17/05/2026
Selamat Hari Guru buat guru-guru PASTI Amal Bestari 🥰
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Amal Bestari. Terletak di Seksyen U5, Subang Bestari.
17/05/2026
Selamat Hari Guru buat guru-guru PASTI Amal Bestari 🥰
10/05/2026
🏆 JUARA Bola Sepak PASTI Kawasan Sungai Buloh 2026.
🏅Kelima bersama - Bola Jaring PASTI Kawasan Sungai Buloh 2026.
Alhamdulillah, kejohanan Bola Sepak Bola Jaring Kawasan Sungai Buloh 2026 berlangsung dengan penuh semangat kes**anan dan kerjasama yang hebat daripada para guru, ibu bapa.
Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak PASTI Amal Bestari yang telah menunjukkan semangat berpas**an dan usaha yang terbaik. Menang atau kalah bukan keutamaan tetapi pengalaman yang diperolehi serta keberanian anak-anak amat membanggakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru PASTI Amal Bestari yang memberi komitmen yang tinggi sepanjang latihan beserta sokongan padu ibu bapa yang turut sama melatih secara langsung atau tidak langsung sehingga ke hari pertandingan.
Semoga menjadi kenangan terindah buat kalian. 💛
Syukur Alhamdulillah. 🤲🏻
PASTI Sungai Buloh
Video pendek raya dari kami 6 Ibnu Sina PASTI Amal Bestari 😆
Amboi s**a semua last day pergi PASTI hari ni ye sebelum cuti beraya.
Jaga diri semua. Jumpa lepas cuti 🥰
25/01/2026
Gelagat Hari Pertama di PASTI Amal Bestari.
ISNIN
12 JANUARI 2026
22 REJAB 1447H
Alhamdulilllah Hari Pertama PASTI Amal Bestari berjalan lancar.
Tahniah anak² kerana hadir. macam² gelagat ada 😆. Menangis sikit² tu biasa. Semuanya proses utk belajar. 💪🏼
Terima kasih ibu ayah memberikan kerjasama yg baik.
Semoga hari esok dan seterusnya lancar & dipermudahkan ALLAH SWT.
Amin Ya Robbal A'lamin 🤲🏻
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Setiap perpisahan pasti ada kenangan.
Terima kasih semua untuk setiap kenangan yang tercipta sepanjang tahun 2025.
Selamat melangkah ke alam persekolahan yang baru, suasana yang baru buat pelajar 6thn khususnya.
Semoga anak soleh dan solehah PASTI Amal Bestari menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain serta berjaya di dunia dan akhirat.
Amin Ya Robbal A'lamin.
03/12/2025
𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗠𝘂𝗿𝗶𝗱 (𝗠𝗔𝗣) PASTI Kawasan Sungai Buloh
28 NOVEMBER 2025 | 8 JAMADILAKHIR 1447H
Penerima MUMTAZ 6 TAHUN
PASTI Amal Bestari :
💚 Muhammad Muaz bin Abdul Hafiz
Penerima MUMTAZ 5 TAHUN
PASTI Amal Bestari :
💛 Ummi Kalthum Al-Haraki binti Hassan Al-Banna
MUMTAZ diberikan kepada murid yang berjaya menguasai sekurang-kurangnya 3 Celik dalam Sistem Perkembangan Prestasi Murid (SPPM) dan aktif dalam pelbagai aktiviti PASTI sepanjang 2025.
Tahniah anak-anak serta ibu bapa. Semoga segala pencapaian murid hari ini menjadi motivasi untuk terus berusaha & semoga terus cemerlang di dunia serta akhirat.
Amin Ya Robbal A'lamin 🤲
17/11/2025
Syabas dan tahniah anak-anak, ibu ayah serta keluarga dan juga alumni PAB yang telah menyertai PAYA JARAS FUN RUN 3.0 pada kali ini.
Antara momen yang sempat dirakam. Ada yang tolak stroller, ada yang jalan santai, ada yang jogging dan tak kurang juga yang berpeluh-peluh sampai ke garisan penamat.
Tahniah nombor yang paling bertuah bawa balik motosikal. Seronoknya!
InshaAllah kita jumpa lagi pada siri 4.0 p**a!
01/11/2025
✨ Selamat Menduduki Ujian Celik Minda 2025! ✨
Buat semua anak-anak PASTI berusia 5 & 6 tahun di seluruh Selangor khasnya dan Malaysia amnya.
Ini adalah langkah kecil menuju kejayaan besar! 🌟
Semoga anak anak semua tenang, yakin dan bersemangat ketika menjawab soalan.
Ingat, yang penting bukan sekadar markah, tetapi usaha, doa dan keberanian untuk mencuba 💪📚
Guru-guru dan ibu bapa sentiasa bangga dengan kalian.
generasi rabbani, bijak minda, luhur akhlak. 🌿
28/10/2025
Alhamdulilllah selesai sudah program lawatan sambil belajar PASTI Amal Bestari.
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yg memberi kebenaran dan kepercayaan kepada anak-anak untuk menyertai lawatan pada kali ini.
Semoga anak-anak gembira serta dapat banyak pembelajaran sepanjang lawatan. Kami mohon maaf salah silap jika terdapat kekurangan & kesilapan sepanjang program berjalan.
Tahniah dan syabas buat semua anak-anak soleh dan solehah, para ibu bapa dan guru-guru yang terlibat. ❤