25/04/2020
Selawat Tafrijiyah, Siapa Amal Bertalu Rezeki Masuk Dan Pelbagai Jalan Keluar Dari Masalah.
Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat.
Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Antaranya adalah Selawat Tafrijiyah.
Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Maksud Selawat Tafrijiyah:
"Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.
(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.)"
Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah:
1) Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2) Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3) Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4) Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5) Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
6) Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7) Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8) Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Penutup:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya."
– Surah al-Ahzab ayat 56