SK DATO MOHD MUSA

SK DATO MOHD MUSA

Share

SEKOLAH INI MULA BEROPERASI PADA 15 MARCH 2002.

NAMA SEKOLAH ADALAH SEMPENA NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DAERAH SAMARAHAN SUATU KETIKA DAHULU, IAITU DATUK MUHAMMAD MUSA.

Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 16/05/2026

Mesyuarat Agong PIBG yang ke-14 peringkat SKDMM sudah pun selesai di siang hari tadi. Kehadiran para ibu bapa / penjaga serta pihak warga sekolah yg terdiri daripada guru dan kakitangan sudah cukup meriahkan mesyuarat dwi tahunan ini. Antara lain yang menjadi faktor ialah cabutan bertuah yang gempak dengan hadiah barangan elektrik di samping pembentangan usul-usul yang diterima. Kali ini jawatan yang sedia ada masih dikekalkan oleh sebulat suara melalui sistem syura @ musyawarah ini. Seperti sebelum ini, mesyuarat kali ini dibuat di dalam prasarana sekolah sahaja yang menggunakan Bilik Mesyuarat 2 sekolah. Bilik kelas yang asal nya dua buah kelas telah digabungkan cukup-cukup memuatkan lebih kurang 200 orang dengan kerusi tidak dapat menampung jumlah yang hadir hampir 300 orang. Sehingga ada yang duduk di laluan beranda bilik kelas dan di dalam kelas lain yang berdekatan. Pendek kata, sekiranya dewan sekolah yang sudah diluluskan oleh pihak berkenaan bila sudah siap nanti tiada masalah untuk masa akan datang tentang masalah tempat duduk mesyuarat atau program besar yang lain. InshaAllah dengan sokongan dan kerjasama masyarakat setempat akan menjadi asbab mendapat pahala yang berterusan dan mendapat rezeki yang tidak disangka sebagai balasan dari NYA. MasyaAllah, dewan sekolah ini sangat bermanfaat kepada pihak warga sekolah untuk kegunaan zaman berzaman. Bukan setakat abang dan kakak sahaja yang merasa tetapi hingga zuriat abang dan kakak serta yang terkemudian juga turut merasa bersama akan manfaat nya. Bingkisan tok lalu melalut ke dewan sekolah daripada mesyuarat agong tadi, apa nama nya rasa kepingin untuk mempunyai dewan sekolah memang sudah terasa bahagia nya oleh warga sekolah SKDMM. Apa yang penting ialah hasil nya mesyuarat dan objektif sudah tercapai. Berikut ialah senarai nama-nama Exco PIBG sesi 2026-2028:

Penasihat
Tn Hj Issnu Bin Dollah

Ydp
Dr Hishamuddin Bin Siri

Nydp
En Norazizul Bin Abu

Setiausaha
Cikgu Hazilah Bt Rashid

Bendahari
Cikgu Rabecca Awa

Exco Ibu Bapa
1. En Rahmat Bin Isa
2. Pn Siti Suhana Binti Bujang
3. ⁠ Dr Hafizan
4. ⁠ Dr Siti Zaleha

Exco Guru
1. Cikgu Abd Rahim bin Jamain
2. ⁠cikgu Bessy Bibie Ak Narok
3. ⁠Cikgu Dyg Nuraini Binti Awg Rosli

Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 26/04/2026

Nota sepintas lalu.
Motif sebagai peserta akhir ICIA 2026 The Global Round.
Plot peristiwa perjalanan yang mengambil masa selama hampir 5 jam melalui udara sangat mengujakan dengan semangat yang menyala di wajah anak murid yang bertandang ke bumi Surabaya, Indonesia.
Semangat yang menjulang nama sekolah ke persada dunia digalas dengan tanggungjawab yang sehabis baik.
Kejayaan kali ini mendapat 2 anugerah iaitu
i. Special Award Top 10 Challenge 2 : Seameo Secretariat
ii. Pingat Silver Award
Kredit TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kedua-dua peserta sekolah SKDMM iaitu adik Aisy Fayyadh bin Zulyhie dan Faiha Aina Azzalfa bin Norazizul.
Nanti di China bulan Ogos, kami akan datang.

❤️skdmm



20/04/2026

Good evening.
I would like to share a promotional video about the ICIA Global Round Innovation Challenge. Congratulations to Aisy Fayyadh bin Zulyhie and Faiha Aina Azzalfa binti Norazizul as the finalists representing SKDMM schools.They will leave for Surabaya, Indonesia this April. Please pray that they will be successful there and gain something sweet for our school.

❤️skdmm




Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 09/04/2026

Ohoi....orang kampung, orang taman, orang bandar dan warga net sekolah.

Dengar sini...
Ada berita gembira lagi 😀

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kedua-dua team sekolah SKDMM di atas kejayaan yang cemerlang dengan mendapat pingat emas dalam Pertandingan STEM Peringkat Antarabangsa (ISTEEx) 2026 anjuran UNIMAS yang telah berlangsung di Dewan DeTAR PUTRA baru2 ini.

❤️skdmm



Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 02/04/2026

Cak pong....cak pong.
Ebah....

Ada berita baik..
Tahniah dan syabas kepada pasukan tarian SKDMM di atas kejayaan dalam pertandingan Tarian Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah (Taseem) Peringkat Samarahan 2026 dengan mendapat keputusan sebagai JOHAN kategori Tarian Rampaian.

Bravo.

❤️skdmm


Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 02/04/2026

Tolong jawap soalan teka teki ini. Selepas seorang, seorang lagi. Ada yang ke timur, ada yang ke barat. Dari musim hujan hingga lah ke musim panas. Pasti ada yang patah, tumbuh dan hilang, berganti. Apa benda nya itu?

Itulah nama nya alam pekerjaan. Apa2 sahaja pekerjaan tidak dapat dinafikan urusan perpindahan memang sentiasa terhangat di pasaran. Ada yang berjaya dan ada yang belum berjaya. Yang berjaya pastinya akan pergi meninggalkan stesen yang sedia ada ke stesen yang baru p**a.

Ya itulah, seorang lagi guru SKDMM iaitu Pn. Caroline ak Anduk telah berjaya berpindah ke stesen baru IPG Malaysia Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan sebagai pensyarah akademik. Tahniah dan syabas cikgu Caroline. Apa yang dihajati akhirnya termakbul. Kalau dah rezeki tak kan ke mana walaupun lambat atau cepat.

Kesempatan ini pihak sekolah turut rasa berbangga dan kami mendoakan cikgu Caroline terus sukses di sana kelak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada cikgu kerana telah mendidik anak2 murid SKDMM dan berbakti kepada pihak sekolah. Walaupun hanya sekejap sahaja namun usaha mengajar dan mendidik anak2 murid SKDMM amat lah bermakna persis sekolah ku masa depan ku.

Ohh no. This is very sad. Bye cikgu Caroline. See you soon. Tata-titi-tutu😀

❤️skdmm



27/03/2026

Adakah anda perasan atau tidak tahu apa yang kita hadapi iklim cuaca sekarang ini?
Nah. Ini jawapan nya (poster pemberitahuan di bawah) untuk rujukan bersama kepada pihak ibu bapa dan murid agar sama2 beringat untuk siap siaga menghadapi musim cuaca yang panas terik pada masa sekarang.
Pihak sekolah ambil cakna perkara ini agar anak murid2 sentiasa berada dalam keadaan baik dan sejahtera. Ingat mencegah lebih baik daripada merawat.
❤️skdmm



23/03/2026

Dam dam Tum bunyi mercun...
semaraklah hari raya ini tahun...

Mintak mak kuih sepotong...
Kami mau makan kenyang perut kosong...

Alahai evergreen nya lagu raya yang sentiasa mendapat pilihan dihati untuk bernyanyi sebelum Syawal lagi. Apatah lagi di dalam bulan Syawal itu sendiri mengandungi Aidilfitri yang sememang nya disambut untuk meraikan kejayaan selepas mengharungi rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Tidak lupak juga menunaikan zakat fitrah yang wajib dibayarkan untuk setiap insan Muslim yang masih hidup ketika di bulan Ramadan.

Kesempatan ini pihak sekolah SKDMM terutamanya daripada pihak pentadbir yang diketuai oleh Tuan Haji Issnu bin Haji Dollah (GB) mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, ampun maaf zahir dan batin kepada semua warga sekolah SKDMM pada tahun 2026 ini, semoga sentiasa sukses dan komited ke arah kecemerlangan.

Beberapa detik indah dirakam untuk tatapan sesama kita warga SKDMM serta para sahabat handai yang mengenali di alam maya atau alam nyata.

❤️skdmm



20/03/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 🌙✨

Terimalah alunan takbir Raya daripada murid-murid SK Dato Mohd Musa. Semoga raya tahun ini raya yang bermakna buat semua warga SK Dato Mohd Musa.

Di kesempatan ini, kami ingin menyusun sepuluh jarinmemohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar ada tersilap bicara. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.🤝🤝🤝

𝐶𝑜𝑚𝑚𝑖𝑡𝑡𝑒𝑑 𝑇𝑜𝑤𝑎𝑟𝑑𝑠 𝐸𝑥𝑐𝑒𝑙𝑙𝑒𝑛𝑐𝑒
#𝐖𝐞♥️𝐒𝐊𝐃𝐌𝐌

Photos from SK DATO MOHD MUSA's post 20/03/2026

"Kenak bukak order air sadap s*kit gilak lalu s*k ampit kmk." Balas cikgu Melekis sambil senyum, " S*k apa kelak suruh ustaz syuk p**ak yg ambil order for the next time kan nya dr sia juak". (Pembayang nya dah ada rasa dapat berpindah lah tu😊).

Baharu sahaja berbual dengan empunya diri, ingatkan hanya bergurau dengan dongengan nya sahaja akan berjaya berpindah ke sekolah lain, rupanya benar2 termakbul dan ia betul terjadi. Itulah nama nya kalau dah rezeki tak kan ke mana jua tetap ia menjadi hak kita. Tahniah diucapkan kepada cikgu @ ustazah Melekis binti Check di atas tawaran baharu mengajar di stesen yang sememang nya dikehendaki akhirnya berjaya diluluskan oleh pihak atasan. Semoga sentiasa sukses di tempat baharu apabila berkhidmat di sana kelak.

Tidak lupak juga kami warga sekolah SKDMM sangat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ustazah Melekis @ Kak Kis di atas segala perkhidmatan, pengorbanan, perjuangan, profesionalisme kepada pihak sekolah, anak murid, guru, staf dan ibu bapa yang telah didedikas*kan selama ini (sejak 2013).

Di kesempatan ini juga, berlainan p**a situasi nya ada tiga orang staf sekolah yg sebelum ini juga berpindah ke sekolah lain atas urusan resuffle transfer daripada perancangan pihak atasan. 3 orang staf yang dimaksudkan ialah Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu dua daripada PPM PPKI saudari Yunizar binti Yakop dan Julia anak Janah, dan seorang lagi PPM pra sekolah saudari Siti Ilanee binti Kipili.

Kesempatan ini juga pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan budi yang kalian telah curahkan kepada pihak sekolah dan isi warga sekolah nya terutamanya anak murid asuhan kalian, guru, staf dan ibu bapa. Semoga kalian semua sentiasa sukses dan gembira berkhidmat di tempat stesen masing2.

Akhir sekali sempena bakal menjelang bulan Syawal, pihak sekolah juga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Ustazah Melekis, Pn. Yunizar dan Pn. Siti Ilanee. Maaf zahir dan batin. 🤝

Up:Takbir raya oleh guru dan staff lelaki skdmm ada di dalam reel fb sekolah. Sila jenguk kan lah. Takbir. 😀

❤skdmm


20/03/2026

🌙✨ 𝐓𝐀𝐊𝐁𝐈𝐑 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐒𝐊 𝐃𝐀𝐓𝐎 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐌𝐔𝐒𝐀 ✨🌙

Alunan takbir berkumandang penuh syahdu daripada barisan staf SK Dato Mohd Musa sebagai tanda kesyukuran menyambut Aidilfitri yang mulia.

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah dan dapat mengeratkan silaturahim antara kita semua—guru, ibu bapa dan murid yang dikasihi 🤍

🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 🌟
Ikhlas daripada: Warga SK Dato Mohd Musa

𝑪𝒐𝒎𝒎𝒊𝒕𝒕𝒆𝒅 𝑻𝒐𝒘𝒂𝒓𝒅𝒔 𝑬𝒙𝒄𝒆𝒍𝒍𝒆𝒏𝒄𝒆
#𝐖𝐞♥️𝐒𝐊𝐃𝐌𝐌

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Samarahan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Jln. Dato Mohd Musa
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00