SRITI Al Helmi

  • Home
  • SRITI Al Helmi

SRITI Al Helmi Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam adalah sebuah lagi produk Dewan Pemuda PAS Malaysia.

🌱 *“Jangan biarkan pahala ini terhenti di tengah jalan…”*Alhamdulillah, dalam tempoh hanya *2 minggu*, jumlah lot wakaf ...
22/05/2026

🌱 *“Jangan biarkan pahala ini terhenti di tengah jalan…”*

Alhamdulillah, dalam tempoh hanya *2 minggu*, jumlah lot wakaf pembangunan SRITI Al-Helmi telah meningkat daripada *44 lot kepada 81 lot*! 🤲✨

Ini membuktikan masih ramai insan yang cintakan ilmu, pendidikan Islam dan saham akhirat yang berpanjangan. Namun perjalanan ini masih jauh…

📌 *1050 lot diperlukan*
📌 *Baru 81 lot berjaya diinfakkan*
📌 *Masih berbaki 969 lot*

Allah SWT berfirman:

> *مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ*

“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
— *(Surah Al-Baqarah: 261)*

✨ *1 LOT hanya RM350 sahaja*
Mari teruskan membeli lot wakaf pembangunan demi generasi rabbani akan datang.

📲 Semoga asbab satu lot yang kita infakkan hari ini menjadi penyelamat di akhirat kelak.




🌱 *“Jangan biarkan pahala ini terhenti di tengah jalan…”*Alhamdulillah, dalam tempoh hanya *2 minggu*, jumlah lot wakaf ...
08/05/2026

🌱 *“Jangan biarkan pahala ini terhenti di tengah jalan…”*

Alhamdulillah, dalam tempoh hanya *2 minggu*, jumlah lot wakaf pembangunan SRITI Al-Helmi telah meningkat daripada *6 lot kepada 44 lot*! 🤲✨

Ini membuktikan masih ramai insan yang cintakan ilmu, pendidikan Islam dan saham akhirat yang berpanjangan. Namun perjalanan ini masih jauh…

📌 *1050 lot diperlukan*
📌 *Baru 44 lot berjaya diinfakkan*
📌 *Masih berbaki 1006 lot*

Allah SWT berfirman:

> *مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ*

“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji. Dan Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Dia kehendaki.”
— *(Surah Al-Baqarah: 261)*

✨ *1 LOT hanya RM350 sahaja*
Mari teruskan membeli lot wakaf pembangunan demi generasi rabbani akan datang.

📲 Semoga asbab satu lot yang kita infakkan hari ini menjadi penyelamat di akhirat ke

05/05/2026

MONTAGE 2018-2026 PEMBANGUNAN SRITI AL-HELMI

*LAPORAN & UCAPAN TAHNIAH**MAHARAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS)**PERINGKAT NEGERI PERAK*Alhamdulillah, telah berlangsungny...
28/04/2026

*LAPORAN & UCAPAN TAHNIAH*
*MAHARAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS)*
*PERINGKAT NEGERI PERAK*

Alhamdulillah, telah berlangsungnya *Maharajan Amal Islami SRITI (MAIS) Peringkat Negeri Perak* pada *25 April 2026 (Sabtu)* bertempat di *Institut Latihan Felda (ILF), Trolak* bermula jam *7.00 pagi hingga 5.00 petang*.

SRITI Al-Helmi telah menghantar seramai *63 orang kontinjen* yang terdiri daripada guru dan murid, di bawah pimpinan *Ketua Kontinjen, Ustaz Aziz*. Penyertaan melibatkan pelbagai acara seperti hafazan, tilawah, pidato, bercerita, syarahan Bahasa Arab, khutbah, nasyid dan kalam jamaie.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, SRITI Al-Helmi berjaya mencatat pencapaian berikut:
🥉 Tempat Ketiga – Tilawah Perempuan
🏅 Tempat Keempat – Hafazan Tahap 1 (Perempuan)
🥉 Tempat Ketiga – Pidato Bahasa Melayu (Lelaki)
🥉 Tempat Ketiga – Nasyid

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas usaha, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Penghargaan khas juga buat para guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga, memandu jauh demi memastikan penyertaan dan kebajikan murid sentiasa terjaga. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing dan jurulatih yang telah melatih peserta dalam tempoh sebulan dengan penuh dedikasi.

Tidak dilupakan, sekalung tahniah kepada *PK Kokurikulum SRITI Al-Helmi* atas kejayaan mengemudi kontinjen sehingga mencapai keputusan yang membanggakan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup turun padang memberikan sokongan secara langsung serta yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dari jauh.

Firman Allah SWT:
*"Dan bahawa sesungguhnya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."* (Surah An-Najm: 39)

Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kemenangan bukan hanya pada kedudukan, tetapi pada usaha dan kesungguhan yang dipamerkan.

*Anda semua adalah kebanggaan SRITI Al-Helmi!* 💚
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Yang Menjalankan Amanah,

Mohamad Hanis Mohd Rahim
Guru Besar
SRITI Al-Helmi

🌙 **Jom Rebut Peluang Wakaf Jumaat!** 🌙Assalamualaikum wbt,Kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumba...
24/04/2026

🌙 **Jom Rebut Peluang Wakaf Jumaat!** 🌙

Assalamualaikum wbt,

Kami membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menyumbang dalam **Wakaf Pembangunan SRITI Al-Helmi Bukit Gantang**.

💚 Setakat ini, **baru 6 LOT berjaya dikumpulkan daripada 1050 LOT diperlukan**.
💚 **1 LOT hanya RM350 sahaja** — kecil di mata kita, besar nilainya di sisi Allah.

Bayangkan setiap ilmu yang dipelajari dalam bangunan ini… setiap huruf al-Quran yang dibaca… setiap amal soleh yang lahir… semuanya mengalir pahala berterusan buat kita. 🤲

Rasulullah ﷺ bersabda:
*"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."* (HR. Muslim)

Inilah peluang kita untuk **sedekah jariah** yang tidak putus pahalanya.

✨ **Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini**, ayuh kita gandakan amalan.
Walau hanya 1 LOT, anda telah menyumbang kepada masa depan pendidikan anak-anak Islam.

📌 **Ayuh, jangan tunggu lagi — JOM INFAK sekarang!**

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat yang menyelamatkan kita di sana nanti. Aamiin. 🤍

Program Liqa' Pendidik Haraqi, PAS Negeri Perak, di D'Intan by Chintha Zara Weeding, Ipoh, Perak.
19/04/2026

Program Liqa' Pendidik Haraqi, PAS Negeri Perak, di D'Intan by Chintha Zara Weeding, Ipoh, Perak.

Tak tau nak pi beraya mana dah ke tu?Jom pakat mai Jamuan Rumah Terbuka PAS Kawasan Bukit Gantang. Dengaq cita pelbagai ...
29/03/2026

Tak tau nak pi beraya mana dah ke tu?
Jom pakat mai Jamuan Rumah Terbuka PAS Kawasan Bukit Gantang. Dengaq cita pelbagai menu disediakan. 50 cawangan PAS pakat masak sorang sikit. Fuhh mesti meriah.
Dah takyah masak tengahari. Kita jumpa sana ya!
P/s: Kami para guru SRITI akan buka booth bagi kutipan dana pembangunan SRITI Al-Helmi. Boleh sedia duit untuk sumbangan seikhlas hati. 😉

𝙆𝘼𝙈𝙄 𝘿𝘼𝙃 𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙍 !!Sukacita dimaklumkan secara rasmi akaun bank untuk infak pembangunan SRITI Al-Helmi dah ada kod QR. Se...
20/03/2026

𝙆𝘼𝙈𝙄 𝘿𝘼𝙃 𝘼𝘿𝘼 𝙌𝙍 !!
Sukacita dimaklumkan secara rasmi akaun bank untuk infak pembangunan SRITI Al-Helmi dah ada kod QR. Sebelum ni ada kekangan, alhamdulillah dah dapat atasi.
Lebih mudah la nak infak, hanya perlu scan tanpa masukkan nombor akaun satu persatu.
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭, 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 p**ak tu. Jangan la lepaskan peluang ni. Setiap sen yang anda infakkan bakal menjadi tempat lahirnya generasi berilmu, soleh dan rabbani.
Jom infak. RM10,000 pon boleh.
𝐒𝐜𝐚𝐧 𝐐𝐑 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐞! 😃

Address

24, 26 Lorong 1 Taman Berkat

34700

Opening Hours

Monday 09:00 - 14:00
Tuesday 09:00 - 14:00
Wednesday 09:00 - 14:00
Thursday 09:00 - 14:00
Friday 09:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al Helmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share