Pusat Latihan Pasir Gudang - Silat Cekak Pusaka Hanafi

  • Home
  • Pusat Latihan Pasir Gudang - Silat Cekak Pusaka Hanafi

Pusat Latihan Pasir Gudang - Silat Cekak Pusaka Hanafi Silat Cekak diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad tahun 1965. Silat Cekak kini diterajui

06/11/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berbuat Baik Terhadap Orang Lain

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ سُلَامَى مِنْ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ يَعْدِلُ بَيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ وَكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ وَيُمِيطُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Setiap ruas tulang pada manusia wajib atasnya bersedekah setiap hari mulai terbitnya matahari. Seseorang yang mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah dan menolong seseorang untuk menaiki kenderaan tunggangannya lalu mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaan tunggangannya adalah sedekah dan ucapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkah berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang boleh menyakiti atau menghalangi orang dari jalan adalah sedekah". (HR Bukhari No: 2767) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut untuk melakukan amal kebajikan kepada orang lain setiap hari dan waktu dengan menggunakan seluruh ruas tulang yang ada.

2. Antara sumbangan amal yang boleh dilakukan oleh setiap Muslim bagi menggerakkan sendi dan tulangnya untuk mendapat ganjaran pahala sedekah melalui amalan khidmat yang dilakukan antaranya:

a. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih atau bergaduh

b. Menolong seseorang untuk menaiki kenderaan seperti membukakan pintu kereta, membantu mengangkat barang ke atas kenderaan dan sebagainya

c. Mengucapkan atau menuturkan perkataan yang baik ke atas orang lain seperti memberi salam, bertegur sapa, menasihati. Malah menahan tangan dan lisan agar tidak menyakiti orang lain juga sedekah.

d. Langkah berjalan menuju tempat untuk menunaikan solat seperti masjid.

e. Mengutip atau mengalihkan sesuatu yang boleh menyakiti atau menjadi halangan di jalan raya termasuk sampah.

Semoga segala kegiataan dan aktiviti yang kita lakukan setiap masa akan mendapat ganjaran pahala sedekah ke atas ruas tulang yang digerakkan. Jadilah kita orang yang bermanfaat kepada orang lain








05hb Jamadil Awal 1446H
07hb November 2024

05/11/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyaingi Ganjaran Orang Kaya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ الْفُقَرَاءُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ مِنَ الْأَمْوَالِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَا وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَلَهُمْ فَضْلٌ مِنْ أَمْوَالٍ يَحُجُّونَ بِهَا وَيَعْتَمِرُونَ وَيُجَاهِدُونَ وَيَتَصَدَّقُونَ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ إِنْ أَخَذْتُمْ أَدْرَكْتُمْ مَنْ سَبَقَكُمْ وَلَمْ يُدْرِكْكُمْ أَحَدٌ بَعْدَكُمْ وَكُنْتُمْ خَيْرَ مَنْ أَنْتُمْ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِ إِلَّا مَنْ عَمِلَ مِثْلَهُ تُسَبِّحُونَ وَتَحْمَدُونَ وَتُكَبِّرُونَ خَلْفَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ

Dari Abu Hurairah RA berkata, "Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW seraya berkata, "Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapatkan kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Kerana mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat. Mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah." Maka Rasulullah SAW pun bersabda: "Mahukah aku sampaikan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian ambil (sebagai amal ibadah) kalian akan dapat mengatasi (darjat) orang-orang yang sudah mengalahkan kalian tersebut, dan tidak akan ada yang dapat mengalahkan kalian dengan amal ini sehingga kalian menjadi yang terbaik di antara kalian dan di tengah-tengah mereka kecuali bila ada orang yang mengerjakan seperti yang kalian amalkan ini. Iaitu kalian membaca tasbih (Subhaanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali." (HR Bukhari No: 798) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap orang sama ada miskin mahupun kaya berpeluang melakukan amal solleh

2. Muslim yang berharta, di samping melaksanakan ibadat solat dan puasa, dia berkemampuan menunaikan ibadat haji dan umrah, serta berjihad dan bersedekah

3. Muslim yang tidak berharta juga berpeluang memperolehi ganjaran seperti orang kaya malah mungkin lebih baik

4. Antara amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW yang boleh menjana ganjaran pahala melebihi sumbangan sedekah orang kaya ialah tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali setiap satu selepas solat fardhu.

5. Kita boleh mencemburui amal orang yang berharta yang menggunakan hartanya utk infak dan sedekah. Moga kita boleh menjadi seperti mereka.

Ayuh perolehi ganjaran mudah dengan tasbih, tahmid dan takbir selepas solat fardhu yang sentiasa dilakukan.








04hb Jamadil Awal 1446H
06hb November 2024

04/11/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bimbinglah Wanita Dengan Lemah Lembut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jiran tetangganya. Pergaulilah dan nasihati kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok yang terdapat tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan memaksa, nescaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan berterusan dalam keadaan bengkok. Justeru pergaulilah wanita dan nasihatilah dia dengan penuh kebijaksanaan." (HR Bukhari No: 4787) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tanggung jawab orang yang beriman adalah berbuat baik kepada jiran tetangga antaranya dengan menunaikan hak-haknya seperti tidak menyakitinya, menziarahi mereka ketika sakit serta memberi pertolongan jika ia memerlukan.

2. Tanggungjawab lelaki beriman adalah sentiasa memberikan bimbingan dan nasihat kepada kaum wanita yang terdiri daripada isteri dan anak-anak mereka khususnya.

3. Sesuai dengan jiwa, sifat dan watak wanita yang lembut, pendidikan, bimbingan dan nasihat yang diberi hendaklah dengan cara yang paling baik dan berlemah lembut. Perlu bersabar bersesuaian dengan kehalusan jiwa wanita.

4. Jika kita mendidik wanita dengan memaksa, sama seperti memaksa tulang yang bengkok hujungnya untuk lurus, nescaya kita seolah-olah akan mematahkannya. Kita juga tidak boleh mendiamkan diri tanpa mendidik dan membimbing kerana jika dibiarkan ia akan berterusan dalam keadaan bengkok.

5. Sebagai suami, kita dilarang menyakiti isteri dengan apa juga cara termasuk mengabaikan tanggungjawab terhadapnya. Berlaku lemah lembutlah terhadap mereka.








03hb Jamadil Awal 1446H
05hb November 2024

Address

Jalan Kancil 22

81700

Opening Hours

Monday 21:00 - 23:00
Thursday 21:00 - 23:00

Telephone

+60166327627

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Pasir Gudang - Silat Cekak Pusaka Hanafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share