Dr Lin Mentoring

Dr Lin Mentoring

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dr Lin Mentoring, Education, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, .

Photos from Dr Lin Mentoring's post 05/02/2026

Pertemuan kali kedua bersama anak² mentee baharu bagi sesi 2026. Alhamdulillah positif dan baik² semuanya 👍🏻 Bersantai² sambil menikmati juadah di Saha Coffee. TQ Pijol, Maya, Atilah, Atirah, Syahindah, Ulfah dan Amir sudi hadir di pertemuan ini. Semoga ikatan ukhwah kita kekal hingga ke akhir hayat 🤲

Photos from Dr Lin Mentoring's post 23/11/2024

Gathering - 21 Nov 2024

Sempena nak menyambut peperiksaan akhir ni, kita jumpa la anak² mentee bagi suntikan semangat sikit, bertanya khabar semoga success semuanya. Lama tak ketemu mereka sejak dah berjauhan fakulti.

Alhamdulillah ukhwah antara mentor dan mentee masih utuh. Buat mentee Khairina Adrena selamat menempuh alam pekerjaan selepas ini. Semoga yang baik² buat semua 🫶

Beginilah suasana kami di UIS, ada mentor yang perlu memainkan peranan terhadap pelajarnya. Lecturer ibarat ibu bapa mereka sepanjang belajar di sini.

Photos from Dr Lin Mentoring's post 10/03/2024

10 Mac 2024
Perlawanan bowling santai tiga penjuru.

Telah selesai satu program yang baik bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mentor dan mentee.

Terima kasih kepada mentee yang telah memberikan komitmen yang sangat baik, terima kasih juga buat yang membantu menguruskan program serta tahniah diucapkan buat kump**an Hafiey kerana berjaya meraih mata paling tinggi sekaligus dinobatkan sebagai juara. Tahniah diucapkan 👏🎉 hingga bertemu lagi di program yang akan datang.

Jom masuk UIS!

Photos from Dr Lin Mentoring's post 10/03/2023

9 Mac 2023 - Alhamdulillah selesai sesi lawatan ke RTM bersama mentee baharu bagi sesi 22/23 setelah usai PKP yang agak panjang.

Insha Allah selepas ini akan banyak lagi program mentoring yang akan kita laksanakan bersama sehingga anda tamat pengajian.






20/08/2021

Alhamdulillah selesai program bacaan yassin dan doa selamat daripada mentee baharu semester ini. Terima kasih yg beri komitmen terbaik hari ini. Insha Allah kita akan jalani lagi pelbagai aktiviti menarik lepas ni walaupun dalam tempoh pendemik covid. ❤️💕

12/08/2020

Bloopers by Apex Akram Ex-Mentee
kini sudah bergelar DJ radio tersohor di kelantan FM (DJKid).

Photos from Dr Lin Mentoring's post 04/01/2020

KETUK² MENTORING
4 Jan 2020

"Setiap kebersamaan pasti akan berakhir, tapi kebahagiaannya akan tetap abadi dalam kenangan indah kita.”

Tahniah buat RABIATUL AISHAH ROBINGS yang telah selamat mendirikan rumahtangga dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Terima kasih juga buat Asri Badrun, Mohd Radhi Ohni, NURAFRINA dan HAFIDZAH HASIM di atas sumbangan dan kerjasama yang tak terhingga sepanjang penglibatan dalam mentoring. Hingga jumpa lagi semester akan datang dengan aktiviti yang lebih menarik. Sayonara! I ♥️ u everyone.

Photos from Dr Lin Mentoring's post 04/01/2020

KETUK² MENTORING
4 Jan 2020

"Setiap kebersamaan pasti akan berakhir, tapi kebahagiaannya akan tetap abadi dalam kenangan indah kita.”

Santai mentoring dengan tema ala² bersantai sambil berpicnic di tepi tasik KUIS. Pelbagai menu disediakan menarik tertarik tau. Yang penting tak pernah tak best join mentoring Dr Lin. Jumpa lagi sem depan! Sayonara!

Photos from Ilham Media's post 17/12/2019

Idea utk mentoring selepas ini.

SAVE MY FAUNA 16/12/2018

Aktiviti mentoring Sesi II 2018/2019
Save My Fauna - 16122018
Berkhidmat sebagai sukarelawan Zoo Negara

"Tahniah kepada semua peserta yang terlibat kerana berjaya mengharungi cabaran membersihkan kandang binatang di Zoo Negara tanpa rasa geli, jijik dan takut. Insyaallah selepas ini KUIS dapat melahirkan bukan sahaja da'i, ulamak dan umara' malah pelajar yang kuat dari segi mental dan fizikalnya. Syabas diucapkan".

Program Khidmat Ummah 4.0 : Sayangi Sungai Kita 01/04/2018

PROGRAM KHIDMAT UMMAH 4.0 : SAYANGI SUNGAI KITA

Kali ini team mentoring Puan Hazlin Falina bersama-sama 2 lagi delegasi mentoring lain iaitu Miss SaRn WaRah dan Miss Safura Ahmad Sabri untuk melestarikan alam sekitar sambil mengurangkan tekanan pelajar-pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Matlamat lain juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mentor dan mentee masing-masing. Terima kasih atas penglibatan semua. Insyaallah ada rezeki kita pasti akan bertemu lagi dalam program 5.0 p**a.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website