahan segala persiapan dan kerja keras seluruh pasukan membuahkan hasil yang terbaik.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

Semalam saya bersama beberapa Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak berkesempatan menyambut kepulangan Pasukan Bola S...
18/08/2026

Semalam saya bersama beberapa Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak berkesempatan menyambut kepulangan Pasukan Bola Sepak UiTM Cawangan Perak selepas mencipta kejayaan sebagai Juara Divisyen 3 Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2026. Saya juga berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan akhir pada Ahad, 16 Ogos 2026 yang cukup mendebarkan apabila terikat 1-1 sebelum kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti 6-5.

Syukur Alhamdulillah, saya cukup berbangga melihat semangat juang, disiplin dan kesungguhan pasukan kita hingga ke wisel terakhir.

Tahniah kepada para pemain, barisan kejurulatihan, pegawai pasukan serta semua yang sentiasa memberikan sokongan.

Syabas UiTM Cawangan Perak! Kita Juara!

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

Alhamdulillah dan Tahniah buat semua atlet UiTM atas kejayaan di SUKUM 2026
17/08/2026

Alhamdulillah dan Tahniah buat semua atlet UiTM atas kejayaan di SUKUM 2026

Alhamdulillah dan Tahniah!

UiTM Kelompok Ketiga Kontinjen Terbaik SUKUM Ke-46 2026!

Kejohanan SUKUM Ke-46 2026 telahpun melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang.

Kejohanan telah berlangsung penuh semangat kesukanan ini bukan sahaja menyaksikan persaingan sengit antara kontinjen, malah turut mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan warga Universiti Awam Malaysia.

Tahniah dan syabas Kontinjen UiTM yang berjaya menamatkan saingan dalam kelompok ketiga kontinjen terbaik SUKUM Ke-46 2026! 🦁🏆

Segala usaha, komitmen dan semangat juang yang dicurahkan sepanjang kejohanan amat membanggakan.

Tahniah!!! UiTM Dihatiku! 🦁💙





𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا


❤️

Alhamdulilah, hujung minggu lepas, saya berkesempatan menyaksikan Diploma Fashion Show di Dominus Art Venue, Kuala Lumpu...
12/08/2026

Alhamdulilah, hujung minggu lepas, saya berkesempatan menyaksikan Diploma Fashion Show di Dominus Art Venue, Kuala Lumpur dan menyampaikan beberapa anugerah kepada para pelajar. Menarik melihat kreativiti, keberanian bereksperimen dan hasil kerja yang diterjemahkan melalui setiap rekaan yang dipersembahkan.

Turut hadir Timbalan Dekan Akademik FSSR, Prof. Madya Dr. Zainuddin Ibrahim, serta rakan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak, Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff dan Timbalan Rektor PJIM&A, Prof. Madya Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani.

Tahniah kepada semua pelajar dan pensyarah yang menjayakan pertunjukan ini.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

Syukur, sepanjang 3 hingga 5 Ogos yang lalu saya berpeluang menghadiri Council of Rectors Meeting & Retreat bersama bari...
11/08/2026

Syukur, sepanjang 3 hingga 5 Ogos yang lalu saya berpeluang menghadiri Council of Rectors Meeting & Retreat bersama barisan Rektor UiTM di Pulau Perhentian, Terengganu. Pelbagai agenda strategik telah dibincangkan, termasuk rasionalisasi UiTM, kelestarian kewangan, pemerkasaan tadbir urus dan Agenda Bumiputera.

Perkongsian daripada YBhg. Tan Sri Idris Jusoh serta pandangan rakan-rakan Rektor membuka perspektif baharu yang boleh diterjemahkan dalam konteks UiTM Cawangan Perak. Fokus kita kini ialah memastikan setiap keputusan dan inisiatif yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara berkesan demi memperkukuh kecemerlangan universiti dan memberi manfaat kepada seluruh warga kampus.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

اوسها تقوى موليا

11/08/2026

𝓢𝓪𝓷𝓪𝓱 𝓗𝓮𝓵𝔀𝓪𝓱!
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠

​Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena hari kelahiran beliau pada 10 Ogos 2026 (26 Safar 1448H).

​Semoga YAB Dato' Seri dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan petunjuk Allah SWT dalam memimpin negara menuju kemakmuran Malaysia MADANI!

Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM.

𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا


❤️

Address

UiTM Cawangan
Lumut
32040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rektor UiTM Cawangan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share