12/12/2020
13 / 12 / 2019
Jamuan Akhir Tahun SPBT 2019.
Majlis ini juga telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada Cikgu Zainal Abidin Harun yang tamat tugas sebagai Setiausaha SPBT; selepas menjawat jawatan itu lebih dari 20 tahun di SMKDHAW. Banyak jasa dan sumbangan diberikan oleh beliau dalam usaha membawa SPBT ke arah lebih cekap. Antaranya, memperkenalkan Unit Skuad Khas SPBT pada tahun 2013 yang telah membawa aspirasi baru kepada SPBT SMKDHAW. Pada tahun 2017 p**a Unit Pengawas SPBT ditubuhkan. Pada tahun 2016, SPBT SMKDHAW telah meraih Johan dalam pertandingan BOSS peringkat Negeri Perak dan seterusnya memasuki pertandingan BOSS peringkat Kebangsaan. Jasamu Dikenang Cikgu Zainal & Skuad Khas SPBT.
Ikhlas daripada Pengawas SPBT SMKDHAW.