04/04/2026
MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16, UNIVERSITI ANTARABANGSA MAIWP
Alhamdullilah, Syabas dan tahniah kepada pelajar ambilan September 2022 atas kejayaan menamatkan pengajian.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk melangkah lebih jauh dan terus berjaya sebagai seorang OT yang memberi manfaat kepada masyarakat.
18/02/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak 🌙
Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan ketenangan kepada semua ✨ .
Ikhlas daripada,
Program Terapi Cara Kerja. 🥰
24/01/2026
23 JANUARI 2026
TAKLIMAT PENEMPATAN KLINIKAL
Sesi taklimat penempatan klinikal telah diadakan sebagai persediaan kepada pelajar yang bakal menjalani penempatan dalam bidang masing-masing.
Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan awal berkaitan keperluan penempatan, tatacara penggunaan log book, di samping mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga sikap dan adab, serta mematuhi etika profesional epanjang tempoh penempatan klinikal.
Semoga semua pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna dan profesional sepanjang penempatan nanti.
24/12/2025
23 Disember 2025
Program “Merangsang Kanak-Kanak Autisme: Aktiviti Kreatif Terapi Cara Kerja (OT)” telah berjaya dilaksanakan.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai idea aktiviti kreatif Terapi Cara Kerja, permainan bagi merangsang perkembangan kemahiran motor dan kognitif, serta aktiviti hands-on DIY yang interaktif dan praktikal.
Terima kasih kepada semua pelajar UCMI dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membantu perkembangan kanak-kanak autisme.
14/11/2025
14 NOVEMBER 2025
Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Asma’ .... daripada ambilan September 2023, pelajar Diploma Terapi Cara Kerja yang mewakili FSK dan berjaya merangkul Johan dalam Pertandingan Hafazan Al-Quran sempena Fiesta Harmoni Seni Islam & Rumpun Budaya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kecemerlangan kepada para pelajar Diploma Terapi Cara Kerja yang lain ✨
12/11/2025
11 NOVEMBER 2025
LAWATAN KE HOSPITAL UNTUK PENDEDAHAN KEPADA PROFESION TERAPI CARA KERJA
Seramai 10 pelajar Tahun 1 pelajar Diploma Terapi Cara Kerja telah melawat hospital bagi mengetahui bidang-bidang perawatan yang berkaitan dengan profesion sebagai Terapis Cara Kerja.
Semoga pelajar lebih cakna berkenaan profesion dan bertambah minat mempelajari bidang ini dengan lebih tekun.
27/10/2025
Celebrating the spirit of Occupational Therapy, where every action creates change 🌟
From restoring independence to building confidence, OT empowers people to live meaningful and fulfilling lives 🤍.
23/10/2025
“Setiap anak autisme melihat dunia dengan cara yang unik, tugas kita adalah untuk memahami.” 💫
Jom Sertai Bengkel Pengurusan Kanak-Kanak Autisma anjuran Program Terapi Cara Kerja, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang akan diadakan pada 12 November 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kampus Utama Batu Muda, UCMI.
23/10/2025
“Setiap anak autisme melihat dunia dengan cara yang unik, tugas kita adalah untuk memahami.” 💫
Jom sertai Bengkel Pengurusan Kanak-Kanak Autisma anjuran Program Terapi Cara Kerja, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang akan diadakan pada 12 November 2025 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Kampus Utama Batu Muda, UCMI.
📥 Pendaftaran dan bukti pembayaran boleh dibuat melalui pautan berikut :
https://forms.gle/Y8dVWkcjuzSTq1Qf9