Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA KESATUAN KAKITANGAN SOKONGAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Salam Maulidur Rasul 1448HSemoga kita terus menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan me...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Semoga kita terus menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan menghayati sirah, sunnah serta meneladani akhlak dan kepimpinan baginda.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H. ๐ŸŒน

Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT ๐Ÿคฒ

Pengauditan Pemeriksaan Penguatkuasaan: Pematuhan Seksyen 57 dan 64(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959Pada 13 Ogos 2026, jam ...
13/08/2026

Pengauditan Pemeriksaan Penguatkuasaan: Pematuhan Seksyen 57 dan 64(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959

Pada 13 Ogos 2026, jam 11.00 pagi, telah berlangsung Pengauditan Pemeriksaan Penguatkuasaan berkaitan Pematuhan Seksyen 57 dan Seksyen 64(2), Akta Kesatuan Sekerja 1959 bertempat di Bilik Mesyuarat JHEKS Negeri Pahang.

Sesi ini telah dihadiri oleh En. Mohd Nizam bin Md Isa, Presiden KESUMP, serta Ahli Majlis Tertinggi (MT) KESUMP. Pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Pahang p**a diwakili oleh Penolong Pengarah, Cik Tiara.

Pengauditan ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan terhadap peruntukan akta serta memastikan urusan dan dokumentasi berkaitan pemeriksaan penguatkuasaan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Objektif:
Memastikan pematuhan terhadap Seksyen 57 dan Seksyen 64(2) Akta Kesatuan Sekerja 1959 serta mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan penguatkuasaan.

Harapan:
Diharapkan sesi pengauditan ini dapat meningkatkan tahap pematuhan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan KESUMP serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih teratur dan berintegriti.

05/08/2026

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menzahirkan komitmen dalam memelihara kebajikan warga kerjanya apabila menyempurnakan Majlis Serahan Bantuan Manfaat Kematian melalui Takaful Perlindungan Staf UMPSA โ€“ Etiqa Family Takaful Berhad yang berlangsung, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan.

Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias, bersama Pendaftar merangkap Ketua Pegawai Operasi UMPSA, Dato' Saiful Bahri Ahmad Bakarim, serta disaksikan oleh wakil kesatuan dan persatuan staf UMPSA.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/umpsa-santuni-waris-staf-menerusi-penyerahan-manfaat-kematian-takaful

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Kesatuan Kak...
23/07/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA (KESUMP), Saudara Abd Latip bin Hj Dris, telah kembali ke rahmatullah pada 23 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarham, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada Barisan MJKT & Seluruh Warga KESUMP, UMPSA

Sesi Perjumpaan Barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA (KESUMP) Sesi 2025/2027 bersama Dato...
23/07/2026

Sesi Perjumpaan Barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA (KESUMP) Sesi 2025/2027 bersama Dato' Pendaftar Bil. 1/2026

23 Julai 2026 โ€“ Telah berlangsung sesi perjumpaan yang menjadi platform komunikasi dua hala antara pihak pekerja dan pengurusan. Perjumpaan ini menjadi ruang untuk berkongsi pandangan, menyuarakan cadangan serta bertukar idea secara konstruktif demi kepentingan warga kerja dan kemajuan universiti.

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuhkan dalam usaha mencari titik kebersamaan demi kemaslahatan bersama.




UMPSA Malaysia

Barisan kepimpinan Majlis Tertinggi KESUMP yang bertanggungjawab menerajui pentadbiran dan pengurusan kesatuan bagi sesi...
09/07/2026

Barisan kepimpinan Majlis Tertinggi KESUMP yang bertanggungjawab menerajui pentadbiran dan pengurusan kesatuan bagi sesi 2025โ€“2027.

08/07/2026

Sorotan Kursus Pendawaian Elektrik 1 Fasa & Teknologi Internet of Things (IoT)
Anjuran bersama : Pusat Pembangunan Bakat (CTD), Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang & Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

02/07/2026
Kursus Pendawaian Elektrik 1 Fasa & Teknologi Internet of Things (IoT)Hari PertamaAnjuran bersama : Pusat Pembangunan Ba...
01/07/2026

Kursus Pendawaian Elektrik 1 Fasa & Teknologi Internet of Things (IoT)
Hari Pertama
Anjuran bersama : Pusat Pembangunan Bakat (CTD), Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Pahang & Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

Selamat Hari Pekerja - " Pekerja MADANI kesuma bangsa"Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan usaha anda semua. Sumbang...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja -
" Pekerja MADANI kesuma bangsa"

Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan usaha anda semua. Sumbangan anda amat dihargai dan menjadi tunjang kejayaan organisasi.

Teruskan semangat kerja berpasukan dan kecemerlangan.

Iklhas daripada :
Presiden, MJKT dan warga
Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA

Address

University Malaysia Pahang, Campus Pekan
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Kakitangan Sokongan UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share