Fakulti Pengurusan dan Muamalah, FPM KUIS

Fakulti Pengurusan dan Muamalah, FPM KUIS Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan (FEPP), Universiti Islam Selangor

Fakulti Pengurusan dan Muamalah bermula pada tahun 1995 yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Pengajian Perniagaan. Pada peringkat permulaan, fakulti ini beroperasi di bangunan sementara Sekolah Agama Menengah Tungku Ampuan Jemaah (SAMTAJ) di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor. Pada tahun 2000 operasi fakulti berpindah ke Kampus Induk di Bandar Seri Putra, Bangi. Selepas tertubuhnya Kolej Univ

ersiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2004, nama fakulti ditukar kepada Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM). Fakulti Pengurusan dan Muamalah kini mempunyai 7 jabatan iaitu:

• Jabatan Perakaunan
• Jabatan Pengurusan Perniagaan
• Jabatan Perbankan dan Kewangan
• Jabatan Pengurusan Potensi Insan
• Jabatan Ekonomi
• Jabatan Linguistik dan Kesusasteraan Inggeris
• Jabatan Komunikasi

Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM) berazam untuk melahirkan dan menyediakan professional muslim yang berkebolehan dan berdaya saing dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti perakaunan, pengurusan perniagaan, perbankan, kewangan, pengurusan potensi insan, ekonomi, komunikasi, linguistik dan kesusasteraan Inggeris. Graduan fakulti ini diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang muamalat berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran.

Sesi Road Tour Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) ke FEPP telah berlangsung pada 7 Mac 2025, berte...
07/03/2025

Sesi Road Tour Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) ke FEPP telah berlangsung pada 7 Mac 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat FEPP.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh Dekan, TDAP, TDHEPA, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Program Prasiswazah dan Pascasiswazah.

Semoga amanat yang disampaikan oleh TNCAP dapat menyuntik semangat serta mendorong FEPP untuk bergerak maju ke hadapan.

FEPP,
Melestari Ilmu, Melakar Kecemerlangan.

Pada 26 Februari 2025 (Rabu), barisan pengurusan Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan telah mengadakan Retreat dan...
28/02/2025

Pada 26 Februari 2025 (Rabu), barisan pengurusan Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan telah mengadakan Retreat dan Perancangan Strategik bertempat di rhr Hotel Kajang bagi membincangkan hala tuju serta perancangan fakulti bagi tempoh 5 tahun (2025-2029).

Semoga segala perancangan yang dibuat dapat digerakkan bersama-sama dengan kerjasama serta sokongan padu seluruh warga FEPP.

Pada 25 Februari 2025 (Selasa) FEPP diwakili oleh Dekan, TDHEPA, Penolong Dekan, dan Sekretariat yang terlibat telah mel...
25/02/2025

Pada 25 Februari 2025 (Selasa) FEPP diwakili oleh Dekan, TDHEPA, Penolong Dekan, dan Sekretariat yang terlibat telah melaksanakan kunjungan perbincangan kolaborasi penerbitan, penyelidikan, persidangan, perkongsian ilmu, MoU, transfer kredit, dan peluang pemasaran di antara UIS dan KPTM.

Semoga perbincangan yang padat dan ringkas membuahkan hasil kerjasama yang baik antara 2 institusi ini.

Pada 13 Februari 2025 (Khamis) FEPP diwakili Dekan, TDA, KJ dan KP yang terlibat telah melaksanakan  kunjungan perbincan...
14/02/2025

Pada 13 Februari 2025 (Khamis) FEPP diwakili Dekan, TDA, KJ dan KP yang terlibat telah melaksanakan kunjungan perbincangan pemetaan pindah kredit, penyambungan MoU dan peluang pemasaran antara UIS dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulang Pinang.

Semoga perbincangan yang padat dan ringkas membuahkan hasil kerjasama yang baik antara 2 institusi ini.

PENCARIAN BARISAN PIMPINAN HALAL MANAGEMENT CLUB SESI 2 2025/2026Assalamualaikum wbt..HALAL MANAGEMENT CLUB (HMC) dengan...
24/01/2025

PENCARIAN BARISAN PIMPINAN HALAL MANAGEMENT CLUB SESI 2 2025/2026

Assalamualaikum wbt..

HALAL MANAGEMENT CLUB (HMC) dengan berbesar hati ingin memaklumkan pencarian pimpinan barisan bagi Sesi 2 2025/2026.

TEMPOH PENCARIAN
🔎 31 DISEMBER 2024 - 31 JANUARI 2025

Penyertaan ini terbuka kepada:
📌 Mahasiswa Universiti Islam Selangor

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
✔️ Mahasiswa Universiti Islam Selangor
✔️ Mahasiswa semester 1 hingga 6 (Mahasiswa tahun akhir bagi sesi 2 2024/2025 tidak digalakkan)
✔️ Tidak memegang lebih 2 jawatan lain dalam persatuan
✔️ Minimum CGPA 3.0 ke atas
✔️ Berdedikasi dan dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada kelab

Sekiranya berminat, kami mengalukan-alukan anda mengisi google form berikut:-
👉🏻 https://forms.gle/NEeAuUsBgMHC51b16

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 Saudari Asma
http://www.wassap.my//01162701538
📞 Saudari Aimi
http://www.wassap.my//01111709545

JOM SERTAI KAMI DAN SERLAHKAN BAKAT KEPIMPINAN ANDA!

/25

Taklimat Pelajar BaharuFakulti Ekonomi, Perakaunan & PengurusanSesi II, 2024/2025Selamat datang diucapkan kepada semua p...
16/01/2025

Taklimat Pelajar Baharu
Fakulti Ekonomi, Perakaunan & Pengurusan
Sesi II, 2024/2025

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu FEPP! Semoga perjalanan anda semua menuntut ilmu di bumi UIS dipermudahkan.

"Melestari Ilmu, Melakar Kecemerlangan"

Peperiksaan Bertulis SPM 2024 telah bermula pada hari ini. Jaga kesihatan ya adik-adik. Dapatkan rehat yang secukupnya. ...
02/01/2025

Peperiksaan Bertulis SPM 2024 telah bermula pada hari ini. Jaga kesihatan ya adik-adik. Dapatkan rehat yang secukupnya. Selamat maju jaya!

Selamat Tahun Baru 2025! 🤗Buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan bertulis SPM, selamat maju jaya! Buat sehabis b...
01/01/2025

Selamat Tahun Baru 2025! 🤗

Buat adik-adik yang akan menduduki peperiksaan bertulis SPM, selamat maju jaya! Buat sehabis baik, semoga semuanya dipermudahkan.

Selamat menduduki peperiksaan bertulis SPM 2024 kepada semua calon SPM. Semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan day...
26/12/2024

Selamat menduduki peperiksaan bertulis SPM 2024 kepada semua calon SPM. Semoga dipermudahkan urusan, diberi kekuatan daya ingatan dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. 😊

Barisan Pengurusan FEPP, UIS yang diketuai oleh Dr. Norfaizah Othman, Dekan FEPP telah membuat Lawatan Penanda Aras (Ben...
18/12/2024

Barisan Pengurusan FEPP, UIS yang diketuai oleh Dr. Norfaizah Othman, Dekan FEPP telah membuat Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) ke UKM-GSB pada 18 Disember 2024. Banyak perkongsian dan input dikongsikan sepanjang sesi tersebut. Terima kasih pihak UKM-GSB atas kesudian menerima lawatan daripada pihak FEPP.

Program Educational Tour Visit to: 1. Beryls Chocolate (30 November 2024)2. Mamee Mega factory & Mamee Jonker Walk (6 No...
09/11/2024

Program Educational Tour Visit to:
1. Beryls Chocolate (30 November 2024)
2. Mamee Mega factory & Mamee Jonker Walk (6 November 2024)

Program ini merupakan projek tugasan bagi pelajar yang mengambil kursus Compensation Management and Benefits, Managing Occupational Safety & Health & Performance Management.

Program lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan pampasan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), serta pengurusan prestasi di industri pembuatan. Lawatan ke kilang Beryl's Chocolate dan Mamee membantu pelajar memahami strategi pampasan, langkah keselamatan, dan prestasi kerja yang menyokong kesejahteraan dan motivasi pekerja. Program ini menghubungkan teori akademik dengan amalan sebenar serta memantapkan pemahaman pelajar dalam pengurusan sumber manusia untuk kejayaan organisasi.

Address

Jalan Persiaran Putra
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengurusan dan Muamalah, FPM KUIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Pengurusan dan Muamalah, FPM KUIS:

Shortcuts

Share