27/04/2026
Kemasukan Pelajar Tahun 1 Sesi 2027
✅Waris boleh mengisi borang permohonan secara online di
✅Pihak pengurusan akan memaklumkan apa-apa maklumat menggunakan aplikasi ‘whatapps group’ menggunakan nombor telefon bimbit berdaftar di borang kemasukan online https://tinyurl.com/wvwxjd59
✅Permohonan dibuka mulai 27 April hingga 27 Jun 2026 bagi murid yg lahir pada 2/1/2020 - 1/1/2021, warganegara Malaysia dan lulus ujian kemasukan
✅Utk makluman, ujian kemasukan akan diadakan dan dimaklumkan kemudian melalui whatapps (jangkaan Sept-Okt 2026)
✅Markah lulus adalah 70% dan ke atas dan rayuan hanya boleh dibuat sekiranya markah yg diperolehi 50% ke atas
25/04/2026
Daripada 17 acara yang dipertandingkan, inilah bukti bahawa SRITI Darul Aman tidak pernah hadir sekadar mencukupkan syarat, tetapi datang dengan jiwa perjuangan!
Setiap kedudukan yang diraih adalah hasil keringat, disiplin dan doa yang tidak pernah putus.
Bukan jumlah yang menjadi ukuran, tetapi semangat juang yang terus menyala, inilah langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang!
Tahniah dan syabas buat para peserta dan guru-guru SRITI Darul Aman!
Teruskan melangkah, kita belum selesai! 🔥
20/04/2026
Alhamdulillah, tahniah buat semua peserta Mahrajan Amal Islami 2026!
Kalian bukan sekadar bertanding, tetapi membawa syiar Islam dengan penuh adab, ilmu dan keyakinan.
Teruskan melangkah, kerana setiap usaha kalian adalah dakwah yang bernilai di sisi Allah.
16/04/2026
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SRITI Darul Aman berlangsung dengan penuh meriah dan suasana kekeluargaan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini 💚✨
Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan diberkati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin! 🌙
14/04/2026
Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan guru baharu. Semoga amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dalam mendidik generasi ummah.
08/04/2026
Program Ceramah Akil Baligh
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menjadi panduan buat murid-murid dalam menjaga diri serta membina sahsiah yang baik 🤲 🌱
02/04/2026
Assalamualaikum wbt.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya di sekolah baharu buat guru-guru yang diraikan. Terima kasih atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SRITI Darul Aman.
Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa serta dipermudahkan segala urusan di tempat baharu. Jasa kalian sentiasa dikenang 💐
30/03/2026
📢 Pengambilan Guru Akademik Dibuka!
SRITI Darul Aman kini membuka peluang kepada anda yang berminat dalam bidang pendidikan.
Subjek:
📚 Matematik | Bahasa Melayu | Sains
🗓 Tarikh Tutup: 04 April 2026
📩 Hantar resume ke: [email protected]
Jom jadi sebahagian daripada pendidik berjiwa ummah! 🌱
30/03/2026
Alhamdulillah 🤲
Selesai sudah Solat Sunat Istisqa’ yang telah dilaksanakan oleh warga SRITI Darul Aman dengan penuh khusyuk dan pengharapan kepada Allah SWT.
Semoga dengan usaha dan doa ini, Allah menurunkan rahmat hujan yang diberkati, menyuburkan bumi serta memberi kesejahteraan kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ibadah ini. Semoga segala amalan diterima dan diberkati.