11/08/2026
πΈ KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 | SK TAMAN MEGAH πΈ
π
8 Ogos 2026 (Sabtu)
Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Bestari Solat Siri 2 anjuran SK Taman Megah dengan penuh pengisian, pembelajaran dan pengalaman bermakna buat murid-murid. π€²β¨
π TAHAP 1 β ASAS SOLATπ Dewan Legasi, SK Taman Megah
Murid-murid Tahap 1 diberi pendedahan dan bimbingan berkaitan asas solat, merangkumi pengetahuan serta amali solat secara teratur dan mudah difahami.
π TAHAP 2 β ASAS SOLAT JENAZAHπ Masjid Aminah Al-Muhairi
Bagi murid-murid Tahap 2 p**a, mereka berpeluang mempelajari asas pengurusan dan solat jenazah melalui penerangan serta aktiviti amali yang dikendalikan secara berperingkat.
Program ini diharapkan dapat membantu murid meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan dalam melaksanakan tuntutan ibadah, di samping memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan kecintaan terhadap amalan solat. π·
π βSolat Membentuk Insan, Ibadah Membina Peribadi.β
Tahniah dan syabas kepada semua murid yang mengambil bahagian! πβ¨