03/05/2026
Ada mesej penting untuk kita semua dari Tuan Guru Sheikh Abu Zaki.
(Part 2)
“..Dan sekarang lah tugas kita sesama kita..
Jadikan diri kita original punya baik, original punya betul.
Minta tolong Allah Taala, minta bantu Allah Taala, minta dipilih Allah Taala
Apabila dah sampai waktunya, kita masih terus dalam group yang baik.
Group yang baik, betul & bagus.
Menjadi ahli yang baik dalam group yang baik,
itu lebih penting lagi.
Kalau sudah sekian lama, banyak orang tiada dalam group yang baik — Alhamdulillah, ramai orang Allah izin dalam group yang baik.
Sekarang dah waktunya — Allah hanya berkehendak yang baik sahaja dalam group yang baik.
Maka kena betul betul jadi baik.
Dalam peringkat peringkat begini,
kuatkan kerohanian kita — dengan banyak banyak dikurangkan dalam sengkela jasmani kita.
Banyakkan puasa sunat,
kurangkan kelazatan makan & minum.
Banyakkan bangun malam,
kurangkan kelazatan rehat & tidur.
Banyakkan baca Al Quran, konsentrasi,
kurangkan kenikmatan lalai & tidur.
Banyakkan dengan Orang Orang Soleh, majlis majlis ilmu, kurangkan berkecimpung dengan orang orang tidak baik.
Nanti yang ada —
mengurangkan kerohanian kita,
mengeruhkan kerohanian kita.
Yang ada, mengembalikkan kerohanian kita.
Allah..
Pada waktu ini — tak sanggup untuk mempunyai kerohanian yang & .
Kuatkan batin kita dengan ibadat ibadat yang boleh kerohanian kita.
Bukan nya berat sangat..
Kalau dulu kita, bangun malam sikit.
Tambah lah lagi 15 minit.
Dulu kalau kita puasa,
bulan terang sahaja 13,14,15..
Sekarang tambahlah 13,14,15
plus 1 senin, 1 kemis.
Jadilah.
Senin kemis, senin kemis, banyak juga.
8 hari juga kan?
Tambah lagi sikit..
Kalau dulu kita sedekahnya 1 minggu RM5 dalam tabung masjid, sekarang tambah sikit lah RM2.
Sebulan tambah RM2..
Sikit pun tambah.
Kalau dulu kita s**a tengok televisyen, sekarang jangan tengok langsung. (Sepatutnya dari dulu tak boleh tengok).
Begitu ye..
Kita perlu bimbingan dari Allah, dan dengan bimbing — dapat kita bimbing anak isteri kita. Dapat bimbing ahli keluarga kita.
Macam mana kalau kita takde bimbingan?
Kita sendiri — rasa macam kita “baikkkkk” sahaja pagi petang siang malam.
Wallahualam.
P/s : Lebih dan kurang, itu terdaya. Afwan sebarang khilaf.
(Maulid | 30 April 2026)
01/05/2026
Ada mesej penting untuk kita semua dari Tuan Guru Sheikh Abu Zaki.
(Part 1)
Kita dah masuk dalam “fine selection”.
Pemilihan secara halus, tapisan peringkat tinggi.
Dia (guru) nya sendiri diuji.
Dianya sendiri di tapis.
Maka Dia juga kena laksanakan tugas dia.
Sebab — kalau selagi selagan, lagi teruk dia (murid) punya hidup dalam zaman Al Mahdi.
Kalau dengan gurunya dia tak tahan, dengan Imam Mahdi boleh ke dia tahan?
Kalau dengan guru nya sahaja dia dah tak tahan, dengan Nabi Isa turun nanti boleh ke tahan?
Nabi & Rasul tau..
Dengan Imam Mahdi, Nabi Isa pada diorang — tiada kau gaya gaya. Eksen eksen dengan serban kita, eksen eksen dengan shal kita.
Ingat kan mereka hairan sangat?
Istilahnya..
Mereka boleh dibeli dengan fesyen zahir kita?
No such thing..
“Pure” dalam qalbu.
Dan sekarang lah kita sesama kita:
1) Jadikan diri kita original punya baik, original punya betul.
2) Minta tolong Allah Taala, minta bantu Allah Taala, minta dipilih oleh Allah Taala
Kita sendiri tak mampu nak jadikan diri kita baik.
Apabila dah sampai waktunya, kita masih terus dalam group yang baik.
Group yang baik, betul & bagus, menjadi ahli yang baik dalam group yang baik — itu lebih penting lagi.
Setelah sekian lama, banyak orang tiada dalam group baik.
Alhamdulillah, (sekarang) ramai orang Allah Taala izin dalam group yang baik.
Sekarang dah wayahnya (waktunya) — Allah hanya berkehendak “yang baik sahaja” dalam group yang baik.
Maka kena “betul betul” jadi baik.
Bersambung..
Wallahualam.
P/s : Lebih dan kurang, itu terdaya. Afwan sebarang khilaf.
(Maulid | 30 April 2026)
18/03/2026
Kena plan Hari Raya tahun ini nak tema macam mana?
=======
Apa yang kau siap-siap — itulah kau akan Raya dengannya.
=======
Kau siapkan kuih tart, kau siapkan kuih makmur — atas meja kau akan ada kuih tart & kuih makmur pada Hari Raya.
Kau dah tempah lauk pauk, lauk itu juga akan ada.
Kau dah jahit langsir, siapkan kerusi, itu juga akan keluar pada Hari Raya.
Bagaimana kau plan untuk Hari Raya, itulah kau akan beraya dengan apa yang dah kau plan.
Jadi kita nak Hari Raya macam mana ye tuan-tuan, puan-puan sekalian ye?
RAYA DENGAN ALLAH LAH..
Dari sekarang dah minta.
Hari Raya paling tinggi sekali.
Ada orang 1st day Hari Raya dah pergi ke open house di istana. Boleh juga la.
Ada orang 1st day Hari Raya dah jumpa tok penghulu.
Ada orang 1st day Hari Raya pergi rumah mak mertua.
Kita dari sekarang sudah begini..
“Ya ALLAH aku nak Raya dengan-Mu ya ALLAH.
Sebagaimana sebelum puasa aku dengan-Mu ya ALLAH. Dalam puasa aku nak dengan-Mu ya ALLAH, biar Ramadan berlalu tapi aku nak sentiasa dengan-Mu ya ALLAH.”
“Aku nak raya dengan-Mu ya ALLAH. Ada rendang pun aku nak raya dengan-Mu ya ALLAH. Ada kain samping pun aku nak raya dengan-Mu ya ALLAH. Ada kunjung ziarah pun aku nak raya dengan-Mu ya ALLAH. Ada puasa enam pun aku nak raya dengan-Mu. Aku nak raya dengan-Mu ya ALLAH. Jangan pisahkan aku dengan-Mu ya ALLAH.”
Mesti dapat.
Raya dengan ALLAH.
Hari pertama dengan ALLAH.
Hari kedua dengan ALLAH.
Hari ketiga dengan ALLAH.
Sentiasa raya dengan ALLAH.
Seronoknya dengan ALLAH.
Mesranya dengan ALLAH.
Kagumnya dengan ALLAH.
Di samping tu — lain-lain tu boleh, tak menjadi apa..
Kita cadang — booking raya tahun ini booking dengan ALLAH. Nak dengan ALLAH. Tambatkan hati kita dengan ALLAH.
Dari sekarang dah minta.
Sekali rupanya betul tak jumpa Hari Raya, kau dapat ALLAH.
Betul kau jumpa Hari Raya, pun kau dapat ALLAH.
Kau mati dalam Hari Raya, pun kau dapat ALLAH.
Itulah seronok-seronoknya Hari Raya dengan Tuhan kita.
Semesra-mesranya.
Seenjoynya-enjoynya.
Sekenyang-kenyangnya.
Sepuas-puasnya.
Sampai orang bilang lapar pada hari itu, puasa enam pun rasa kenyang kok.
Sampai orang miskin tak ada pakaian pun rasa seronok kok.
Pasal apa?
Dia dapat Rabbul ‘Alamin.
Wallahu’alam.
16/03/2026
“Kena jaga jaga tentang hamba hamba Allah.
Setiap kali kita baca مالك يوم الدين
Kau bayangkan segala Ihya' Ulumuddin yang kita baca tu — tentang neraka gejolak, itu يوم الدين
Dan Allah pemilik hari itu.
Neraka tu Dia punya.
Gelombang Neraka tu Dia punya.
Deruan Neraka tu Dia punya.
Jannah yang indah tu pun Dia punya.
Sebab tu kita !
Hamba hamba Allah Taala semua kita pandang tiada mata — kita sorang wujud dalam Dunia ni 🔥
Ahhh fulan nobody..
Ahh fulan bawah aku..
Ahh fulan have to listen to me..
Oooooo oooo ooo oo
Pada يوم الدين nanti kau tengok Allah ada apa pada يوم الدين
Dia memiliki apa pada يوم الدين
Kau nampak Malaikat sebesar besarnya.
Jarak antara mata kanan dengan mata kiri — 500 tahun!
Malaikat tukang pickup je — itu sudah besar!
Kau nampak Malaikat yang pikul Arash — sebesar besarnya..
Nanti kau nampak setengah setengah makhluk Allah — wali wali Allah lagi besar dari Malaikat.
Lebih indah dari Malaikat.
Lebih gemilang dari Malaikat.
Nanti kau tengok yang Malaikat yang 10 (jibril, mikail, .. ) — lebih gemilang lagi.
Nanti kau tengok para Nabi & Rasul — lagi lebih gemilang dari Malaikat 10.
Nanti kau tengok Baginda SAW .. itu مالك يوم الدين
Apabila kita sembahyang kita baca مالك يوم الدين, kau cuba bayangkan benda yang kau tak boleh terbayangkan.
Kau hanya cuba mengjangkau — tapi kau tak termampu untuk bayangkan!
Beeeesauuu haritu itu..
Baik kau besarkan hari itu pada harini..
Apa dia akan dapat disana.
Bergantung dengan apa yang dia produce disini.
Disini dia sudah ingat يوم الدين dengan benda yang begitu besar, begitu hebat — nanti pada haritu dia hanya tinggal kecapi & dia tengok
Ohhh …
Lebih indah dari pernah kau imagine
Lebih cantik, Lebih hebat, Lebih besar, Lebih mulia
Allah…
Kalau tidak disana — kau hanya terperangjat, terperanjat..
Sebab kau rasa مالك يوم الدين itu hanya kau sahaja lah pada harini — yang paling besar / paling tinggi.
Nanti kau disana kau kecut / kau kecil / kau malu — kau tengok ada Malaikat Malaikat yang besar, kau nampak orang Soleh besar, kau nampak para Wali Wali Allah besar.
Bukan besar sudut saiznya sahaja ye..
Besar kemuliaannya, besar kedudukannya , besar darjatnya disisi Rabbul Alameen 🔥
Disisi مالك يوم الدين —
Siap siap untuk menghadapi يوم الدين
Siap siap untuk menyaksikan يوم الدين
Siapa siap untuk lihat apa yang dimiliki oleh مالك يوم الدين
Dari sekarang dia dah miliki apa yang dia miliki disana..
Cuma tengok apa yang ada dalam simpanan Allah, apa yang ada dalam milik Allah..
Di Yaumul Akhir nanti, semua orang, yang iman tak iman, yang sombong tak sombong — akan nampak apa ada pada مالك يوم الدين. “
Wallahua’lam.
12/03/2026
[Tentang Pakai Serban]
- Sunnah Nabi SAW ye pakai serban.
- Bila nak pakai? Siapa nak pakai?
- Belum akil baligh belum pakai serban.
- Akil baligh baru / mula pakai serban.
- Akil baligh — Ayahnya pakai kan. Itu convocationnya. Para Habaib, pakaikan (anaknya) jubah, pakaikan serban, pesankan ini, pesankan ini.
- Serban tak lebih 5 hasta.
- Tapi tak selalu pakai. Bila? Malam jumaat pakai. Hadir maulid pakai. Pakai solat jumaat pakai. Tarawih pakai. Dalam Ramadan Ramadan pakai. Hari Raya pakai. Tak selalu tak selalu pun pakai.
- Apabila dia sudah berkahwin sahaja — masih 5 hasta juga, tapi lebih kerap pakai serban. Lebih menjaga diri. Lebih menjaga maruah.
- Kemudian apabila sudah meningkat umurnya, mula mengajar sahaja — serbannya naik 7 hasta. Senantiasa kelihatan pakai serban.
- Sampai umur 40. Masih mengajar. Masih tekun lagi. Naik sebanyak 10 hasta. Tak panjang. Tak pendek daripada itu.
- Sembahyang pakai serban pahalanya 70x dari tak pakai serban.
- Kalau orang orang Tarim rata rata serban mereka hanya 3 hasta setengah sahaja. Bawah minimum. Itu cara mereka pakai serban.
- Para malaikat pakai serban. Hari perang badar pakai serban. Ada pakai serban hitam. Ada pakai serban hijau.
- Afdalnya, songkoknya putih. Serbannya pun putih. Itu yang afdal.
- Kalau nak pakai warna semua sebetulnya itu color code. Itu kiranya uniform untuk golongan golongan tertentu.
- Orang awam ni pakai apa s**a hati kau. Nak pakai purple pun boleh. Nak pakai batik boleh. Nak pakai polka dot pun boleh. Nak pakai mickey mouse pun boleh. Tapi afdalnya putih.
- Pakai ye. Pakai yang rapi. Yang kemas. Jangan serabut serabut.
- Sentiasa tengok kawan kita. Kalau dia pakai, kita pakai. Kalau dia tak pakai, kita tak pakai. Itu Sunnah Nabi.
Wallahualam.
07/03/2026
Orang perempuan ni “semangat” p**a ye, nak ganti langsir, nak buat kuih apa semua. Kalau boleh beli, ye beli aje sudah. Walau tak muai, walau pun mahal sikit, takpe — tapi nanti ibadat awak muai.
Dah dengan hujung hujung Ramadan, nak cari 1/3, nak cari tepung suji, nak cari tepung naik sendiri, nak cari tepung tak naik sendiri — semua tu sayang.
Pahala makin banyak, makin banyak. Semalam lain, ini hari lain, dah nak masuk 10 Ramadan terakhir, lain.
Kau p**a tak sibuk lain, oven oven oven oven.. Jangan..
Apa yang dapat, dapat lah..
Sudah.
Sederhana. Sederhana.
Lauk pauk pun sederhana semua.
Ada juga.. Tapi sederhana.
Dan tak mesti sehebat hebatnya.
Tak mesti sejagat jagatnya.
Nanti ibadat kuranglah kan.
Kecuali yang ada suami lah. Suami nak itu nak ini, awak ikutkan sahaja lah. Dapat pahala lain p**anya.
Yang suami nya p**a, kena galakkan dengan isteri.
“Tahun ni kita Hari Raya sederhana, tapi rohani kita tak nak sederhana. Kerana kita banyak kerja selepas Raya. Kita nak continue jiwa Ramadan selepas Hari Raya..”
Wallahualam.
16/02/2026
Kalau sembahyang dalam bulan puasa, segala sembahyang Fardu dapat 70 kali.
Kalau kau bikin cemerlang cemerlang — kau dapat lah 70 kali cemerlang.
Kalau kau bikin tak senonoh, kau dapat 70 kali tak senonoh.
Kalau sembahyang Zuhur,
Kau sembahyang berjemaah kali 27
Kau pakai siwak kali 70
Kau pakai serban kali 70
All that, kau buat dalam bulan puasa kali 70
1 zuhur sahaja kau dapat .. 9.2 bilion gandaan dari Allah Taala
Asar lagi 9.2 bilion, Maghrib lagi nanti, Isyak lagi ..
Tak ke pemurahnya Allah Taala?
Tuan tuan yang akan dapat pergi umrah tahun ini, mudah mudahan kalau di Masjidil Haram semunya kali 100,000
1 Zuhur kau sembahyang di Masjiil Haram dalam bulan puasa pahalanya,
27 x 70 x 70 x 100,000 x 70 = 926,100,000,000
Nak sebut pun tak pandai, awak tengok sendiri lah. Angkanya banyak ye..
1 Zuhur sahaja tau
Pemurahnya Allah Taala..
Itupun, 930 bilion dekat Syurga — lagi besar lagi ganjaran Allah Taala.
1 point sahaja kau dapat 1 bandar, 1 negara, bukan 1 p**au aje, 1 benua kau boleh dapat di SANA.
Sangat besar digandakan Allah Taala.
Pokoknya banyak sangatlah.. Allah..
Sekali lagi kita sebut begini..
“Ya Allah segala guru guru kita kau kasi pahala cukup besar ya Allah.. Mereka tak lokek ilmu, mereka ajar kita, bukan ajar sahaja, galakkan kita.
Kita yang malas ini, dikejutkan kita, beriya benar nak ajak kita. Moga Allah ganjari semua..”
Wallahualam.
Tambahan tentang kiraan gandaan pahala di Bulan Ramadan : https://www.facebook.com/share/p/18CLjcRK94/?mibextid=wwXIfr
19/01/2026
1. Pastikan kita sembahyang 5 waktu.
2. Pastikan setiap hari 5 waktu, 5-5 dalam waktu.
3. Dan usahakan bahawasanya 5-5 adalah awal pekerjaan dalam waktu.
4. Kemudian kau semak kan daripada mula akil baligh sampai hari ini, tidak kau tinggal walau 1 waktu.
5. Kalau kita ada tinggalkan sembahyang walau 1 waktu sahaja pun — cukup cukup 1 waktu sahaja untuk buat segala hisab kita (haji kita, khidmat kita, baca quran kita.. semua KIV).
6. Kalau sembahyang tak clear, yang lain KIV dahulu.
7. Sembahyang beres, yang lain nya baru boleh clear.
8. Sebab sembahyang lah hubungan kita dengan Allah Taala.
9. Siapa mendirikan sembahyang, dia Agama.
10. Siapa tinggalkan sembahyang, dia agama.
11. Sembahyang antara kita dengan Allah Taala.
12. Apabila tak ada sembayang bermakna tak ada perjanjian dengan Allah Taala. Macam kita bilang putus kontrak gitu ye.
13. Semak tuan puan ya, dari akil baligh ya.
14. Wajib ya! Kau tak kira macam mana pun, Malaikat dah tulis.
15. Dan satu waktu seorang tu meninggalkan, begitu dia masuk kubur, orang baca talqin, lepas orang baca talqin, dalam tempoh 7 langkah, Malaikat datang, dalam tempoh 7 langkah — Si Mayat tak tentu arah dalam kubur, tunggu kedatangan mungkar nangkir.
16. Ya Allah, tak boleh jawab habislah..
17. Kadang kita dah baiklah — pakai serban, konon.. jadi jemaah masjid, baguslah.. tapi yang silam silam kita?
18. Dari akil baligh, masa kita sekolah main bola dulu, pergi library lah, semua tertinggal 1-2 waktu. Kira..
19. Kena kira. Kalau tak kira, macam mana pun dah ada dalam akaun kau.
20. Sebab salah satu syarat taubat, ialah .
21. Menggeletar itu penting, takut itu penting, menyesal itu penting kerana kita dah pada Allah Taala.
22. Taubat & minta ampun dan qadha sembahyang kita.
23. Baru buat 1-2 waktu,meninggal dunia.
ALHAMDULILLAH MATI DALAM TAUBAT.
24. Dan bakinya (qadha solat) — harap Allah Taala ampunkan dosa.
Wallahualam.
07/11/2025
| Buat Orang Perempuan
Wallahualam.
17/10/2025
| Mengenal Para Wali
Akhir zaman, mereka tertutup bukan dengan batu atau pasir, mereka tertutup dengan permata permata palsu .
Yang lebih kilat dari mereka.
Yang lebih cantik dari mereka.
Sehingga orang pandang mereka seperti besi karat.
Sehingga orang pandang mereka seperti batu kerikil.
Walhal merekalah permata.
Sangking kan banyaknya permata permata palsu, maka permata yang tulen orang tak nampak.
Itulah akhir zaman.
Boleh kah kita kenal permata yang tulen kalau begitu?
Zaman dahulu sahaja dah susah, Nabi Musa AS sendiri susah nak kenal permata yang betul tak betul.
Ni kan p**a kita.
Mahu tak mahu kita sentiasa di belakang orang orang yang diberikan Allah Taala .
jangan tak taubat atas dosa kita.
Kalau tak taubat — jangan mimpi nak dapat perkara perkara baik.
Taubat tak boleh tidak. Taubat ya..
Wallahualam.