11/05/2026
Acara Akhir Sukan pada 4 Mei 2026
Banyak aksi sukaneka Tahun 1 dan 2 telah dirakam. Tak lupa juga acara padang yang lain. Tahniah kepada murid-murid atas usaha yang amat baik dan semoga seronok dengan semua acara sukan yang disertai!
09/05/2026
Pusingan awal Tarik Tali pada 30 April 2026 (Hari Khamis)
Tahniah kepada Rumah Hijau yang menduduki Tempat Ketiga dan Rumah Merah pada Tempat Keempat.
Rumah Biru dan Kuning bertemu pada Perlawanan Akhir pada Hari Kejohanan Sukan ke-74!
09/05/2026
Perhimpunan Minggu 15 pada 27 April 2026 (Isnin)
Tahniah juga adik Muhammad Khalif bin Kamarulnizam atas Salam Inspirasi anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling.
09/05/2026
Taklimat Denggi pada 21 April 2026 (Selasa)
Semoga bermanfaat kepada semua murid dan memberi pendedahan mengenai pembiakan nyamuk Aedes dan bahaya Denggi.
09/05/2026
Perhimpunan Minggu 14: Perhimpunan Bulanan Koku Bil 1 (Pengakap) pada 20 April 2026 (Hari Isnin)
Tahniah buat Unit Beruniform Pengakap dan guru-guru pembimbing.
09/05/2026
Tahniah kepada semua pemenang Cabutan Bertuah sempena Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2026!
09/05/2026
Mesyuarat Agung PIBG SKBH 2026 pada 17 April 2026 di Dewan Warisan, SKBH.
Terima kasih semua ibu bapa yang hadir dan cakna dengan kemenjadian murid, keselamatan dan pendidikan anak-anak.
Sampai berjumpa lagi pada tahun hadapan!
09/05/2026
Lawatan Penanda Aras PSS SK St Francis ke PSS Putra Bestari pada 16 April 2026 (Hari Khamis)
Terima kasih SK ST Francis Melaka atas kunjungan ke sekolah kecil kami. Semoga bermanfaat!
01/05/2026
ENGLISH DEBATE SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
Tahniah kepada semua murid yang menyertai Pertandingan English Debate Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2026 kerana berjaya menempatkan diri pada kedudukan Tempat Kelima.
1. Aisy Khairi bin Azrul Khairi
2. Alfred Tan Xiu Yee
3. Shaheel a/l Laxman
4. Airil Irfan bin Shahrul Nizam
5. Afiq Ramadhan bin Yusmiezan
We're so proud of your achievement!
Tahniah juga kepada adik Shaheel Laxman atas pencapaian sebagai Top 10 Best Debater dalam Pusingan Awal.
Sekalung penghargaan kepada para pentadbir, terutamanya Guru Besar, En. Amran Yusop , GPK Kokurikulum, Pn. Puan Rashidah Ahmad , ibu bapa yang memberikan sokongan penuh dan guru-guru Panitia Bahasa Inggeris atas bimbingan yang diberikan.